Ramai yang menulis bahawa senario politik UMno semakin lemah. Namun hakikatnya mesyuarat cawangan, serta mesyuarat bahagian terus berjalan bagaikan tiada apa-apa pun yang terjadi. Hanya yang tidak dapat disangkal ialah kenyataan rata-rata mesyuarat itu tidak cukup korum. UMno tidak dapat menutup senario ini, kecuali berbohong kepada pemimpin atasan mereka.
Wakil-wakil dari MT dan bahagian dihantar ke bawah bagi memantau perjalanan mesyuarat peringkat cawangan UMno. Kesemua mesyuarat cawangan itu mesti diwakili sekurang-kurangnya oleh seorang wakil dari bahagian. Untuk apa kehadiran mereka?
Amat jelas wakil yang hadir inilah sebagai 'pemantau' kepada sesebuah mesyuarat agong cawangan, meskipun bilangannya tidak cukup korum. Segala cadangan baru ditapis dahulu kerana bimbangkan akan membawa kesan kepada pemilihan wakil ke bahagian atau ke perhimpunan agong Mei nanti.
Dalam satu mesyuarat agong cawangan Sri Kinta, Ipoh umpamanya, seorang ahli meminta mesyuarat melantik wakil yang berlainan sebagaimana lazim, untuk ke perhimpunan agong Mei ini. Tetapi cadangan itu segera dipintas oleh wakil bahagian demi memastikan 'agenda bahagian' yang juga amanat Majlis Tertinggi UMno terlaksana.
Dalam mesyuarat Wanita Cawangan Kg. Pulai, Ipoh pula perebutan jawatan Ketua Wanita menjadi agenda sehingga keributan hampir berlaku. Ramai ahli yang mengundur diri dan ada yang mengemukakan perletakan jawatan masing-masing.
Begitu pula dengan UMno Cawangan Jelapang Jaya yang gagal mencukupkan bilangan korumnya, namun mesyuarat cawangan tetap berlangsung dalam suasana dingin. Datuk Yahya Shafie, Ketua UMno Bahagian Ipoh Timur pula, menjalankan idenya tersendiri dengan membuat mesyuarat beberapa cawangan secara berkelompok untuk memperlihatkan kehebatan hadirin dalam mesyuarat itu.
Perubahan total ahli jawatankuasa 21 daripada 74 UMno cawangan dalam Bahagian Kuala Kangsar juga seharusnya menjadi suatu amaran kepada UMno bahawa parti itu menghadapi krisis ketenatan sokongan. Anihnya mesyuarat tetap berjalan. Mesyuarat bahagian pula terus berlangsung seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Mengapa?
Seorang bekas ahli UMno yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian (bahagian tersebut terpaksa dirahsiakan) menyatakan bahawa tidak mungkin ahli UMno (yang ada) itu akan berubah sokongan. Mengapa?
Ini adalah kerana mereka telah termakan 'syihir' fahaman maddiah (kebendaan) yang amat sangat. Katanya lagi, seseorang ahli UMno yang ada kepentingan kepada parti akan 'dibela' dengan secukupnya dari apa juga sudut. Maaf terpaksa disebutkan ... menjelang pemilihan agong UMno beberapa tahun dulu politik wang begitu menguasai UMno. Ketika DSAI masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno juga tidak terkecuali kerana beliau ketika itu berada dalam UMno.
Para calon pada kebiasaannya dalam bulan terakhir menjelang pemilihan agong UMno, akan mengadakan berbagai acara bagi 'menjamu' 10 orang perwakilan setiap bahagian dari seluruh bahagian UMno dari seluruh negara berjumlah kira-kira 160 bahagian. Bilangan itu bukan mustahil kerana jumlahnya tidak sampai pun 2000 orang. Lainlah pemilihan agong dibuat oleh kesemua 2.7 juta ahli (he..he.. he) UMno. Sudah pasti tidak mampu para calon menjamu jumlah sedemikian besar.
Najib Razak dan Muhammad Taib (semasa itu MB Selangor) mendahului calon yang lain dan disifatkan begitu daring menjamu para perwakilan dalam jamuan yang diadakan di hotel atau kediaman masing-masing. Sampul berisi wang yang tidak terhad jumlahnya (mengikut kemampuan?) disediakan. Pada kebiasaannya Najib akan menyerahkan sendiri kepada perwakilan. Begitu pula Muhamad Taib dengan pesanan 'jangan lupa ya, mesyuarat pemilihan nanti!'. Begitu kata terpacul dari anggota kabinet yang bakal bertanding dalam pemilihan agung UMno di suatu waktu beberapa tahun dahulu.
