Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

'Pontianak Gua Musang' atau 'Pengkhianat Gua Musang'?

Sudah menjadi kebiasaan bagi Pak Tua kita iaitu Dr. Mahathir bermain taktik seni kotor dalam menghadapi lawan politik atau orang yang bakal menggugat beliau. Salah satu alat yang paling kerap digunakan ialah media. Bukan setakat berita tetapi cerita2 yang disiarkan juga mempunyai tujuan dan propaganda yang sama. Bagi orang yang betul2 meneliti perkara ini sudah menjadi 'obvious' tetapi bagi orang biasa ia hanya merupakan 'bias' sahaja.

Malam tadi TV3 memaparkan sebuah kisah purba yang berjudul "Pontianak Gua Musang". Adakah tajuk Gua Musang itu ada kena mengena dengan ahli Parlimen Gua musang yang namanya masuk dalam pencalunan presiden dan timbalan presiden UMNO, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui dan pihak TV3 jualah yang memendam maksud sebenar mereka.

Namun jika kita teliti kisah 'Pontianak Gua Musang' tersebut jelaslah ia bukan lebih memaparkan kisah seram atau pontianak, tetapi lebih kepada 'pengkhianat' yang dipegang oleh watak Halimah (Umi Kalthum). Halimah telah mengkhianati janji-janjinya kepada sepupunya Rohani kerana terpikat dengan kekasih Rohani, En. Amran. Bukan itu sahaja... Halimah sanggup pula membunuh saudara sepupunya sendiri dengan membocorkan perahu yang membawanya.

Adakah watak 'pengkhianat' seorang penduduk Gua Musang ini dikaitkan dengan ahli parlimen Gua Musang sekarang ini...yang mungkin telah didakwa 'mengkhianat' buat kedua kalinya kepada Mahathir?

Sama-samalah kita ikuti episod seterusnya dalam adegan merebut istana Putrajaya (bukan istana Takeshi).

(o!o) otroman
Penulis Forum Gerak Reformasi



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com