Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Bantahan Pembinaan Gereja di Shah Alam

1 HB. MAC, 2000
Assalamualaikum wr. wbrkth..

Yang berbahagia,
Y.B. Dato/Datin/Tuan/Puan,
Ketua-ketua Pertubuhan,
Wakil-wakil Penduduk,
Penduduk-penduduk,
Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor D.E.

Dato/Datin,Tuan/Puan,

PER : BANTAHAN TERHADAP CADANGAN MEMBINA GEREJA 2 TINGKAT, DEWAN MASYARAKAT 2 = TINGKAT, KEDIAMAN PADRI 2 TINGKAT DAN 3 PARAS TEMPAT LETAK KERETA (BASEMENT) DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 1204, JALAN U1/79, SEKSYEN U1, SHAH ALAM DAN PEMBINAAN KUIL HINDU DI KAWASAN PERSEKITARAN.

Merujuk kepada perkara di atas, adalah saya Zakaria Bin Latif, Ahli Jawatan Kuasa Lujnah Dakwah, Masjid Al-Itisam, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, mewakili Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Itisam, dengan segala hormatnya, memohon prihatin daripada pihak Dato/ Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari terhadap perkara yang tersebut diatas.

Adalah dimaklumkan di sini, suatu usaha untuk menjayakan pembinaan sebuah gereja yang terbesar di Shah Alam, sedang giat diusahakan secara diam-diam. Usaha pertama untuk pembinaan gereja ini di kawasan Perbandaran Shah Alam, telah dibuat 2 tahun lepas. Tetapi usaha tersebut menemui kegagalan kerana mendapat bantahan hebat daripada penduduk tempatan. Kawasan yang dipilih

kali ini, adalah berdekatan kawasan kediaman Taman TTDI Jaya iaitu di kawasan lapang di hadapan Montfort Boys School dan Politeknik Shah Alam

serta di sebelah tapak cadangan untuk pembinaan Kondominium di Seksyen U2. Selain dari itu kawasan ini amat strategik kerana terletak di tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Klang dan menghadap Stadium Shah Alam. Tapak pembinaan tersebut telah pun diratakan dan kini di dalam proses permohonan bekalan elektrik untuk memulakan kerja-kerja pembinaan. Maklumat lanjut,

sila rujuk surat lampiran.

Selain daripada itu pembinaan Kuil Hindu di tepi jalan ke Bukit Jelutong, juga perlu diberi perhatian berat kerana dikhuatiri ianya akan diperbesarkan tanpa kawalan dan boleh mempengaruhi wujudnya kuil-kuil yang baharu.

Satu majlis mesyuarat untuk menubuhkan Ahli Jawatan Kuasa Bertindak akan

diadakan, bertujuan untuk penubuhan suatu badan bertindak bagi membantah

pembinaan tersebut, disamping mengkaji tindakan-tindakan susulan yang perlu dilakukan. Di antara faktor-faktor perlunya masyarakat Islam membantah pembinaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Ianya dibina di dalam penempatan masyarakat Islam.

2. Berhampiran dengan Institusi Pengajian Tinggi(Politeknik Shah Alam) yang majoriti pelajarnya beragama Islam.

3. Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan dan kebenaran masyarakat tempatan.

4. Imej Shah Alam sebagai penempatan masyarakat Islam terjejas.

5. Satu tamparan keatas kewibawaan masyarakat Islam setempat.

6. Sensitiviti orang Islam tercabar kerana agamanya teruji.

7. Mengundang suasana tegang dan mungkin mencetuskan rusuhan agama.

8. Penduduk Shah Alam terdiri daripada 90% orang Islam.

9. Terdapat larangan dari sudut Islam, terhadap pembinaan gereja baharu di dalam kawasan masyarakat Islam.

10. Secara naqli, setiap hari melihat salib akan melemahkan minda dan jiwa terutamanya anak-anak kerana perletakkannya di jalan pintu masuk utama ke Taman TTDI Jaya, Politeknik Shah Alam dan TUDM.

11. Jumlah penduduk beragama kristian di Shah Alam sangat kecil sekali.

12. Gereja Montfort yang sedia ada sudah mencukupi untuk keperluan masyarakat kristian tempatan.

13. Tidak terdapat peruntukan pembinaan gereja di dalam Plan Induk bandar Shah Alam dan Projek Pembangunan Perumahan Syarikat TTDI Jaya Development.

14. Menjadi tanggungjawab semua umat Islam, supaya menyediakan suasana persekitaran yang sihat untuk pembinaan insan terutama anak-anak, agar akidah, amalan dan akhlak mereka terbina menepati kehendak Islam.

15. Dan banyak lagi alasan sekiranya dibahaskan.

Adalah diharapkan Dato/Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari dapat menghadirkan diri di dalam mesyuarat ini, sebagai satu tanda kekuatan ukhwah Islam, untuk membantah pembinaan gereja tersebut di atas, di bumi

Shah Alam dan sebagai tanda sikap prihatin kita terhadap masalah umat Islam. Maklumat mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

Tempat : Masjid Al-Itisam, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam.
Tarikh : 10 hb. Mac, 2000. (Jumaat malam Sabtu)
Waktu : Selepas solat Isyak.

Agenda Mesyuarat

9.00 malam : Solat Isyak dan Solat hajat.
9.15 malam : Penjelasan Hal-Ehwal Pembinaan Gereja dan Rumah Berhala di Penempatan Islam menurut pandangan Islam
Penceramah Ustaz Dato Mokhtar Shafie. (Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan).

9.45 malam : Majlis Dialog dan Soal-jawab.
10.15 malam : Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Bertindak,
Bantahan Terhadap Pembinaan Gereja
Tersebut. 11.00 malam : Majlis Tamat.

Kehadiran dan sokongan pihak Dato/Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari amat penting, demi menjaga kemurnian martabat Islam dan masa depan penduduk Islam rantau ini, InsyaAllah. Semoga segala kerjasama daripada pihak Dato/Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari mendapat ganjaran sebagai amalan soleh di sisi Allah S.W.T. dan diiringi ucapan terima kasih. Sebarang kesukaran dan kelemahan, ribuan kemaafan saya pohonkan.

Sekian, Wassalam.

Berjihad Demi Masa Depan Masyarakat Islam Akhukum fil Islam.

Zakaria Bin Latif
AJK Lujnah Dakwah,
Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com