Kesemua anggota perwakilan dijamu 'hidangan' yang serupa. Maka dalam tempoh bulan terakhir itu mereka yang terpilih sebagai anggota perwakilan ke perhimpunan agong UMno, hatta pemerhati sekalipun, 'makan begitu kenyang' sekali. Sogokan bukan sepuluh dua, sebaliknya ratusan dan ribuan ringgit!! Perwakilan dari bahagian biasanya diminta menyerahkan nombor akaun masing-masing. Selang beberapa hari apabila akaun mereka disemak jumlah yang sudah diisi berbeda mengikut kemampuan para calon yang bertanding. Namun percayakan anda jika saya katakan jumlah itu mampu untuk membayar sebuah kereta Perodua Kancil secara tunai??!!!
Kebendaan dan wang ringgit dalam UMno tidak terbatas disitu sahaja. Anggota perwakilan yang terpilih biasanya dijemput dengan kereta mewah apabila bermukim di Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan Agong UMno, iaitulah saat pemilihan akan dilaksanakan. Paling kurang sekalipun setiap anggota perwakilan akan dijemput dengan Proton Iswara baru dan dibenarkan memandu sendiri sepanjang perhimpunan berlangsung.
Penginapan dihotel sudah diatur. Kebiasaannya dihotel sudah ada agenda setiap 'kem calon' secara tersendiri mengikut pilihan yang disukai oleh anggota perwakilan sendiri. Jika terasa lapar daging mentah, pamplet tersedia di penjuru katil. Cuma menekan punat telefon ke destinasi tersebut, dalam beberapa puloh minit sahaja akan terpacullah dimuka pintu pilihan bagaimana pejalnya daging yang anda idamkan. Tidak perlu membayar, kerana semuanya ditanggung beres!!!
Begitu pula yang dahagakan muzik dan minuman keras, agenda yang sama menanti anda. Setiap kem sudah dilantik pegawai perhubungan awam yang akan senantiasa melayani kehendak anda tidak ada had dan batasannya!!!
Justeru itu tidak hairanlah jika ada perwakilan yang balik bergaduh dan berperang dengan isteri masing-masing. Jika hendak dibicarakan soal layanan yang diberikan kepada mereka (anggota perwakilan) itu tidak akan kesudahan artikel ini buat tatapan anda. Bagi tidak memanjangkan pendedahan salahlaku mereka di sisi agama, cukuplah rasanya anda memahami sendiri apakah agenda yang berlaku dalam keadaaan anda jauh dari peliharaan Allah, selama seminggu anda berada di dalam 'kem calon' disepanjang pemilihan agong UMno tersebut berlangsung.
Bukan sekadar dari sebuah handphone, malahan kenderaan termasuk motosikal dan kereta, rumah atau banglow, isteri atau wanita simpanan, projek atau saham yang bernilai ribuan dan jutaan ringgit, hanya bergantung kepada siapa pentingnya anda kepada calon yang bertanding.
Apalagi jika calon seorang yang berkemampuan seperti seorang Menteri Besar di negeri yang kaya seperti Perak atau Terengganu serta Johor, mahupun Selangor. Belum sempat rumah didirikan jalan tar sudah sampai ke halaman rumah. Maka, dipendekkan fakta, apa sahaja yang anda hajati akan disempurnakan. Itu jika anda ahli UMno. Mereka tidak timbang soal halal dan haram. Yang penting ada beras, semua kerja deras. Ada padi, semua kerja jadi!!
Menjelang pilihanraya lalu, UMno bahagian Tambun menghadiahkan sebuah motosikal baru kepada setiap Pengerusi cawangan UMno dalam bahagian berkenaan. Siapa kata Husni Hanadzlah seorang yang tidak korup dan rasuah dalam politik!!!
Ahli UMno mahu pun pemimpinnya memang pandai bermuka-muka!!! Menunjuk kealiman di hadapan rakyat sedang disebaliknya mereka mengaut undi, memancing undi dengan sogokan berupa 'daki dunia'. Itulah sebab utama mengapa ahli UMno masih terus setia dengan UMno. Walaupun jumlah ahli itu tidaklah sehebat 2.7 juta sebagaimana yang diwar-warkan, namun segelintir yang ada sudah cukup mengundang bala Allah ke atas negara ini!
Sukar untuk saya memberhentikan penulisan ini. Apa lagi berbicara tentang perangai ahli UMno yang pandai menggunakan Islam dan tafsiran mereka sendiri. Ingin menguasai masjid tetapi jarang datang berjemaah. Kepada mereka Islam hanya bersembahyang, main nombor dan main betina tiada halangan pun!!
