Seorang keturunan Amerika telah menulis dalam Los Angeles Times akhir tahun lalu, semasa kes pemecatan Anwar Ibrahim baru panas. Penulis itu, yang pernah menetap di Pulau Pinang selama setahun beritau bahawa revolusi di Rusia untuk menjatuhkan kuasa komunis telah berkaja dilakukan oleh kuasa mesin faks. Tetapi, di Malaysia, Barisan Nasional akan runtuh oleh kuasa Internet.
Apakah ini akan bakal menjadi kenyataan?
Mengikut apa yang sedang berlaku sekarang, kuasa Internet di Malaysia tidak boleh diperkecilkan. Dan nampaknya, kelompok yang menguasai Internet di negara sekarang rata-rata orang Melayu dan penyokong Anwar dan falsafah reformasi. Semantara itu, bagi pihak penentang reformasi pula, mereka masih lagi mentah dengan media ini. Kalau adapun usaha mereka untuk mengguna Internet untuk menyebar berita palsu lain, ia sering dikecam oleh penyokong reformasi atau masyarakat Melayu khasnya. Jadi, setiap apa usaha mereka atau setakat ini masih dipanggil 'kerajaan' telah dipatahkan oleh rakyat-jelata. Akhirnya, mereka terpaksa mengguna media tradisional seperti cetak dan elektronik.
Yang mengelikan ialah apabila perjumpaan yang mahu diadakan oleh pemimpin seperti Dr. Mahathir dan hulubalang serta soldadunya turut mengalami masalah kurang sambutan. Lihat sahaja apa yang telah berlaku dengan kempen yang mahu dijalankan, yang mana menghadapi kebuntuan, olehsebab kurang mendapat sambutan. Akhbar dan stesyen televisyen yang dikuasai mereka juga enggan memberi liputan menyeluruh sebab sambutan khalayak kurang, jadi apa yang ditunjukkan cuma muka pemimpin berkenaan sahaja, seperti apa yang telah berlaku sewaktu perayaan menyambut kedatangan hari pertama tahun baru ini, dan upacara bersembahyang Hari Raya Puasa yang baru lalu. Malah gambar yang dipampangkan di muka depan akhbar menunjukkan orang ramai sedang menunggu untuk masuk ke dalam Sri Perdana. Dengan cara ini mereka kelihatan ramai. Tetapi, apabila pintu utama dibuka, maka kumpulan masuk ke dalam halaman Sri Perdana, dan terlihat kuranglah manusia yang dikatakan telah membanjiri rumah rasmi perdana menteri itu, yang dianggar oleh akhbar sendiri sebagai sekitar 40,000 orang. Sudah tentu jumlah yang pergi ke rumah terbuka timbalan perdana menteri dikatakan 30,000 bagi menunjukkan bahasa Dr. Mahathir mendapat lebih ramai pelawat dari timbalannya.
Sementara itu di kediaman Anwar di Damansara akhbar kita beritau 16,000 pelawat telah ke sana. Angka ini mungkin telah diturunkan, seperti biasa, sementara angka mereka yang pergi ke rumah perdana menteri dan timbalannya telah sengaja dinaikkan.
Akhirnya nanti, akhbar tradisional cetak dan elektronik seperti televisyen dan radio juga tidak akan berkesan untuk diguna oleh kerajaan untuk menyebar dakyah mereka dalam zaman Internet ini. Berita yang menyatakan Utusan Malaysia mengalami penurunan pembeli termasuk New Straits Times dan Berita Harian adalah seperti yang dijangkakan. Ia bukan lagi sesuatu yang mengejutkan; apa yang mahu didengar oleh orang ramai bukan penurunan jumlah pembaca atau pembeli akhbar berkenaan, tetapi bilakah ia semua akan ditutup! Sebab kalau Utusan Malaysia dan Berita Harian ditutup, ini sudah pasti merupakan satu berita yang amat menggembirakan.
Sementara itu akhbar parti PAS, Harakah menampakkan kenaikan penjualan. Laman Internet mereka, sama dengan laman-laman Internet menyokong Anwar dan reformasi menjadi-jadi, dengan Laman Reformasi kini menduduki tempat teratas dengan mencatat lebih dari lapan juta pelawat, berbanding dengan laman-laman lain yang hampir semua sudah mencatit lebih satu juta pelawat.
