Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Jawab, F.A.O, Jawab !

a#salamu 'alaikum wrbth muslimin muslimat sedunia.

Saya kira pandangan malaysiakini oleh Fathi Aris agak kibr (sombong) N overcasting. Beliau menganggap harakah dibaca utk berita N bukan utk pandangan kerana pandangan2 dlm harakah tak berapa standard (hang punye artikel lagi standard ke??) - begitulah rumusan saya. Jika tiada berita terkini maka tiadalah 'kuasa' harakah utk menarik minat pembaca - betul ke?

Pandangan ini silap, kerana dgn dua kali seminggu pun harakah boleh hidup, maka kalau 2 kali sebulan pun, saya rasa harakah masih belum hidup N tidak perlu ditalqinkan. Yg perlu ditalqinkan ialah pembaca itu sendiri, esp org yg komen macam fathi aris!!

Kalau anda rasa anda nak mati, anda talqinkanlah diri sendiri - kerana mati itu ada dua - mati jasad, atau mati pemikiran. Tengok sahaja ceramah PAS - walaupun kadang2 tak sampai sebulan sekali, yg datang tetap ramai. Paling kurang pun 4 angka, N dlm hujan serta lumpur pun org sanggup datang. Mengapa? Sebabnya mudah sahaja - walaupun pemimpin2 PAS tidak datang, orang tetap akan datang!! Harakah mungkin lambat keluar, tetapi orang yg mencarinya akan keluar senantiasa ada. Inilah fenomena!!

Harakah hanyalah alat - isi adalah hasrat - dan mesej adalah pelekat - kebanyakkanya sudahpun melekat - pada diri pembaca - inilah tujuan (goal) harakah. Bagi saya yg penting harakah sudah pun bertapak (ie menawan hati kita sekalian) maka anda sendirilah yg akan meruntuhkannya kalau anda membeli utk berita sahaja! Detik yg sebulan sekali pun boleh hidup, masakan harakah tidak boleh hidup - lagipun penyumbang artikel dlm harakah bukan dua tiga orang - malah terlalu ramai sampai tak termuat dlm tu! Kenapa majalah2 mengarut macam mangga pun boleh hidup - sedangkan ia sebulan sekali jugak? Sebabnya mudah sahaja - daya tarikkan (the power to attract). Majalah2 sprt mangga memerlukan gambar berahi N cerita sensasi utk menarik org yg standard macam ni - muda mudi. Sebulan berlalu tapi masih tak basi - maka kalau 2x sebulan, masih OK lagi kerana harakah ada sesuatu yg tidak ada di luar sana tu.

Sorrilah - aku bukan marah - hot saje dekat komen2 macam ni!

Sebenarnya apa yg penting ialah akhbar seperti harakah hendaklah senantiasa mempunyai sesuatu yg membuat kita merasa terpaksa membelinya. Kalau ikut cakap orang kampung, kalau ada emas dlm harakah, nescaya berebut2 lah org membelinya kerana murah! 2 kali sebulan pun tak apa - sebab emas dlm tu memang berbaloi punye! Konsep ini amat penting. Bagi akhbar utusan meloya N NST, bagi free pun org tak nak sebab sapa yg nak pegang N makan najis (shit) dlm tu!!

Sekarang ikut cakap org yg ada ilmu. Manusia perlu makan utk hidup - maka mulut menjadi ejen utk memproses makanan tersebut manakala perut dan enzim memastikan segala zat-zat tersebut dapat diserap melalui darah keseluruh anggota badan supaya badan sihat wal a'fiat. Begitu juga pemikiran N jiwa kita - ia perlu diberi makanan N suapan. Tanpa makanan jiwa, jiwa yg segar akan menjadi layu N lemah - maka mudahlah dirasuk oleh keparat2 N setan2 sekalian. Yg menjadi makanan jiwa kita ialah apa yg kita dengar, baca N lihat. Tanpa makanan jiwa kita akan menjadi binatang - ini kerap kali diceritakan dlm al Quran.

Harakah tidak akan dapat memberi kesemua makanan2 kpd jiwa kita. Tetapi harakah perlu memberi sesuatu utk mendorong kita mencari sendiri sumber makanan2 utk jiwa kita sendiri. Sekarang bilang berapa ramai yg datang ke ceramah2 - ada yg berdiri berjam2 mendengar ceramah - N ada yg sanggup bermandikan hujan, berbenamkan lumpur N bertarung dgn pacat2. Mereka datang kerana di sana ada emas yg amat berharga utk jiwa mereka !!!

Sekarang tengok pula al Quran. Tak banyak - cuma 6,666 ayat sahaja. Tetapi alQuran lebih dahsyat daripada emas. Kalau ikut pandangan macam Fathi - cerita dlm al Quran ketinggalan ie basi tetapi mengapa kita masih membaca tak jemu2 alQuran? Sebabnya mudah sahaja - dlm al Quran ada sesuatu yg lebih berharga drpd emas!!! Membaca al Quran memberikan sesuatu yg tidak dapat diberikan oleh sebarang buku2 lain di atas dunia ini. Seperti biasa hanya org2 tertentu sahaja yg betul2 membaca al Quran - yg lain cuma membacanya seumpama membaca buku cerita - masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Nak cari org yg baca quran setriap hari amat susah sekarang ini....

The Quran contains wisdom - N u can't kill that wisdom forever N u can't grab the "spiritual gold" inside the Quran if u are "spiritually arm-less". Sekarang tanya diri sendiri - ada tangan ke tak ada tangan??

Sekian N Selamat Berjuang!!



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com