Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Bantahan PAS masih lemah

Betul kata Fathi Aris Omar bantahan PAS Terlalu Lemah

Jangan melenting tak tentu arah dan mengeluarkan kata-kata kesat apabila membaca artikel Fathi Aris Omar bertajuk " Talqin untuk 'Harakah'" dalam malaysiakini.com. Bacalah dengan teliti dan faham maksud dan tujuan ikhlas yang terkandung dalam artikel tersebut.

Antara pendapat penting yang diketarakan Fathi Aris Omar adalah bantahan PAS terhadap sekatan ke-atas Harakah tidak ada ummph langsung. Terlalu lemah. Seolah-olah PAS menyerah kepada takdir dan berpuashati. Adakah PAS berharap hanya dengan beberapa kenyataan membantah oleh pemimimpinnya itu dah cukup?

PAS nampak macam bersikap tidak apa. Tak apalah. Jadilah dapat dua kali sebulan lebeh elok dari diharamkan terus. Inilah tanggapan kebanyakkan penyokong BA di Lembah Kelang, ia-itu PAS macamlah menerima tindakan kejam KDN itu dengan beralah saja, tak begitu melawan.Inilah yang hendak diketarakan oleh Fathi Aris Omar.

Response PAS yang lemah itu boleh menjadikan kerajaan BN-UMNO bertambah naik lemak lagi dan bermacam lagi lah nanti tindakan kejam yang lain yang akan dilakukan oleh BN, satu demi satu, termasuklah mengharamkan PAS tidak berapa lama lagi. Kerajaan BN seolah-olah dah jangka PAS tidak akan berani melawan. Inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Fathi Aris Omar.

PAS perlu faham bahawa antara strateji yang digunakan UMNO-BN adalah strateji komunis yang dipelupori oleh Mao Tse Tung, ia-itu bila menekan dan didapati "besi" yang bertahan maka berundur dulu dan fikir cara lain, tapi kalau menekan dan didapati yang bertahan itu "pulut", nah apa lagi, tekan dan terus tekan sampai lenyek dan lumat.

PAS seakan tidak memahami implikasi buruk tindakan kejam kerajaan BN mengurangkan edisi Harakah dari 8 kepada 2 dalam sebulan.

Sebenarnya dua kali sebulan bagi tabloid politik samalah seperti tabloid itu dah tak ujud langsung kerana pergolakan dan perkembangan politik seharian adalah begitu pesat sekali. Berita dan isu politik yang akan dibawa Harakah setiap dua minggu sekali itu akan berupa berita dan isu-isu politik yang dah 'basi' dan tidak begitu ada ummph lagi.

Dengan ertikata yang lain tindakan UMNO-BN tersebut adalah cara halus untuk kuburkan Harakah. Malangnya PAS seolah-olah tak faham implikasi ini dan hanya membantah secara ala kadar sahaja. Macam UMNO dah ukur dan agak PAS tak akan berani melawan dan dengan dayus serta kecut akan menerima sahaja. Ini lah yang Fathi Aris Omar nak bagi tahu kepada PAS agar PAS celek, sedar dan bangun dari mimpi seronoknya dan bertindak dengan lebeh serius lagi.

Cara response PAS yang jelas terlalu lemah itu menguatkan pandangan ramai dikalangan penyokong-penyokong BA di Lembah Kelang bahawa PAS sudah berpuashati dengan kemenangan di Kelantan, Terengganu, dan lain-lain kawasan dalam pilihanraya lepas. PAS dah macam hilang taring.

Mungkin PAS takut untuk bertindak. Takut kalau-kalau PAS sendiri akan diharamkan terutama sekali sudah pun ada cadangan oleh kerajaan BN untuk meluluskan undang-undang yang memisahkan agama dari politik. PAS perlu lihat keadaan di Turkey. Parti Islam di Turkey diharamkan walau pun telah terlalu berhati-hati dan berlaku sangat moderate dalam tindak tanduknya.

Kalau UMNO-BN nak haramkan PAS, mereka akan tetap haramkan PAS walau pun PAS berkelakuan baik hinggakan pijak semut pun tak mati. Sebenarnya sikap tidak apa PAS membuka pintu yang luas kepada kerajaan kejam UMNO-BN untuk bertindak dengan lebeh kejam lagi. Apa UMNO-BN nak ditakutkan kalau PAS umpama pulut.

Saya percaya pemimpin PAS sudah melakukan Solat Sunat Istikarah, dan cara membantah secara tersangat sederhana dan menerima sebagai takdir itu adalah petunjuk yang PAS perolehi dari Allah.

Maknanya PAS bukan pengecut dan bacul tetapi bersabar.

Salam

Suraya



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com