Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Mahathir sokong tindakan Ali Rustam ???

Tidak berapa lama yang lalu, Ketua Menteri Melaka Ali Rustam berkata negeri-negeri lain sepatutnya menteladani cara negeri Terengganu dalam soal menternak babi. Cili Api sangka mungkin beliau terbabas cakap. Sekarang KM itu kata dia hendak tiru Terengganu dalam hal lain pula. Katanya PAS Terengganu telah "membuang" pegawai-pegawai yang tidak menyokongnya. Jadi UMNO Melaka pula mengambil langkah membuang doktor-doktor panel yang bersikap anti-BN. Kini hendak tarik wang simpanan daripada dua buah bank pula, sebab kakitangannya menyokong pembangkang.

Beberapa orang dan klinik doktor panel telah diberhentikan. Yang menarik dan juga menyedihkan sekali ialah 90 peratus daripadanya terdiri daripada klinik atau doktor Melayu yang sudah lama berkhidmat. Agaknya inilah cara si Ali itu membalas dendam pada orang Melayu yang tidak mahu menyokong UMNO. Tindakan yang zalim dan bebal ini disokong pula oleh PM Cek Det. Cek Det bukan saja menyokong tindakan si Ali itu terhadap bank-bank, bahkan berkata kerajaan pusat pun akan mengambil tindakan serupa.

Cek Det mendakwa ada pegawai-pegawai yang mendedahkan dokumen rahsia yang melibatkan pemimpin kerajaan atau BN dengan bank. Cili rasa, jikalau tidak ada penyelewengan yang dilakukan oleh konco-konco Cek Det, tentu tidak siapa pun akan boleh membuat apa-apa pendedahan. Tetapi, jikalau penyelewengan ketara sangat, memang patutlah didedahkan. Ini kewajipan. Jikalau tidak ia akan berterusan.

Cek Det kata dalam ucapan hari rayanya, dia tidak mahu rakyat terus berdendam dan berpecah. Yang Cili Api nampak jelas sekarang ialah pemimpin-pemimpin BNlah yang paling pendendam. Merekalah yang mahukan orang Melayu/Islam terus berpecah-belah. Bikinlah seperti cakap. Cili Api dok fikir-fikir siapa agaknya penasihat Cek Det.

Ciliapi
http://www.prm.tsx.org/



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com