Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Dilema DotCom : point of view Jiwa Merdeka

Merujuk kepada tajuk utama thestar pada 14 mac 2000, Dato' Seri Dr Mahathir menunjukkan rasa risaunya terhadap perniagaan 'DotCom' atau lebih dikenali sebagai DotCom business dengan menganggap perniagaan DotCom adalah bahaya jika ianya hanya bertumpu kepada DotCom business sahaja tanpa mempunyai perniagaan sebenar.

Kerisauan ini menunjukkan dia sendiri tidak yakin dengan DotCom business, dia masih menganggap MESTI menjual produk seperti perniagaan konvensional dengan berkata "These companies promise to sell anything. Their wealth does not come with anything that they sell, but look at their share value"

You are WRONG Dato' Seri. DotCom business tidak semestinya 'menjual' dan membeli, cuba lihat hotmail.com, yahoo.com mereka bertapak lama tanpa 'menjual' . Cara DotCom company atau DotCom person untuk mendapatkan duit nyata tidak sama dengan perniagaan konvensional. Dalam kes ini mereka (DotCom companies) hanya promise untuk mendapat pulangan, dan bukannya untuk menjual. Tiada undang undang yang memaksa mereka untuk meniru amazon's business model. (some people protest againts it patent)

DotCom business memang baru bagi rakyat malaysia, memang banyak kelemahan Syarikat DotCom malaysia yang dikenal pasti. Dahulu, semua DotCom company menganggap webhosting sebagai satu sumber untuk maju. Walau yang mempunyai line sebesar 128k pun teringin untuk membuat perniagaan webhosting. Ada yang tamak dengan membuat 'web design' dan lain lain sebagai aktiviti tambahan. Akhirnya, yang survive hanya lah company yg solely webhosting. perlu diingatkan, webhosting bukanlah DotCom business yg diperkatakan di MSNBC, CNN dll.

Budaya company DotCom di Malaysia masih berada ditakuk lama, mereka cuba untuk sedaya upaya untuk kekalkan konvensional webhosting walaupun mereka cuba implementasi kan the REAL DotCom business. Cuba perhatikan, hampir semua laman yang claim dirinya Malaysian no 1 portal mempunyai 'webhosting'. Sebagai contoh :-

jaring.my , malaysiadirectory.com , cari.com.my , utusan.com.my

Ianya dikatakan primitive, kerana rakyat tak mahukan monopoli, budaya business Malaysia sebelum ini dan sekarang memang berasakan monopoli. every body want to do everything.

portal tanpa webhosting hanyalah Ikhlas.com dan catcha

Kebimbangan DrM sememangnya berasasi (walaupun dia sedikit primitive) Syarikat DotCom ini, kebanyakkannya menunggu investor, dan menjanjikan pulangan yang tinggi, tetapi itu hanya janji. jika dilihatkan Prestasi dengan nilai saham memang tidak berbaloi. Akan tetapi adakah semuanya akan survive apabila investor tidak mendapat pulangan?

Di Dunia, DotCom Company memang boleh hidup tanpa investor, ramai yang berjaya. Akan tetapi, meraka naik secara natural , dapat pulangan dahulu, dan hanya perlukan investor untuk expand. bukan seperti budaya DotCom di Malaysia dimana Kerajaan Over Push, dan menyebabkan mereka hanya promising. Let it Climb Naturally Dr M. Dont interfere us.

Secara terus terang, DotCom business akan lebih berjaya secara natural tanpa MSC atau propaganda 'dotcom' lain.

Yang pasti akan terus hidup, ialah :- beras.tripod DotCom, mahazalimtwo.tripod DotCom , harakahdaily DotCom, & memang ternyata mereka hidup tanpa investor. :-)

Satu lagi Isu DotCom , Isu phone rate yang telah daripada dulu menghantui DotCom investor. Pada tahun 1996, TMB menukar kadar drpd 13 sen unlimited kepada 3 sen perminit. Memang nyata cara ini discourage/ tidak mengalakkan pengunaan internet. Akan tetapi dengan sengaja membuat special rate untuk 1511 (jaring) , dan tidak lama selepas ini 1515 TMNet dengan kadar lebih murah. What is This? Discourage , and then Canang luas luas kerajaan encourage. Hasilnya Hanya 2 ISP yang mampu hidup dgn bantuan 15xx sehingga Alaf baru. Tiada regional ISP LANGSUNG.

Akhir akhir ini, Maxis cuba gamble dengan memberi perkhidmatan internet percuma dan seterusnya membuktikan 3sen / minit yang melambatkan perkembangan internet di Malaysia. Tahniah Maxis, Tahniah kepada semua yang sekian ini protest terhadap 3sen perminit. Interference kerajaanlah punca semua ini.

Sebagai Hasilnya, "Malaysia may replace timed phone rate with flat rate".

kesimpulan :

1. Campurtangan Kerajaan Mahathir DotCom terlampau banyak dengan MSC, dan phone rates telah menganggu perkembangan DotCombusiness. So, Vote for change.

2. Dr.M masih primitive dengan hanya berfikir DotCom business beli jual barang.

joke: Dr.Mkan menukar nama DotCom kepada Dot-Em berdasarkan namanya Dr Dot-Em.

Jiwa Merdeka , beras.tripod DotCom



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com