Assalamualaikum...
berikutan dengan artikel bertajuk "Bantahan Pembinaan
Gereja di Shah Alam" dalam
http://tranung1.tripod.com/berita3/gereja.htm, saya
teringat dengan keadaan yang sama yang telah berlaku
di tempat saya lebih kranag 10 tahun yang lepas semasa
PBS masih memerintah Sabah. Nama tempat saya ialah
Kundasang (kg. Cinta Mata, Kundasang). Hampir 96% dpd
penduduknya berugama Islam (Dusun/Kadazan Islam). Pada
masa itu pihak gereja telah membeli tanah seluas 2
hektar dan telahpun memulakan pembinaannya walaupun
telah di bantah pada awal pembinaannya. Gereja yang
akan dibuat itu adalah merupakan gereja yang terbesar
diasia. Apa yang telah kami buat ialah, kami telah
melantik beberapa orang wakil yang berpengaruh
dikawasan kami dan telah membuat beberapa kali
perjumpaan dengan paderi-paderi besar negeri sabah dan
telah membentangkan beberapa perkara yang tidak
membolehkan mereka membuat gereja di tempat kami.
Dengan desakan-desakan kami yang begitu bertubi-tubi
dan berterusan (termasuklah sokongan kuat dpd orang
kampung), Alhamdulillah akhirnya kami berjaya
menghentikan niat dan usaha-usaha mereka. Jadi saya
sarankan kepada penduduk Seksyen U2, Shah Alam dan
juga umat islam kawasan Shah Alam supaya melantik
beberapa orang yang berpengaruh dalam bidag agama
supaya dapat melakukan perjumpaan dengan paderi besar
selangor dan menyampaikan bantahan kepada mereka.
Semoga dengan usaha-usaha gigih itu nanti, Insyallah
akan berjaya.
Sekian
Wassalam
Jeruju