Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

HAFILDA & KHAIRUDDIN BELUM NIKAH

Perbicaraan Umi Hafilda dengan sahabat baiknya Khairuddin menuntut ganti rugi RM10 juta daripada BACARIA kerana kononnya memalukan mereka dengan berita bertajuk "Umi Hafilda Nikah" setahun lalu agak menarik juga. Hafilda, yang mendakwa "perjuangan"nya mendedahkan apa yang dikatakan "salah laku Anwar" terkenal di seluruh dunia dan mendapat sanjungan orang ramai, berkata bahawa dia tidak pernah bernikah dengan Khairuddin. Katanya berita itu memalukannya.

Ada dua perkara yang Cili Api pelik. Satu, macam mana Hafilda boleh mendakwa "perjuangan"nya disanjung ramai? Dalam pilihanraya lalu beliau serta Khairuddin ke Kedah dan banyak tempat lagi, dan keluar TV berulang-ulang kali, untuk memburuk-buruk dan mengaibkan Anwar serta keluarganya. Tetapi, undi orang Melayu telah lari dari UMNO dan ramai juga menteri dan calon lain UMNO kalah. Beberapa hari sebelum hari pemilihan, Hafilda bertumpu di kawasan abangnya Azmin Ali bertanding, dan memburuk-burukkannya pula. Tetapi Azmin menang. Dua, mengapakah Umi merasa dimalu atau diaibkan sangat dengan berita kononya dia sudah nikah dengan Khairuddin? Apakah yang terlalu buruk atau jijik dengan si Khairuddin itu? Khairuddin memberitahu mahkamah beliau orang politik UMNO yang menjadi pengarah enam buah syarikat dan mengkoordinasi penerbitan buku 50 DALIL.

Semasa perbicaraan Anwar, beliau sentiasa kelihatan mengekori Hafilda, kedua-duanya dengan fesyen pakaian yang sentiasa berubah. Telefon bimbit pula tidak pernah lepas dari tangan. Kata Khairuddin, berita dalam BACARIA itu mengaibkannya. Akibatnya, sampai sekarang susah baginya hendak mendapat teman untuk berkahwin. Manarik juga. Takkanlah tak ada siapa hendak kawin dengan tuan direktor yang begitu masyhur? Takkanlah ada yang menjijikkan sangat.

Seperti Hafilda yang menafikan beliau pernah bernikah dengan Khairuddin, Khairuddin pula menegaskan beliau tidak pernah bernikah dengan Hafilda. Tapi apabila Cili Api melihat tingkah laku mereka berdua di mahkamah kelihatan salin tak tumpah semacam mereka bersuami isteri. Cili Api selalu teringat kepada pantun masa dulu yang berbunyi:

Ke Teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja aku yang belum
Kupeluk sudah kucium sudah
Bernikah saja aku yang belum

Cili Api menganggap pantun ini sebagai pantun nakal saja. Cili Apa tidak ada niat hendak membuat tuduhan ke atas sesiapapun, yang hidup atau mati, yang dalam penjara atau luar penjara. Cuma tertarik saja kepada kenakalan pantun ini. Sama juga Cili Api tertarik dengan ungkapan kata sesetengah bijak bistari: Belum nikah tidak bererti belum kahwin! Cili Api berdoa kita semua dikuatkan iman.

Ciliapi
http://www.prm.tsx.org/



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com