Assalamualaikum w.b.t
Sidang Pengarang
Saya merupakan salah seorang pembaca aktif laman-laman reformasi dah mengikuti perkembangan politik tanahair semenjak peristiwa pemecatan DSAI pada bulan september 1998. Sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu pasal politik, apa yang saya tahu negara kita aman damai dan kerajaan telah berbakti pada masyarakat amnya.
Persepsi saya terhadap politik dan pemimpin negara mula berubah sejak peristiwa tersebut dan saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada DSAI sekeluarga kerana bangun menyedarkan saya pada realiti perkembangan kemajuan negara. Beliau telah berkorban segalanya demi untuk melihat keadilan terus dipertahankan…semoga Allah mengurniakan rahmatnya di atas pengorbanan beliau…InsyaAllah!!!
Tujaun saya bukannya untuk membuat apa-apa analisa berkenaan politik ataupun apa saja yang bersangkutan dengan masalah negara. Semua ini telah banyak diperkatakan oleh kita semua dalam mana-mana laman pro reformasi. Apa yang saya hendak perkatakan adalah berkenaan kempen memboikot media yang dijalankan oleh Barisan Alternative baru-baru ini. Memang tidak dapat dinafikan media pro kerajaan terlalu busuk dan keji bentuk huraian dan penulisan mereka. Secara terang terangan rakyat ditipu dan diperbodohkan oleh mereka dan sememangnya mereka patut diboikot selama-lamanya. Malangnya saya adalah salah seorang dari pembaca yang terpaksa membeli akhbar tersebut kerana saya juga perlu mengikuti berita-berita selain dari isu-isu politik seperti sukan dan sebagainya. Maksudnya saya tidak dapat bersama mereka yang memboikot akhbar-akhbar tesebut disebabkan oleh minat saya terutamanya dalam bidang sukan. Saya rasa adalah janggal kalau saya tak membaca apa-apa berita sukan di akhbar setiap hari. Untuk mengharapkan akhbar Harakah…mana ada ulasan ataupun berita pasal sukan ke, rompakan ke, pembunuhan ke dan sebagainya, yang mereka paparkan kebanyakannya pasal politik ataupun mungkin ada sedikit pasal kesusahan maupun kedaifan rakyat miskin
Maaf kan saya!