Dan yang membanggakan ialah, kesemua laman menyokong Anwar dan reformasi menghidangkan maklumat tepat dalam bahasa Melayu dengan sedikit berita dalam bahasa Inggeris. Sambutan hangat di kalangan pembaca Internet Melayu, mungkin disebabkan kunjungan dari pengakses dari negara jiran, seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
Ini sebenarnya boleh dijadikan kayu pengukur untuk membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya lebih maju dalam bidang Internet berbanding dengan kaum lain di negara kita. Laman-laman dalam bahasa Inggeris, atau Cina dan India ternyata sekali amat berkurangan. Kalau adapun laman bahasa Cina ia adalah bersangkut-paut dengan reformasi.
Kenyataan seperti inilah yang mengerunkan kerajaan atau lebih tepat lagi, Dr. Mahathir dan kuncu-kucunya, sebab mereka tidak pernah menyangkakan bahawa orang Melayu memonopoli Internet di negara kita. Dan ini boleh merubah keadaan ketika pilihanraya umum nanti, sebab maklumat dan berita yang lebih tepat dapat disalurkan kepada mereka dan pengundi amnya menerusi Internet, walaupun ia tidak boleh dilakukan menerusi media tradisional iaitu elektronik dan cetak yang akan dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.
Tidak salah kalau kita katakan bahawa dalam pilihanraya umum yang lalu dimana Parti Melayu Semangat 46 telah berjaya ditumbangkan dengan mudahnya oleh BN olehsebab Semangat 46 tidak mempunyai saluran untuk menyampaikan berita dan maklumat, dan penyokong Semangat 46 sendiri terpaksa bergantung kepada media yang dikuasai oleh BN. Jadi, lama-kelamaan ramai diantara mereka menukar pendapat dan menyokong BN, lebih-lebih lagi apabila dipaparkan dengan sebegitu luas presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh yang memakai tengolok Sabah yang kelihatan seperti terdapat grafik salib atau pangkah kristen, yang mana telah membuat orang Melayu berpaling tadah dan tidak mengundi calon parti itu. Ini sebenarnya yang telah menyelamatkan BN dari menaruh kekalahan teruk di tangan Semangat 46 yang telah sengaja mengguna isiu perkauman dan ugama untuk menunjukkan pemimpin Semangat 46 sebagai tidak mempunyai ugama yang kuat, dan mahu mengkristenkan negara sendiri.
Dalam pilihanraya umum yang bakal mendatang ini, kesemua masalah yang bakal diwujudkan oleh BN seperti isiu-isi sensitif itu kini sudah tidak boleh dilakukan lagi. Dan ini bakal membuat mereka hilang akal dan tidak dapat memesong pengundi.
Dan apa yang akan berlaku semasa pilihanraya akan datang ialah kerajaan Barisan Nasional akan cuba sedaya-upaya mengguna media cetak dan elektronik sebab ini sahaja media yang boleh dimanipulasi mereka walupun mereka sedar ini tidak mungkin berjaya. Mereka sudah tentu tidak boleh mengguna Internet sebab orang ramai tidak akan pedulikan apa yang disiar oleh mereka, dan akan menumpukan perhatian kepada berita yang disebar oleh pihak reformasi dan penyokong Anwar.
Namun demikian, tidak mengejutkan kalau Internet akan dijam sewaktu kesemarakan pilihanraya umum akan datang oleh kerajaan, selama dua minggu atau satu minggu sebelum hari pemilihan undi. Ini bertujuan untuk menghalang orang ramai mendapat maklumat terkini yang lain dari apa yang disebar oleh akhbar pro-BN.
Saya tidak menyangkalkan sama sekali yang Internet di Malaysia akan dijam olehsebab untuk mematahkan saluran berita dari parti-parti pro-reformasi. Ini dilakukan secara terdesak sebagai usaha kejam mereka, bagi tujuan menyelamatkan UMNO dan BN, dari kalah teruk sehinggakan mengakibatkan kehancuran kerajaan yang dipimpin mereka selama ini.
Jadi, saya sebenarnya tidak kuasa berfikir samada Abdullah Ahmad Badawi atau Najib Abdul Razak yang bakal menjadi perdana menteri dan timbalannya, sebab ini adalah sesuatu bayangan. Keadaan sebenarnya ialah, mereka semua akan kalah teruk dalam pilihanraya termasuk Dr. Mahathir, Daim dan watak-watak utama UMNO dan BN lain seperti yang disebut di atas. Jadi, ini tidak jadi isiu untuk saya. Setahu saya, calon-calon dari pergerakan reformasi, PAS, DAP dan Barisan Sosialis akan mengaup hampir kesemua kerusi yang ditandingi. Lihat sahaja nanti, dan perdana menteri baru Malaysia akan pergi kepada Anwar Ibrahim kita. Ini adalah takdirnya.
