Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Menteri Sabah Murtad ?

Menteri Sabah Murtad?
MUIS dipercayai tahu latar belakang kes menteri berkenaan.
(Berita Sabah, 13--9 Mac 2000)

KOTA KINABALU: Seorang Menteri Kabinet Sabah kini dikatakan sedang dalam perhatian Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) kerana dikhuatiri mencemar nama baik agama Islam apabila berkahwin dengan seorang muslim tetapi mengekalkan agama Kristiannya.

Menteri yang kini bergelar Datuk dan dari komponen Barisan Nasional (BN) itu dikatakan sudah lama berkahwin dengan anak seorang “haji” dan dipercayai mempunyai beberapa orang anak.

Perkahwinan mereka dikatakan menghadapi banyak halangan pada awalnya dan terpaksa beberapa kali diuruskan di Mahkamah Anak Negeri di sebelah pedalaman bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka.

Beberapa sumber, termasuk mereka yang mengaku mengenali menteri berkenaan, memberitahu Berita Sabah bahawa ketika masih berjawatan Pembantu Menteri, Menteri itu juga telah berkahwin dengan seorang lagi anak “haji” dan kini mereka mempunyai seorang anak.

“Haji itu (ayah mentua menteri itu) sendiri tertanya-tanya apakah status anak dan cucunya sekarang kerana Yang Berhormat itu bukan Islam sehingga sekarang,” kata seorang yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, berikutan laporan beberapa sumber berkenaan, Berita Sabah telah membuat siasatannya sendiri dan turut mendapat beberapa perkara menarik mengenai Menteri tersebut termasuk dia juga pernah berkahwin dengan seorang wanita lain ketika masih berjawatan Pembantu Menteri.

Bagaimanapun, perkahwinan itu dirahsiakan dan tidak ramai yang tahu mengenainya termasuk sama ada mereka mempunyai anak atau bagaimana.

Sementara itu, beberapa orang dari kawasan Menteri itu berkata, perkara berkenaan sebenarnya bukan rahsia lagi di kawasannya, cuma orang ramai tidak mahu menghebohkan kes itu yang mereka anggap soal peribadi orang kenamaan itu.

“Saya rasa Osu (Ketua menteri, datuk Osu Sukam) tahun bah ini tapi mereka tidak bising-bising…” kata seorang pemerhati.

Bagaimanapun, tindakan Menteri itu nyata telah menyalahi undang-undang dan lebih dari itu mencemarkan nama baik agama Islam dan Kristian! Persoalannya sekarang ialah pernahkah Menteri itu memeluk Islam atau adakah beliau tetap Kristian ketika mengahwini dua orang isterinya yang beragama Islam itu?

Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan. Laman GU:



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com