Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Surat dari kumpulan 7 - Suara OKTOBER BARU !!

Assalammualaikum dan salam Reformasi kepada saudaraku semua yang jiwanya masih hidup...yang sentiasa mengenali yang haq dan batil..... tidak seperti sebahagian besar kaum UMNO yang jumud dan buta hati serta dangkal fikiran kerana tertipu oleh pemimpin-peminpin mereka yang sesat lagi menyesatkan.

Saya salah seorang dari kumpulan 7 yang gambarnya tersiar di halaman tuan yang bijaksana (teruskan usaha murni anda) telah berkunjung ke Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dan seterusnya ke Ibupejabat Polis Dangwangi setelah dihubungi oleh salah seorang DSP supaya berbuat demikian (sehingga ini layanan Polis o.k terhadap saya...tahniah)

Saya telah dimaklumkan dan dikehendaki hadir untuk didakwa di mahkamah magistret di Jalan Raja (1A) pada 21 March 2000 jam 9.00 pagi bagi menjawab tuduhan menyertai perhimpunan haram (istilah orang buta hati) di Masjid Negara.

Bagi saudara yang berkesempatan masa sila datang beramai-ramai bagi menyaksikan bagaimana sistem keadilan kita yang sering dikatakan diperkudakan oleh koboi tua yang berhati muda dengan kuncu-kuncunya.

Saksikanlah bagaimana sistem demokrasi negara ini dicabuli serta hendak ditukarkan kepada UMNOKRASI ALA ALKUTTYKUKUBESI. Dan lihatlah bagaimana hukuman menuntut hak bersuara serta kebebasan akhbar lebih berat dari menzalimi mantan Timbalan Perdana Menteri.

Wahai para hakim dan pendakwa serta talibarut mereka yang gila dunia....... wahai pihak KDN... akhbar yang berguna kamu haramkan... majalah lucah kamu halalkan.... perhimpunan konsert haram arak dan maksiat menyambut tahun baru kamu pejamkan mata dan butakan telinga....bangsa dan agama apakah kamu!!!!....bertaubatlah !!! sebelum kamu dipanggil menemui ALLAH YANG ESA..... Hormatilah maruah diri kamu sebagai manusia. Wahai saudaraku seagama..Kembalilah..... untuk bersama menegak yang Haq dan menentang yang Batil...jangan sesekali jangan... dibiarkan zuriat Kamal Attartuk Laknatullah lahir dikalangan kita.....

KEADILAN DIJUNJUNG KEZALIMAN DICANGGAH!!!
LAWAN TETAP LAWAN!!!

Sekian.
ABU RIDZWAN



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com