21hb.Mac 2000 ini adalah hari penamman calon bagi
Pilihanraya Kecil N.26 DUN Sanggang,Mentakab Pahang
DarulMakmur-pilihanraya kecil pertama di Alaf baru.
Pilihanraya ini menjadi begitu penting untuk menebak
sejauhmana relevannya UMNO/BN setelah di gegarkan
dengan keputusan pilihanraya umum yang lalu khususnya
penerimaan masyarakat Melayu terhadap UMNO.
Sungguhpun penamaan calon hanya akan berlangsung
pada 21/3/2000 ini tetapi nampaknya genderang perang
telah lama di tabuhkan,kempen-kempen telahpun di
mulakan oleh UMNO.Dari Menteri Besar Pahang hinggalah
kepada Timbalan Perdana Menteri memberikan perhatian
yang cukup kuat terhadap Sanggang.TPM sendiri dalam
tempoh tak sampai 14 hari telah 2 kali turun ke
Sanggang manakala Menteri Besar telah pun secara
praktis berkampung di Temerloh.Maka 1001 janji di
taburkan dan projek instants pun di luluskan,jalan
yang baru di turap kembali,yang berlobang-berlopak di
perbaharui.Begitulah hebatnya lakonan UMNO guna untuk
menggula-gulakan rakyat.
Apa pun,keadaan ini menunjukkan hakikat sebenar
kegelabahan mereka.UMNO merasa tertekan dan terhimpit
walaupun pelbagai janji di taburkan,berpuluh projek di
luluskan dan beratusribu wang di hamburkan mereka
masih lagi kurang menaruh keyakinan untuk menawan hati
pengundi Sanggang.kenyataan Setiausaha Agung UMNO yang
juga mantan Menteri Besar Pahang bahawa ` UMNO ada
cara' untuk menawan hati pengundi Sanggang jauh dari
meyakinkan kerana perkataan yang sama di ujarkan oleh
beliau menjelang Pilihanraya umum yang lalu yang
menunjukkan keadaan sebaliknya berlaku.
UMNO sekarang berada di tingkat yang paling lemah
dari segi kepercayaan masyarakat Melayu dan ini jelas
kelihatan di mana beberapa program yang di atur dengan
kehadiran TPM sendiri tidak mendapat sambutan dari
rakyat khususnya pengundi Melayu malahan tidak
keterlaluan program yang di jalankan pada hari Sabtu
yang lalu dengan kehadiran TPM,yang ramai hadir adalah
orang luar,bukannya pengundi setempat.
Dari suatu sudut yang lain,kelihatannya strategi
UMNO meletak calon `orang agama' menunjukkan mereka
selesa dengan kepercayaan bahawa pengundi bukan Melayu
tidak akan berpaling tadah dan dengan itu mereka
berkepercayaan adalah perlu untuk menarik undi Melayu
dengan lebih pesat berbanding pilihanraya
terdahulu.Dalam lain perkataan,UMNO bersedia
kehilangan sedikit undi bukan Melayu asalkan mereka
mendapat `overwhelming support/vote' dari pengundi
Melayu.Jika keadaan ini berlaku maka akan di
war-warkan semasa Perhimpunan Agong UMNO kelak yang
UMNO `kembali' relevan kepada orang Melayu;dan ini
akan menjadi markah bonus kepada Pak Lah dan tentunya
Dato`Adnan Yakob,Menteri Bear Pahang.
Keputusan pilihanraya yang lalu jelas menunjukkan
UMNO di tolak oleh pengundi Melayu Sanggang
maka,Pilihanraya kecil ini akan menjadi kayu pengukur
penerimaan orang Melayu terhadap UMNO dan meletakkan
kreadibiliti Menteri Besar dalam arus politik Pahang
khususnya.Demikian itu dalam keadaan ini UMNO tidak
lagi boleh menopang dagu dan bersenanglenang kerana
hakikatnya pengundi-pengundi Sanggang bijak untuk
memilih terutamanya dalam keadaan batang tubuh UMNO
sendiri mengalami masalah.
Bagi pihak BA Pahang yang di ketuai oleh PAS,kita
juga sudah cukup bersedia dari segala segi.Kerjasama
dan program-program yang di atur melibatkan seluruh
jentera Barisan alternatif,baik KeADILan mahupun
DAP.Kita menaruh keyakinan yang tinggi jentera BA di
yang terajui YB Mejar(B)Abd Aziz Yaacob akan dapat
memberikan impaks yang besar dan seterusnya mampu
untuk menambat hati pengundi DUN Sanggang.Manakala
kreadibiliti YB Sdr.Leong Ngah Ngah pula sememangnya
telah teruji untuk meyakinkan pengundi Cina.Di samping
itu paduan oleh jentera KeADILan samaada setempat
ataupun dari bahagian lain serta pimpinan pusat akan
dapat memberikan natijah yang besar dalam mengaut undi
bagi mempastikan kemenangan BA.
Soal kerjasama menjadi longgar atau terhakis
sebenarnya langsung tidak timbul.Dari segi pimpinan
hinggalah kepada ahli biasa yang menjadi target nombor
wahid adalah mempastikan kemenangan calon BA.Kerana
itulah kita beranggapan bahawa calon yang bertanding
tidak dilihat sebagai calon PAS tetapi calon yang
mewakili semua kerabat BA.
Elok juga di sentuh disini,bagi pihak KeADILan
Pahang memberikan komitmen 100% untuk pilihanraya ini
dan pada hari ini (19/3/2000) Saudara Dr.Wahid Ahmad
Suhaime Ketua Perhubungan KeADILan Pahang beserta
Sdr.Gobalakrishnan dan penulis sendiri telah di bawa
mendengar taklimat pilihanraya serta bersama-sama
bermuzakarah dan melampas otak (brainstorming) dengan
sahabat-sahabat Pimpinan PAS.Manakala pada Jumaat yang
lalu,18/3/2000 Sdr.Tian Chua,Ahli MPT KeADILan turut
turun untuk mendapatkan maklumbalas dan menghulurkan
bantuan bagi membantu kemenangangan dalam Pilihanraya
ini.
Kita menaruh keyakinan yang amat tinggi dengan
jalinan kerjasama yang begitu erat antara kerabat
BA,dengan izin AlLah SWT,DUN Sanggang akan menjadi
kerusi kesekiannya milik BA dan seturusnya menjadi
pemangkin kemenagan menyeluruh BA menawan Pahang dalam
Pilihanraya Umum Ke-11 akan datang.
Kepada Allah kita berserah.
Ahmad Nizam B.Hamid
Bendahari KeADILan Pahang
Ketua KeADILan Maran