Dalam tempoh tidak sampai seminggu 2 tindakan
provokasi dan bacul telah di lakukan oleh Pemimpin dan
penyokong BN berhubungan dengan pilihanraya kecil N.26
DUN Sanggang.
Perbuatan lucah lagi melucahkan yang di lakukan oleh
Dato Seri Adnan Yaacob,Menteri Besar Pahang pada hari
penamaan calon 21/3/2000 yang lalu merupakan `conduct
unbecoming' oleh seorang pemimpin UMNO/BN yang sangat
memalukan.Sebagaimana yang telah tersebar di dalam
internet,perbuatan Menteri Besar Pahang yang membuat
isyarat vulgar/lucah dengan tangan di hadapan ribuan
penyokong BA dan BN dan disokong oleh beberapa orang
pemimpin UMNO/BN yang ada bersama-sama beliau
menunjukkan kerendahan akhlak dan akalbudi pemimpin
UMNO/BN serta jelas menggambarkan citra sebenar
pimpinan UMNO/BN yang gagal menunujukkan kematangan
mereka.Tidak ada walau seorang pun pemimpin UMNO/BN
yang ada bersama-sama beliau yang berani atau
sekurang-kurangnya mengambil inisiatif untuk
menghalang Dato`Seri Adnan Yaacob dari melakukan
perbuatan tersebut.
Tingkahlaku MB Pahang ini bukan sahaja tidak
menampakkan kematangan beliau sebagai seorang pemimpin
utama di Pahang yang jelas bertentangan dengan
adatresam dan budaya Melayu serta ajaran Islam tetapi
juga merupakan tindakanprovokasi yang memberikan
impaks dari sudut undang-undang jenayah.
Berdasarkan kepada hakikat ini dan atas kesedaran
sebagai rakyat yang prihatin,maka Pergerakan Pemuda
KeADILan Pahang dengan sokongan daripada kerabat BA
telah membuat suatu laporan Polis di Ibupejabat Polis
Daerah Temerloh pada 23/3/2000 yang lalu.Laporan
tersebut telah di kemukakan oleh Saudara Zakaria
B.Abdul Hamid,Ketua Pemuda KeADILan Pahang dengan
diiringi oleh YB Sdr.Takiyudin Hasan,Ketua Pemuda PAS
Kelantan yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri
Kelantan,Sdr.Zahid Mat Arip,Ketua Pemuda KeADILan
Melaka,Sdr.N.Gobalakrishnan,Ahli MPT KeADILan,Sdr.Amir
Abdul Aziz Ketua KeADILan Temerloh dan penyokong
KeADILan dan PAS.
Antara lain laporan Polis tersebut menuntut supaya
suatu siasatan terperinci dan adil di buat oleh pihak
Polis atas perbuatan lucah MB Pahang yang merupakan
provokasi yang boleh menimbulkan pergaduhan,permusuhan
dan huru-hara;disamping jelas perbuatan tersebut
merupakan kesalahan yang boleh diklasifikasikan
sebagai kesalahanjenayah atas sifat perlakuan lucah
dilakukan di khalayak ramai.
Manakala pada 24/3/2000 suatu lagi insiden telah
berlaku terhadap Sdr.N.Gobalakrishnan di mana beliau
tanpa sebarang provokasi telah diserang oleh Penyokong
BN yang mengenalkan diri sebagaiahli PPP (People
Progressive Party),komponen BN.Kejadian yang berlaku
pada jam lebihkurang 10.15 pagi semasa Sdr
Gobalakrishnan sedang memberikan ceramah beliau di
Simpang Empat Jalam Mok Hee Kiang Mentakab apabila
sekumpulan penyokong BN tiba-tiba datang dan
memakihamun Sdr.Gobalakrishnan serta cuba merampas
pembesar suara yang sedang di gunakan.Mereka ini tanpa
sebarang alasan dan provokasi telah cuba menghalang
Sdr.Gobalakrishnan dari meneruskan ceramahnya walaupun
orangramai yang berada di tempat tersebut meminta
Sdr.Gobalakrishnan meneruskan ceramah beliau.
Akibat dari insiden tersebut yang disaksikan oleh
orang ramai sertapetugas PAS,Sdr.Gobalakrishnan telah
mengalami kecederaan ringan dan suatu laporan Polis
telah di buat di Balai Polis Mentakab.Penyokong BN
berkenaan juga telah mengeluarkan ugutan untuk
mendatangkan kecederaan parah sehingga membawa maut
serta mengugut untuk mengganggu ceramah yang di
berikan oleh Sdr.Gobalakrishnan sekiranya beliau terus
berceramah dalam Pilihanraya kecil ini.
Sehubungan dengan kedua-dua insiden ini,KeADILan
Pahang memandang berat serta mengecam tindak-tanduk MB
Pahang dan penyokong BN yang jelas melanggar
undang-undang serta tatasusila.KeADILan Pahang
menuntut pernyataan maaf tanpa syarat kepada seluruh
rakyat Pahang dan penyokong BA oleh Dato Seri Adnan
Yaacob serta tindakan ganas ala samseng yang di
lakukan oleh penyokong BN terhadap Ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan
Nasional,Sdr.N.Gobalakrishnan di samping satu jaminan
dari pimpinan UMNO/BN untuk memdisiplinkan
ahli/penyokong mereka agar insiden seumpama ini tidak
berulang lagi.KeADILan Pahang turut menuntut satu
siasatan yang adil,menyeluruh dan bertanggungjawab di
buat oleh pihak yang berwenang berhubung kedua-dua
insiden ini dan seterusnya mengheret individu-individu
ini (walaupun beliau seorang Menteri Besar) ke muka
pengadilan yang nyata perbuatan Pemimpin UMNO/BN yang
menjijikkan dan tindakan samseng penyokong BN
berkenaan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang
jenayah.
AHMAD NIZAM B.HAMID
Bendahari KeADILan Pahang
Ketua KeADILan Maran