Yang harus kita kuatirkan ialah samada Dr. Mahathir akan melakukan sesuatu yang merupakan pengkhiantan untuk membatalkan keputusan pilihanraya, atau merampas kuasa secara kejam dan menghalang parti baru membentuk kerajaan, seperti apa yang berlaku di Myanmar atau Algeria sekarang. Kalau ini berlaku huru-hara akan tercetus.
Kalau tidak, Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya akan disingkir, dan terpaksa menanggung kesengsaraan apabila kes rasuah, salahguna kuasa dan jenayah akan dilemparkan ke atas mereka. Satu demi satu dari pemimpin UMNO dan BN akan diheret ke mahkamah untuk melawan tuduhan yang selama ini tidak dapat dimasukkan ke mahkamah olehsebab dihalang oleh dalang utama mereka, iaitu Dr.Mahathir sendiri.
Rahim Thambychik, Megat Junid, Daim, Rafidah, Sammy, Ling Liong Sik, anak-anak Dr. Mahathir semuanya, Ibrahim Ali,
dan lain-lain pemimpin UMNO, MCA dan MIC kini akan tahu siapa mereka di sisi undang-undang. Kalau dilihat seperti apa yang telah dilakukan oleh BN sewaktu pilihanraya umum, mereka sahajalah yang mendominasi media elektronik dan cetak. Tetapi di masa-masa lalu, Internet tidak wujud lagi seperti sekarang, dan sekarang ini kerajaan sudah tentu akan melakukan sesuatu kepada sistem Intenet.
Ternyata sekarang ialah kredibiliti Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin BN lain termasuk pemimpin parti Cina dan India dalam perkumpulan itu sudah mula hilang kredibiliti mereka. Sokongan rakyat khususnya di kawasn-kawasn pengundian mereka sudah berkurangan. Jadi, tidak hairan kalau hampir kesemua pemimpin veteran UMNO, MCA, MIC dan parti-parti di Sabah lain dalam BN akan disingkir oleh pengundi.
Yang akan disingkir bulat-bulat oleh pengundi dalam pilihanraya umum akan datang ialah Dr. Mahathir, Daim Zainuddin, Abdullah Ahmad Badawi, Rafidah Aziz, Samusi Junid, Shahidan Kassim, Hamid Othman, Yusof Nor, Ibrahim Ali (kalau dia berani bertanding), Mustapha Mohammed, Mohammed Rahmat (kalau dia dipilih oleh BN untuk bertanding), Ghafar Baba, Rahim Thambychik, dan semua mereka yang telah lama menunjukkan muda sehingga sudah menjemukan termasuk Samy Vellu, Ling Liong Sik, Bernard Dompok dan lain-lain.
Turut disingkir termasuk semua pemimpin Pemuda UMNO, termasuk Hishamuddin Hussein, Nazri dan ahli MT UMNO. Dan yang akan dilantik adalah mereka yang mewakilli parti PAS, DAP dan parti-parti pembangkang sekarang ini. Kita tidak tahu samada Ahmad Zahid Hamidi akan dibenar bertanding oleh BN. Kalau dia bertanding, kemungkin besar dia akan menang, tetapi ini akan berlaku bukan di atas kekuatan dan pengaruh UMNO atau BN, tetapi atas kekuatan dan pengaruhnya sendiri dan penglibatannya dalam pergarakan reformasi.
Siapa yang berani bertanding berhadapan dengan isteri Anwar, Dr. Wan Azizah? Beliau akan menang tanpa berkempen. Dan barang sesiapa yang mahu berlawan dengannya sudah pasti akan hilang deposit, termasuk Dr. Mahathir sendiri, kalau dia jantan dan tidak gentar malu dikalahkan oleh Dr. Wan Azizah, walaupun di Kubang Pasu atau di mana-mana.
Malah kalau anak sulung Anwar bertanding dia juga boleh menang dengan mudah. Beranikah Ibrahim Ali berhadapan dengan gadis belasan tahun ini?
