Tidak habis-habis Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam, hendak
mengambil tindakan ke atas golongan-golongan yang didakwa menyokong
pembangkang dalam pilihanraya lalu. Lepas doktor, kontraktor. Kemudian
diikuti pula dengan bank dan peguam.
Rustam semakin berani kerana beliau mendapat sokongan daripada PM Cek Det
dan TPM Badawi. Beliau bertambah gembira kerana mendapat liputan meluas
daripada media. Barangkali inilah yang menolongnya mendapat pencalonan
terbanyak setakat ini untuk bertanding sebagai ahi Majlis Tertinggi UMNO
pada 11hb Mac akan datang.
Cili Api cukup tidak puas hati kerana si Ali Rustam ini mengambil tindakan
tanpa menjalankan siasatan yang teliti terlebih dulu. Cili Api bimbang ramai
orang atau syarikat tidak berdosa akan menjadi mangsa. Tengok apa dia buat
pada Bank Islam dan Bank Bumiputra-Commerce. Bak kata orang tua-tua, kalau
marahkan nyamuk janganlah sampai membakar kelambu.
Yang Cili Api lebih bimbang ialah jikalau tindakan Ali Rustam ini ditiru
pula olah lebih banyak Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ia boleh membawa
kepada malapetaka. Dalam pada itu Cili Api bergembira juga sedikit. Mungkin
tindakan seperti ini akan membuat lebih banyak orang marah, dan mencepatkan
lagi proses musnahnya UMNO dan tersungkurnya Cek Det.
Cili Api ketahui bahawa tiap-tiap yang berlaku itu sentiasa ada hikmatnya.
Cili Api
http://www.prm.tsx.org/