Merujuk kepada :-
"Program TV Pendidikan Di Astro Kekal"
"TV Pendidikan di Astro jimat RM4.6j"
Secara tiba tiba , Tan Sri Musa Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa
'TV pendidikan menggunakan Astro adalah lebih murah'. Menurut kebiasaan
media tempatan, seseorang politician UMNO akan tiba tiba memberi kenyataan
yang menampakkan satu 'fakta' yang dikira dapat melegakan rakyat.
Menurut kenyataan Tan Sri Musa Mohamad , kerajaan perlu membayar RM 5 Juta
kepada RTM, untuk menanggung kos penyiaran TV pendidikan. Manakala Astro
RM 7 juta tahun pertama manakala 400 ribu setiap tahun untuk kos tahunan.
Persoalan yang timbul, Siapa yang meletakkan harga RM 5 Juta , sedangkan
RTM adalah kepunyaan kerajaan, dan tentulah Kementerian Pendidikan juga
adalah kerajaan. Ada kemungkinan nilai RM 5 juta itu adalah on paper
sahaja. dia boleh setkan ia menjadi tinggi setinggi 5 Juta, dan
kemungkinan boleh set ianya serendah RM 1,000
Jika dilihat dari segi apa yang didapati oleh rakyat. RM 5 Juta hanyalah
amat kecil jika dibandingkan dengan wang yang diperuntukkan untuk sekolah
sekolah bistari. Jika TV pendidikan di siarkan di TV2, ataupun TV
percuma lain ie. TV3 , Semua rakyat yang mempunyai TV di rumah boleh
menonton TV pendidikan, tidak hanya terhad kepada TV di sekolah.
Saya masih ingat lagi, zaman dahulu, Zaman 80'an ketika saya masih
bersekolah rendah. Oleh kerana TV pendidikan di sekolah adalah terhad,
dan murid satu sekolah terpaksa menunggu giliran untuk , saya mengambil
jalan mudah untuk menonton siaran TV pendidikan dirumah sahaja pada
sebelah petang. Saya juga selalu menonton TV pendidikan rancangan
matapelajaran yang akan saya ambil pada 2 atau 3 tahun yang akan datang.
Alhamdulillah, saya mendapat 5A dlm peperiksaan pernilaian darjah 5.
Bagaimana dengan murid sekarang? jika dia berpendapatan rendah, sudah
tentu tidak mempunyai 'astro' di rumah. Mereka hanya dapat menonton TV
pendidikan di sekolah, dan hampir tiada peluang langsung untuk menonton
rancangan mata pelajaran 2,3 tahun akan datang yang saya pernah lakukan
dahulu.
Kasihanilah mereka, Dahulu kerajaan sanggup memperuntukkan 5 Juta untuk
TV pendidikan untuk rakyat , tapi pada zaman 'Alaf baru', zaman
'Multimedia' , zaman 'e-****' , zaman * bistari, kerajaan tidak mampu
untuk menyediakan RM 5 Juta.
Jika RM 5 Juta benar benar menjadi masalah kepada kerajaan untuk
menyediakan TV pendidikan , benarkan kami , Rakyat biasa , (dan aku rela
mati untuk rakyat) cuba menyelesaikannya.
Cadangan penyelesaian
=====================
1. Wakil BA ie. Fadzil Nor , Lim Kit Siang dll. berjumpa
Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad, ask him
"Do you have problem to get RM 5 Juta per year untuk TV pendidikan?"
jika dia benar-benar 'tak mampu'? ask him
"How about we (rakyat biasa/ rela mati untuk rakyat) bayar dengan wang
kami"
jika dia kata boleh. proceed with step 2
2. Kutip derma untuk "Tabung TV pendidikan"
3. Kasi duit tu Tan Sri Musa Mohamad , suruh dia bayarkan.
4. repeat (2.) untuk setiap tahun sehingga BA memerintah.
Jiwa Merdeka