Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

UMNO tanam “dajal-dajal” kecil di sekolah-sekolah ?

Kebanyakan sekolah-sekolah menengah sudah mulakan kelas khas aliran Bahasa Arab mulai dengan murid Tingkatan Satu. Lazimnya murid-murid yang memasuki kelas khas ini terdiri dari mereka yang kuat amalan agama. Murid yang perempuan lazimnya memakai tudung untuk menutup aurat.Tetapi terdapat dikelas khas ini satu dua ekor murid perempuan yang tidak memakai tudung untuk menutup aurat mereka.

Murid-murid perempuan yang tidak bertudung didalam kelas khas aliran Bahasa Arab ini sangat mencurigakan. Mereka telah masuk kelas khas ini walau pun jelas kelihatan oleh murid yang lain bahawa mereka tidak minat belajar bahasa Arab dan tidak minat mempelajari agama. Tingkahlaku mereka bagaikan “dajal-dajal” kecil. Setiap hari kerja mereka adalah berkempen menghasut murid perempuan yang menutup aurat dengan bertudung supaya jangan bertudung. “Dajal-dajal” kecil ini akan setiap hari mengatakan wanita yang bertudung itu bodoh, kolot dan bermacam lagi celaan terhadap agama Islam dan para ulamak.

“Dajal-dajal” kecil ini dikesan sebagai anak-anak gulungan korporat UMNO totok dengan cara hidup ala Barat.

Mungkin ibu-bapa mereka berniat baik. Mungkin mereka inginkan anak-anak mereka itu mendapat lebeh pendedahan kepada agama dan bergaul dengan murid-murid lain yang rata-rata kuat amalan agama mereka. Tetapi tingkahlaku anak-anak mereka yang walau pun baru berusia dalam 13 tahun yang setiap hari mengutuk dan menghina Islam itu menimbulkan kecurigaan tentang niat sebenar ibu-bapa mereka.

Adakah “dajal-dajal “ kecil ini sebenarnya ditanam oleh UMNO untuk membuat kecoh dan menyesatkan yang lain di dalam kelas khas aliran bahasa Arab tersebut? Allah sahaja yang mengetahuinya.

Berdoa’lah kita semua ibu bapa yang berkenaan semoga Allah menyelamatkan anak-anak kita dari terpengaruh oleh “dajal-dajal” kecil ini. Di mohon doa’ juga kepada Allah semoga mengubahkan hati “dajal-dajal” kecil ini dan menjadikan mereka murid-murid perempuan yang bertudung menutup aurat serta kuat amalan agama mereka. Amin.

"Ibu"
Di atas ini adalah forward kandungan e-mail dari "ibu".



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com