Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Biasalaaaaaaaa

Assalamualaikum

Selama mana kita hidup di alam maya ini selama itulah kita melihat dan mendengar keletah manusia dan perangai manusia. Selama itulah kita mengalami duka dan suka dalam mengharungi dunia fana ini. Hanya manusia yang taat pada amalan dan mengikut perintah Allah dan tawaqal pada Nya yang akan dilimpah rahmat dan hidayah.

Dalam keadaan putaran cekerwala ini kita tak ketinggalan diputarkan akal dan di putarkan kehidupan secara sedar atau tidak sedar atau separuh sedar. Pemerintahan dari tangan pak menteri ke tangan pak menteri yang lain. Mendengar pertukaran sudah tentu kita mengharapkan perubahan dan yang lebih hampir kepada kebahagian semua keluarga terutama bila pemimpin tu condong kearah Islam. Kerana Islam sahaja yang menjamin kepada arah kebahagian sebenar. Tapi sayang..........

Kita semua disajikan dengan sejarah semasa dibangku sekolah dan ditanamkan semangat ingin menakluki ilmu sebanyak mungkin....Amalan agama lebih ditanamkan semasa di madrasah........sehingga sehari suntuk dilingkari buku, kata ustaz jangan jadi pembohong, jangan jadi penipu. Heh ilmu...meniti dari guru ke tenaga pengajar yang lain. Islam dah kita kalau kita orang Melayu ? Benak merasakan keturunan itu menjamin kita Islam.

Nah kini dah dewasa 42 tahun di pimpin parti keparat...............pemimpin jadi gelojoh lagi rakus, pengikut jadi kotor dan Jijik, haram dan halal sama je? Dewasa! rupanya jijik jadi pilihan. Kotor sentiasa dibenak, sizalim pula yang lebih adil. Apa yang berlaku dan dilakukan pak menteri ......heh sudah jadi kebiasaan. Pilih lagi mereka ni.....

Payah nak berbicara dengan mereka ni kalau sudah termakan hasil haram. Hati dan naluri mereka dah tertutup. Banyak kita celoteh dia boleh tanya ko dah tengok neraka ke?

Dengan kata-kata biasala......b i a s a la siapa saja jadi menteri dia mesti jadi gitu dan lakukan gitu ........tolong anak tolong saudara bantu ipar dan bantu pak mentua tak kira dari mana datangnya harta bertimbun halal haram dah tak kesah kepentingan rakyat sejagat dah t ak penting, dalam ucapan mereka nak tegakkan Islam. Tapi mereka ni kaya dan mengkayakan siapa saja penjilat yang sering jadi ikutan ahli parti kebangsatan yang sudah reput dan kering tapi masih mengihirup darah bangsa nya sendiri.

Dalam keadaan yang kian pudar ini yang ada kuasa lebih rakus lagi yang mengampu lebih ampu dan angguk tak berani nak bersuara benar itu benar dan kuasa boleh jadi penentu sehingga undang-undang pun dah jadi alat pencucuk gigi. Penyokong jadi taik gigi .....

Mereka pakai bodek dan sapu.....biasalaaa. Buktinya untuk mencalonkan presiden pun pakai ikut yang dah ada tu ....kita sokongla.........meja MT penentu suara ahli............demokerasi? Tapi dibelakang ...........dikedai kopi heboh nak calonkan Ku Li...tapi biasala...mesyuarat cawangan pun terasa mereka ni diperhatikan..........biasala

Ini la yang jadi budaya parti kebangsatan, agama terpisah dari politik... sampai bila?......... yang sedar dah sedar tapi tak bangkit...........biasala

Agaknya ketua cawangan pun dah kena balut dengan untung dan laba....... BIASALAAAAAAAAAAAAA.....MANA NAK CARI SEGINI PEGI LAUT PON TAK KAN DAPAT CAMNI...........SOKONG AJA LA.

Yang sangat menghairankan yang tak pernah dapat apa-apa untung pun boleh kata biasa la........jangan melawan arus...........keh keh manusia gini hanya ada dalam parti kebangsatan yang tak akan bersatu. Merekakah memperjuangkan Islam dan bangsa?............... laknat

Sekian..........BIASALAAAAAA

jamil H
(dulu JHL)

ULASAN MARHAIN TUA

Saudara Milhaji,

Sikap "Biasalah ataupun biasalaaa adalah imej 'Budaya Tidak Apa' yang sudah lama berkarat dalam sistem kehidupan orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu lagi. Ketika Portugis menyerang Melaka dan menghancurkan masjid Sultan dan kemudiannya digantikan dengan pembinaan 'La Formosa', orang Melayu hanya mampu berkata 'Biasalah ataupn Tidak apa'. Kemudian orang Melayu kata "Biar dulu" dan diikuti dengan "Nanti Kau". Budaya ini berlarutan sehingga membolehkan pendatang asing bersekudukan dengan perempuan Melayu dan melahirkan beberapa masyarakat kacokan Melayu yang menganuti agama dan fahaman hidup pendatang asing itu. Hasilnya lahirlah masyarakat Nyonya dan Baba sedngkan si Nyonya itu asalnya perempuan Melayu. Lahirlah masyarakat lain yang menganuti agama bukan Islam.

Kini, sikap dan budaya "Tidak apa" terus berlanjutan. Orang Melayu termasuk juga saya masih dengan retoriknya kerana itu sahaja yang kita fikirkan kemampuan kita sedangkan tenaga dan kemampuan sebenar itu masih tidak mahu dibincangkan. Apatah lagi digembeling menjadi padu di mana kita orang Melayu yang seudh sedar dapat bersatu.

Kerana itu Melayu yang rakus dan sesat masih bermaharajalela. Yang nyata patut diheret ke mahkamah dan dihukum masih bebas, sehat, gebur dan kerap tersenyum simpul kerana menutup keaiban yang sudah lama terasa sendiri. Di sebalik perasaan itu mereka masih mampu berfikir sinis betapa bodohnya kita orang Melayu. Kerana itu juga kita orang Melayu masih lagi dipimpin oleh orang yang fikir mereka amat gah dan berkuasa sebagai pemimpin ulung kita sedangkan jauh di lubuk hati, mereka sedar betapa penyelewengan yang mereka lakukan itu hanya menunggu harinya sahaja untuk rebah dan hancur. Mereka mampu terus berbohong untuk menutup segala keretakan yang berlaku dalam sistem peradaban orang Melayu moden kerana kerakusan kita semua dan kelemahan kita untuk bersatu menentang mereka.

Biasalah !!!!!!kita bersedia hidup sezaman dengan mereka untuk merana dalam diam akan kerakusan mereka membalun harta warisan kita untuk generasi akan datang kerana kita telah terpaut lama kepada budaya 'Tidak apa' yang telah lama ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Sedangkan segala kepincangan budaya itu sudah lama jelas terpampang di depan mata hingga mampu melompongkan minda kita untuk dicetuskan ilham yang boleh membuat rentak baru yang mampu menggiur irama baru untuk merelakan satu kebangkitan Bangsa Melayu memberontak secara berpadu dan menghapuskan segala anasir yang rakus, sesat dan menjijikkan semua itu.Mungkin para pengundi di Sanggang mampu mengorak langkah baru untuk mencelikkan mata kita orang Melayu khasnya, dan kaum yang lain 'amnya. Apakah mungkin oarng Cina yang akan turun mengundi di Sanggang itu nanti mampu memberi tunjuk ajar kepada orang Melayu akan apa ertinya satu perjuangan untuk mengikis falsafah basi 'Biasalah' itu?????

Salam Hormat
-MT-



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com