Zaman UMNO dan BN sudah berlaku. Ia diwujudkan oleh Tun Razak selepas pergaduhan kaum selepas 13 Mei, 1969 dengan mengambil mana-mana parti yang ada ketika itu semata-mata untuk menghidupkan UMNO, MCA dan MIC. Mereka mengambil lebih satu dozen parti, hampir kesemuanya, kecuali parti pembangkang seperti PAS, DAP dan Barisan Sosialis yang ditolak ke satu sudut dengan dilabel parti pembangkang.
Tujuan Tun Razak ketika itu tidak lain untuk menyelamatkan UMNO dan MCA dan MIC, yang sudah menampakkan saat-saat genting mereka. Tun Razak juga membuat suatu gimik dengan pergi ke Beijing dan bertemu dengan Pengerusi parti komunis Cina, Mao Zedong, yang mana telah berjaya memikat hati pengundi Cina.
Tetapi, kali ini, UMNO dan BN sudah pasti akan runtuh. Keruntuhannya disebabkan tahab kepimpinan UMNO dan BN yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Mereka telah menunjukkan penyalahan guna kuasa yang berlebih-lebihan, sehingga ia tidak boleh diampunkan oleh masyarakat Melayu dan Malaysia sendiri.
Masyarakat Melayu kini baru sedar bahawa parti untuk mereka yang sebenarnya tidak lain iaitu PAS, dan untuk kaum Cina, ia bukan lagi MCA tetapi DAP. Sementara untuk masyarakat India, mereka mungkin akan berpihak kepada DAP atau Barisan Sosialis atau PAS. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai parti India yang boleh dipercayai. MIC, IPF atau PPP ternyata berserta dengan UMNO, MCA dan MIC sudah mereka tidak percaya lagi.
UMNO dan BN akan runtuh, walaupun keruntuhannya disebabkan kuasa Internet. Tetapi, lebih dari itu, keruntuhannya disebabkan bahawa parti UMNO dan konsep BN tidak boleh diguna lagi buat masa sekarang. Tokoh-tokoh yang mereka telah wujudkan kini sudah begitu lama berada dalam suasana politik negara, dan orang ramai sudah naik muak dengan mereka, sehingga ada yang mahu muntah mendengar celoteh mereka, termasuk Dr. Mahathir sendiri.
Rakyat-jelata kini sedang tunggu masa untuk mereka bertindak. Mereka telah berarak untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap Dr. Mahathir dan UMNO serta BN dalam bulan September, Oktober dan November tahun lalu. Dan mereka kini biarkan keadaan reda. Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO dan BN sangkakan mereka telah lentor semangat dan pergerakan reformasi sudah terkubur.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah semangat reformasi semakin bersemarak, dan orang ramai cuma menunggu masanya untuk menunjukkan kuasa mereka, dalam pilihanraya umum akan datang.
Saya juga mahu lihat sejauh manakah pemimpin UMNO dan BN termasuk Dr. Mahathir, Daim, Ibrahim, Rafidah, dan lain-lain akan menjalankan kempen mereka. Bolehkah mereka menarik ratusan ribu penyokong untuk mendengar celoteh mereka?
Apa yang dikuatiri mereka semua ialah kempen mereka akan disambut dengan lesu, sedangkan kempen oleh pemimpin reformasi akan dibanjiri oleh penyokong.
Tidak hairan kalau ada petualang dari pasukan polis, misalnya yang akan menyamar sebagai penyokong reformasi dan sengaja membuat kecuh semasa pemimpin reformasi berkempen, semata-mata untuk memecahkan rapat tersebut, dan mencetuskan huru-hara yang tidak terkawal.
Tidak menghairkan kalau BN akan runtuh dan disingkirkan oleh pengundi, kecuali kalau sesuatu yang jahat dilakukan oleh pihak yang berkuasa sekarang, dengan cara yang tidak terfikir oleh manusia bertamaddun, semata-mata untuk mengekalkan tempat mereka dalam kerajaan dan terus memerintah.
Mereka tidak sedar bahawa walaupun UMNO telah lama menjadi kerajaan bersama BN, namun demikian kedudukan mereka tidak teguh seperti dulu. Parti tersebut kini bergoncang dari dalam dan luar. Ini tidak berlaku pada masa-masa yang telah berlaku.
Kalau parti komunis di Rusia yang telah menjadi kerajaan kuku besi selama lebih 70 tahun boleh ditumbangkan, kenapa BN dan UMNO tidak?
