Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Sokong Pandangan Doktor Muda "Akhbar Alternatif"

Sebaik sahaja selesai membaca perenggan pertama dari artikal tersebut saya sudah dapat mengagak apakah idea yang ingin disampaikan oleh Doktor Muda. Saya sangat bersetuju dengan cadangan tersebut. Kalau beginilah keadaannya maka nampaknya antara hikmah yang terselindung disebalik penarikan balik permit pengeluaran Harakah dari 8 kepada 2 kali seminggu ialah pengukuhan kerjasama dan persefahaman antara BA.Parti-parti yang ada dala BA haruslah melihat cadangan ini sebagai satu perkembangan terbaru dan positif. Sekiranya sebelum ini BA hanya bekerjasama dalam hal-hal parti, tidak ada salahnya parti-parti yang ada dalam BA membuat kerjesama dalam menerbitkan akhbar bersama. cuma apa yang perlu ialah satu penyelarasan umpanay dari segi penggunaan bahasa dan kesesuaian artikal yang hendak diterbutkan.

Kalau semasa pilihanraya kita melihat Pak Lebai memegan bendera DAP dan PRM mahupun KeAdilan, orang Cina dan India mengebarkan bendera Pas dan Ke Adilan maka tidak mustahil satu masa nanti kita akan melihat Pak-pak Lebai memegang bulatin DAP, PRM ataupun Ke Adilan. Begitulah sebaliknya.

Saya menyokong penuh cadangan Doktor Muda. Takbir.......!!!!!!.

GEDUMA'



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com