Minta Perhatian : ADUN Dengkil Menyalahgunakan Kuasa
Berikut adalah maklumat mengenai beberapa orang guru KAFA yang telah mendapat surat arahan dari JAIS untuk bertukar
tempat kerja. Adalah dilaporkan guru-guru berkenaan dipercayai menjadi penyokong Barisan Alternatif dalam peilihanraya yang
lepas. Tindakan pertukaran tempat kerja ini diambil susulan dari pilihanraya umum ke10 baru-baru ini di mana wakil rakyat N.
47 DUN Dengkil YB Dato’ Shariff Jajang, walaupun menang di DUN Dengkil telah tewas di kampungnya iaitu Kg Sg. Merab
sendiri serta kawasan sekitar iaitu Kg. Desa Putra, Kg. Limau Manis, Kg. Bakar Baginda, dan Air Itam Permai.
Menurut laporan dari orang dalam menyatakan bahawa tindakan pertukaran tempat kerja ini adalah arahan dari YB Dato’
Shariff sendiri dengan restu Timbalan Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Zainal Abidin.
Kita semua maklum bahawa sebagai wakil rakyat di Dengkil, seseorang YB adalah menjadi wakil kepada rakyat dan perlu
menangani masalah rakyat bukannya menambah masalah rakyat. Sebaliknya, YB Dato’ Shariff telah menyalahkangunakan
kedudukannya untuk mencampuri urusan pentadbiran JAIS yang mana mungkin JAIS tidak berniat untuk menukar mana-mana
guru KAFA. Tetapi jelas di sini penyalahgunaan kuasa dan kedudukan telah mengugut pegawai-pegawai kerajaan di JAIS dan
PPD di Selangor ini untuk mengambil tindakan ke atas penyokong-penyokong Barisan Alternatif.
Apa yang malangnya ada diantara guru-guru ini adalah suami isteri yang ditukarkan tempat kerja di dua tempat yang berbeza.
Dan ada diantara guru-guru ini adalah penyokong kuat UMNO yang disangka sebagai penyokong Barisan Alternatif.
Butir-butir surat :-
Rujuk JAIS: (PEL) 2345 Jld 2
Tarikh surat : 2.2.2000
Surat ditandatangi oleh :
Hj Mohd Adnan Bin Seman
Tim. Pengarah Pendidikan Islam JAIS
Guru-guru KAFA yang mendapat arahan tukaran tempat kerja:
1. Pn Rukiah Bt. Sulan (Ruj Tuan: Bil (122) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg . Merab ke Kuala Selangor
2. Pn Rohani Bt Ahmad (Ruj Tuan: Bil (123) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg . Merab ke Klang
3. Cik Rosezaliza Abd Latif (Ruj Tuan: Bil (124) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg . Merab ke Sabak Bernam
4. Pn Saniah bt Ahmad (Ruj Tuan: Bil (125) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg . Merab ke Hulu Selangor
5. En. Khairul Amri (Ruj Tuan: Bil (126) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg . Merab ke Sabak Bernam ,
SRA Desa Putra 43800 Dengkil Sepang
Kini beberapa surat arahan lain sedang diproses oleh JAIS dan PPD bagi menukar sebilangan lagi guru-guru.. Menurut
maklumat dalaman beberapa orang guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah berdekatan juga akan diarahkan tukar
tempat kerja. Gaji guru KAFA hanya sekitar RM300.00. Kalaulah dengan gaji berkenaan sudah pasti gaji tersebut akan habis
bagi membayar tol (kroni kerajaan BN) dan duit minyak. Soal letih dalam perjalanan, masa, dan tenaga tidak dipedulikan oleh
JAIS. Dan sudah tentu guru-guru yang berasal dari kawasan Sg. Merab ini tidak dapat menabur bakti kepada anak-anak
kampung sendiri dan penduduk sekitar sekiranya mereka terpaksa menghabiskan masa dalam perjalanan 3-4 jam sehari ke
tempat kerja.
Inilah bentuk penindasan yang berlaku akibat kerakusan, tamak haloba, dendam kesumat, dan busuk hati wakil-wakil rakyat
Barisan Nasional. Kita menyeru kepada semua pihak supaya menghantar surat, e-mail, faks, dan telefon kepada JAIS untuk
menyatakan protes kita beramai-ramai. Kita juga menyeru agar mesej ini dapat diedarkan ke seluruh dunia melalui rangkaian
yang lain agar seluruh dunia tahu akan bentuk demokrasi Malaysia yang diagung-agungkan oleh Barisan Nasional di negara ini.
Alamat JAIS:
Tingkat 2 Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah,
40676 Shah Alam.
No. Telefon: 03- 544700 No. Faks: 5591143
e-mail : jais@selangor.gov.my
# nampaknya pihak BN masih belum berpuashati dengan missi membalas dendamnya terhadap guru2 yang dituduh menjadi ejen pembangkang dalam pilihanraya lalu.
Di kelantan, guru2 isteri wakil rakyat telah ditukarkan ke tempat2 yang jauh dari suami sehingga melangkaui negeri dan khabarnya ada yang terpaksa lepaskan saja jawatan walaupun sudah berpuluh tahun menjadi guru dan mempunyai banyak pengalaman.
Tidak kurang juga yang dipanggil untuk dipersoaljawab kerana dituduh atas perkara yang sama. Tindakan ini terpaksa dibuat oleh pihak atasan kerana adanya laporan2 dari kalangan guru/kakitangan sekolah sendiri yang menjadi gunting dalam lipatan.
...cikgu M