Atau tidakkah Dr. Mahathir dan rakan-rakannya sedar bahawa parti LDP yang telah memerintah Jepun selama 36 tahun tanpa putus, akhirnya tumbang, dan kini negara itu dipimpin oleh parti yang dulunya pembangkang.
Di Malaysia, scenario seumpama ini boleh dan akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. Terdapat faktor-faktor penting yang tidak wujud pada masa dulu, kini sudah ada. Dan parti-parti yang sekarang dianggap sebagai pembangkan seperti PAS, DAP dan Barisan Sosialis serta yang lain-lain sudah mempunyai kesungguhan yang luarbiasa untuk menumbangkan BN. Kini kesemua parti tersebut bersatu dan rakyat-jelata mahukan perubahan dan reformasi. Kes Anwar telah menyemarakkan kebencian orang ramai terhadap Dr. Mahathir khususnya dan UMNO serta BN amnya.
Watak-watak sumbang seperti Daim, Rafidah, Sammy, Ling Liong Sik, Ibrahim Ali, Mustapha Mohammed, Mohammed Rahmat dan lain-lain itu menambahkan lagi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN. Kalau dulu mereka boleh menganggap diri mereka penentu masadepan UMNO, BN dan negara, tetapi sekarang mereka cuma boleh berkata merekalah yang boleh menentukan kehancurannya.
Tidak hairan kalau disaat-saat genting dan cemas, Dr. Mahathir dan Daim sendiri akan disingkir oleh UMNO dan BN, demi mahu menjaga kepentingan parti. Saya tidak akan terkejut kalau Dr. Mahathir dan Daim, serta Rafidah, Ibrahim, Mohammed Rahmat dan Mustapha Mohammed serta pemimpin jaguh UMNO dan BN seperti Sammy Vellu dan Ling Liong Sik akan merasakan tindakan undang-undang yang dulunya dikhaskan untuk ahli politik PAS, DAP dan Barisan Sosialis.
Mereka boleh diheret ke mahkamah seperti mana apa yang sedang berlaku kepada Anwar dan lain-lain pemimpin PAS dan DAP seperti Lim Guan Eng.
Scenario politik Malaysia boleh berubah dengan sekelip mata, selepas pilihan raya, dan Dr. Mahathir tidak pasti akan berada di ibupejabat UMNO di Bangunan Putra atau PWTC, untuk menunggu keputusan pilihanraya umum tahun ini seperti yang telah dilakukan di masa-masa lalu. Dr. Mahathir pada lazimnya memakai baju kot bildu berwarna hitam (black velvet) dan melambaikan bendera kecil Malaysia setiap kali BN menawan sebuah kerusi. Di sisinya biasanya ialah anak perempuannya, Marina, yang akan
memeluknya untuk menandakan keriangan mereka ke atas kemenangan BN. Tahun ini, sekiranya pilihanraya umum akan diadakan dipertengahan tahun ini, iaitu sebaik sahaja perayaan tahun baru Cina, kemungkin Dr. Mahathir tidak akan bertanding sama sekali. Ini disebabkan dia tidak mempunyai satu kawasanpun yang selamat untuk bertanding. Di kawasannya sendiri iaitu Kubang Pasu, dia sudah pasti tidak boleh menunjukkan mukanya, inikan lagi di Langkawi atau di seluruh negara.
Ke mana agknya kawasan di mana Daim, Sanusi, Mustapha Mohammed, Sammy Vellu, Ling Liong Sik dan lain-lain pemimpin UMNO, MCA, MIC dan parti-parti BN lain boleh menang?
Dari mata kasar, tidak terdapat satu kawasanpun di mana BN boleh rasa yakin akan menang. Sebab kalau kawasan Kubang Pasu Dr. Mahathir sendiri tidak selamat, masakan di kawasan-kawasan lain mereka boleh menang?
Kita sama-sama tunggu bila pilihanraya umum akan diadakan, dan lihat sahaja bagaimana kuasa Internet akan menunjukkan belangnya. Sebab kalau mesin faks sahaja yang telah berjaya meruntuhkan kuasa parti komunis di Rusia walaupun ia telah bertapak selama lebih 70 tahun, masakan kuasa Internet tidak boleh meruntuhkan UMNO, MCA, MIC dan BN dalam pilihanraya umum kita yang dijangka akan diadakan pertengahan tahun ini?
Mamat Rimau
Pengalisis