Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Tazkirah Pendek 9 - Sekutu Iblis

Soal nabi yang ke-23 : HAi Iblis! Siapa pula sahabat yang hampitr dengan engkau?

Maka sembahnya : Iaitu orang yang meminum arak atau tuak atau memakan candu atau ganja kerana merbahayanya telah zahir membawa pecah-belah dan perkelahian dan perceraian.

Soal nabi yang ke-24 : Hai Iblis! Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau?

Maka sembahnya : Iaitu apabila bertemu antara lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik hati diantaranya dan apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu baginya dan manakala dipandang hadapannya hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekap pada dadanya lalu hamba panah berbetulan pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerk-gerak keinginan nafsu sahwatnya. Bermula orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara ia akan farajnya (kemaluannya) dan apabila tiada memelihara akan farajnya (kemaluannya) dan apabila tiada memelihara akan farajnya nescaya tiadalah ia akan terpelihara imannya.

bersambung minggu depan....



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com