Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Angkara PASDEC Pahang

saya dengar Agensi kerajaan Pahang iaitu PASDEC hendak bangunkan tanahnya di Lembah Ruil, Cameron Highlands Pahang. Sepatutnya bangunkan sendiri tetapi ambil jalan mudah, jualkan kepada sebuah syarikat swasta berpengkalan di k.L. Projek ini dijual dengan harga yang sudah tentu, seperti kebiasaan, ianya rendah. tapi untuk shortcut dan mungkin ada pengambilan untung oleh boss-boss dalam pasdec itu sendiri.

Tambahan pula dengarnya ada beberapa bangunan kuartes yang diduduki oleh anggota kerajaan termasuk dalam tanah tersebut. mereka dengar kabar diminta keluar dan cari rumah lain. dengar kabar sebenarnya mereka ada peruntukkan untuk ganti dan buat bangunan baru untuk mereka,tapi mereka merahsiakannya. agaknya kalau tak payah buat lagi baik dapat jimat atau sonlap duit itu. hai, nasib,nasib, apalah nasib pegawai kerajaan tersebut. yang boss di pasdec itu orang melayu, yang duduk di kuates itupun melayu, yang nak bina projek itu cina, rumah yang dibina nanti sudah tentu mahal dan tentu bukan melayu akan beli, siapa rugi siapa akan untung? last-last melayu duduk mana? silalah edit dan karang semula

, saya tak pandai. sekian. t,k.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com