Bagaimana 'hidayah' mahu menjenguk ke kamar hati masing-masing yang sudah diliputi dengan najis dan kekotoran dunia? Ini baru perwakilan cawangan dan perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agong UMno. Sudah pasti yang berlaku diperingkat atasan (para menteri dan anggota kabinet) berlaku maha dahsyat sekali!!!
Justeru itu tidak hairan seorang Menteri mampu membeli rumah di Australia dan harta berjuta di New Zealand. Di Afrika atau Amerika Latin. Dunia bukan terlalu besar bagi mereka. Minum pagi di Tokyo, makan tengahari di New York dan bermalam di Paris. Itulah kemampuan para menteri UMno yang bolehlah disifatkan seluruh ahli UMno itu kini telah menganut fahaman 'maddiah'.
Maka bagaimanakah hati mereka boleh berubah? Kata teman saya itu mengakhiri perbualannya suatu petang nan indah semasa kami menghabiskan masa menghirup kopi panas di sebuah coffe house.
Teman saya kata kecuali bagi mereka yang mendapat didikan agama secukupnya dan mereka sentiasa memohon Allah berikan petunjuk, maka jenis manusia inilah yang insaf dan bertaubat serta mahu kembali ke jalan Allah.
Benar juga kata sahabat saya kerana saya dapat merasakan perubahan dirinya setelah mengikuti perjuangan PAS sejak peristiwa pemecatan DSAI 2 September 1998. Sebagai kesimpulannya, selagi mana Islam tidak dihayati secara syumul, maka selagi itulah perjuangan UMno dan fahaman kebendaan itu menguasai diri manusia. Maka selagi itulah thagut memerintah Islam dengan mengenakan berbagai tekanan yang sungguh menyiksakan!!
Kepimpinan UMno menyedari hakikat bahawa sekiranya rakyat negara ini menghayati perjuangan Islam sebenar mereka pasti akan meninggalkan UMno dan memihak kepada perjuangan PAS. Ini jelas kerana di dalam PAS tiada amalan sedemikian di mana sahaja atau dalam apa jua bentuk. Sirah RasullulLah mengajar kita bahawa dalam perjuangan kita bukan 'mengaut', sebaliknya menaburkan apa yang ada untuk perjuangan dan Allah.
Itu tidak juga bererti masuk PAS semua orang akan miskin, tetapi dalam sejarah hijrah pernah berlaku seorang sahabat yang suatu masa dahulu kaya hingga apabila ditemui oleh RasululLah di Madinah maka sahabat itu seperti seorang fakir miskin. Namun beliau berbahagia kerana mampu ikut berjuang bersama rasululLah, demi Islam dan perkembangannya, demi Allah dan ugamanya.
Dalam PAS para ahli biasanya membantu perjuangan parti dengan sumbangan dan huluran seikhlas mana sekalipun. Justeru itu kekentalan semangat perjuangan di dalam PAS begitu jitu. Malahan sokongan kepada PAS tidak luntur semenjak ditubuhkan kira-kira 44 tahun lalu. PAS boleh berbangga kerana keikhlasan perjuangan mereka disifatkan sebagai 'angkatan terbaik' oleh kaum bukan Islam di negara ini dan persediaan mengambilalih pemerintahan itu sudah mewarnai minda perjuangan mereka semenjak setahun lalu apabila menerima kunjungan penyertaan mujahid secara beramai-ramai.
Mengikut statistik yang ada ahli PAS kini sudah pun menjangkau 1 juta orang dan sebanyak 70,000 borang permohonan ahli masih belum disempurnakan pemerosesannya semenjak kemasukan secara beramai-ramai setahun lalu.
Ahli UMno yang taksub kepada harta dunia, ingatlah amaran Allah:
"Dan janganlah sebahagian kamu, memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan salah dan (janganlah) kamu membawa urusan harta itu kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui" - 188 Surah Al Baqorah
"Sesungguhnya orang yang kufur, harta benda dan anak-anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak siksa Allah dari mereka itu. Dan mereka itulah bahan api neraka" - 10 Surah Ali Imran
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah jua tempat pengembalian yang baik (syurga)" - 14 Ali Imran
Justeru itu kita harus menolak propaganda; "Lemah UMNO, lemahlah BN, lemah BN, lemahlah kerajaan Malaysia dan lemah kerajaan Malaysia maka terjajahlah Malaysia." Ia hanya satu bidaah dan khurafat besar.
Semoga Allah memberikan keampunan jika dalam paparan ini telah secara tidak sengaja menyinggung mana-mana peribadi dan kepada Allah jua kita berserah. Segala kebaikan itu pasti datangnya dari Allah jua, manakala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Webmaster Minda Rakyat
Laman Minda Rakyat