Apa yang sedang giat diperbahaskan dikalangan pengusaha pemborong makanan
bermasak diasrama-asrama penuh dan asrama Kementerian Pendidikan Malaysia
kini ialah cadangan menswastakan secara korporat.Ini bermakna sebuah
syarikat akan mengendalikan semua makanan asrama diseluruh Malaysia. Apa
yang dikhabarkan ialah Syarikat BSKL milik Tan Sri Tajudin Ramli (kroni)
iaitu MAS Catering Sdn Bhd akan dipilih sebagai badan korporat yang akan
mengendalikannya. Kos seorang yang dicadangkan ialah RM 9.75 sehari bagi
setiap pelajar berbanding RM 5.45 sehari(paling tinggi) dari kontraktor yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan setakat ini. Ini bermakna MAS Catering
boleh memperolehi RM 4.30 sehari bagi setiap pelajar.
Dianggarkan
keseluruhan pelajar yang menduduki asrama (penuh dan biasa) ialah 3.25 juta
orang. Ini bermakna dalam setahun ( 26 hari dalam 10 bulan) pihak MAS
Catering boleh mendapat komisen sebanyak RM 3,633,500,000 (3 billion). Ini
adalah satu usaha yang sedang dirancang oleh pihak atasan untuk mempastikan
pihak kroni akan memperolehi keuntungan mudah dengan memanipulasikan
kewangan kerajaan (wang rakyat) untuk menampung rancangan 5 tahun menjayakan
semua muslihat dalam mempastikan kejayaan UMNO menang dengan mudah dengan
sumber kewangan dari rakyat dengan cara yang sah (penipuan tapi tak menipu).
Pihak kontraktor masakini tentunya akan merasa rimas dengan sistem tender
penswastaan ini, kerana sudah tentu pihak MAS Catering mempunyai syarikat
kroni yang berkepentingan. Oleh kerana perancangan ini dalam penilaian UPEN
Pusat dan Kementerian Pendidikan sudah tentunya pihak berkepentingan ini
akan membuat dasar yang menguntungkan pihak kroni.
Selama ini pihak kontraktor terpaksa (nak cari makan) bersengkang mata dan
masa dari Jam 4.30 pagi untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan dan
menyediakan makanan sehingga Jam 12.30 malam. Kesian muka pun dah naik
toye... (tak cukup tidur dan tak sempat nak ber.... bersama isteri dan
anak-anak). Kini dengan dasar baru pihak MAS Catering boleh buat untung
mudah tapi pihak kontraktor macam tu juga.
Dr. Ahmad Saberi
AJK UPEN
Ekonomi.