Semua orang tahu bagaiman peranan Datuk HAssan semasa
pilihanraya yang lalu. Bagaimana dia telah menunggang
KUB dan staf-stafnya untuk jentera pilihanraya bagi
menentang PAS di Kelantan. Dan sekarang khabarnya, dia
telah cuba sekali lagi mengguna KUB sebagai batu
loncatan bagi memburu jawatan MT di dalam UMNO.
Mungkin DBKL sedang buat-buat tak nampak dengan apa
yang KUB sedang buat di salah satu menara di MEgan
Phileo Avenue, Jalan Yap Kwan Seng. Maklumlah KUB...
dan KUB tu UMNO yang punya, gasak engkaulah nak buat
apa kat bangunan baru tu, tak payah nak hantar
permohonan terlebih dahulu kat DBKL, "renovate" dulu,
ubah dulu, tebuklah lubang sebesar mana kat tingkat 23
tu....DBKL tak kacau punya...maklumlah UMNO punya.
Lubang yang kita bercakap ni bukan kecil....kira-kira
10 meter diameternya, tebuk kat lantai bangunan
...potong habis segala "beam"/alang... bukannya kerja
kecil ni, amat berisiko, satu level boleh runtuh
gara-gara ini, tetapi DBKL buat-buat tak
nampak...maklumlah UMNO punya....Pernah
saudara-saudara sekalian mengalami kejadian DBKL
datang untuk meroboh atau paling kurang menyaman
apabila kita meminda atau menambah di halaman belakang
rumah kita... tambah sikit saja....tapi orang DBKL ni,
tanpa bertangguh lagi, tanpa belas kasihan, dia
datang, dia kata nak roboh penambahan rumah kita tu
sebab tiada permohonan dan kelulusan daripada DBKL.
Ini pernah terjadi kepada saya. Tapi bila KUB ubahsuai
satu bangunan yang berjumlah 24 tingkat, tanpa
permohonan pun apatah lagi kelulusan, DBKL buat dak
aja...maklumlah UMNO punya...Bukannya apa Datuk Hassan
berharap dia dapat membuktikan yang dia ni pintar
sebagai businessman, oleh cepat-cepat dia kerah
macai-macai dia buat binaan yang indah seperti mana
tuannya ( Mahafiraun) dengan itu dapatlah dia kembali
menjadi MT. Tanpa menghiraukan aspek keselamatan,
dikerahnya macai macai KUB untuk menyiapkan binaannya
ini sebelum pemilihan UMNO. Oleh kerana tuan besar nak
cepat terpaksalah sihamba pecacai di dalam KUB ni
berebut-rebut nak tunjuk kepandaian masing-masing
untuk menyiapkan binaan ini....jangan cakaplah pasal
keselamatan....lubang 10m yang tak bertutup tu macam
menunggu mangsa saja untuk menelan. Pekerja bawahan
termasuklah kakitangan KUB dikerah bekerja 7 hari
seminggu, dari pukul 8 hingga pukul 7 atau 8
sekurang-kurangnya....dengar kata ramai pekerjanya
yang nak cabut gara-gara kerja gila ni.....Jabatan
Buruh tolong tengok-tengokkan sikit.
Alahai DBKL, tak malu ko make gaji buto,
tengok-tengoklah sikit apa yang KUB buat tu, jangan
asyik taji rakyat yang berpendapatan rendah saja,
kroni pun kenalah tengok juga.
Itu kita belum sentuh lagi pasal pemilihan
kontraktor...kalau nak tau...boleh dikatakan
kesemuannya bukan bumiputera. Dari tebuk lubang, jual
perabot, peralatan pejabat, IT, M&E, ... dan banyak
lagi.
TSL