Assalamualaikum...
"JIKA PM DICABAR SAYA TAK BERTANDING-TAJOL"
(Utusan Malaysia, Khamis 2 MAC, Muka 3, bawah kiri)
Pertama-tamanya ingin saya nyatakan bukannya saya tidak mendokong laungan reformis Malaysia untuk memboikot akbar harian di Malaysia namun disebabkan adik saya yang menunggu keputusan SPM, terdapat beberapa pengumuman pengajian dan peperiksaan yang terdapat disini-Maafkan saya untuk semua.
Harapkan pagar-pagar makan padi, pepatah orang tua yang tidak harusnya dilupakan sepanjang zaman. Begitulah yang berlaku di Negeri tercinta Perak Darul Ridzuan..... Pemimpin yang dipilih oleh rakyat ialah untuk berkhidmad untuk rakyat. Seperti slogan yang amat saya sukai iaitu "Dari rakyat , untuk rakyat, kepada rakyat"
Namun setelah membaca petikan akhbar seperti yang saya nyatakan diatas, hancur hati saya membaca perenggan ketiga iaitu apa yang diucapkan oleh MB Perak, petikan itu berbunyi seperti berikut :-
"Kalau Dr.M dicabar (sbg. Presiden) saya tidak akan bertanding MT. Saya hanya bekerja (dlm UMNO) untuk beliau," tegasnya."
Jadi didalam UMNO beliau bekerja hanya untuk Dr.M, oleh itu dia menjadi wakil rakyat diatas tiket UMNO hanya untuk Dr.M, dia menjadi Menteri besar Perak juga hanya untuk Dr.M..... Jadi dimanakah letaknya tanggungjawab beliau yang menjadi wakil rakyat yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.
Jika menjadi MB untuk Dr.M lebih baih menjadi orang gaji Dr.M di Mahligai Air Mata Rakyat di Ghost Town Putrajaya. Namun pada petikan ini juga sebenarnya membuktikan bahawa MB perak ini tidak mempunyai pendirian kerana pada perenggan ke-5 yang berbunyi :-
"Bagaimanapun katanya, beliau akan akur jika Dr.M bercadang mengundurkan diri dan tetap menyokong penggantinya D.S.A.A. Badawi"
Tadi katanya dia hanya bekerja dlm UMNO hanya untuk Dr.M tapi kalau Pak Dollah ini ganti.... berubah pula cakapnya... beginikah MB Perak.. "Hai malu teman dibuatnye."
Kalau dulu Pak Ramli kerjanya menghabiskan tanah orang melayu dan mengumpul harta serta melambakkan kemudahan Di Kampung Gajah. Mana tidaknya, kawasan kampung yang kecil pun ada Trex Jogging yang terlalu kerap digunakan oleh penduduk kampung yang mana ia hampir ditenggelami lumut, tapi lain pulak Abg Tajol kita nie yang nampaknya Hendak menjadi Pakar bodek (untung-untung dapat pingat perak) yang kononnya hendak menunjukkan taat setia tapi sebenarnya telah menunjukkan bahawa beliau bukan bekerja untuk rakyat... hanya untuk Dr.M.
Jika sahabat bertanya bukankah semua apa yang kita lakukan hanya untuk Allah.... jangan tanya saya "sendiri mau ingat"
-cucu datuk merah-
cucudatukmerah@hotmail.com