Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

UMNO gunakan sekolah untuk agenda politiknya !

Hari ini, 24 hb. Mac 2000 (jumaat) UMNO bahagian Marang akan mengadakan persidangannya di Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Terengganu. Dari sumber dalaman pejabat pendidikan daerah berkenaan dinyatakan bahawa pihak UMNO Bahagian Marang telah memohon kebenaran daripada puan pengetua sekolah berkenaan yang juga isteri salah seorang pemimpin dalam UMNO bahagian Marang bagi menggunakan kemudahan sekolah tersebut. Bagi mengelakkan pembuktian hitam putih dalam urusan kebenaran tersebut, pengetua hanya memberikan kebenaran secara lisan dan tidak bertulis kerana bimbang ia akan dijadikan isu dan bukti kukuh pihak lain dalam menghentam penyalahgunaan sekolah tersebut untuk tujuan parti politik (UMNO BARU yang busuk lagi meloyakan).

Sumber itu juga memberitahu bahawa pihak kementerian pendidikan telah mengeluarkan pekeliling kepada jabatan pendidikan Terengganu dan dipanjangkan kepada semua pejabat pendidikan daerah supaya jangan membenarkan sama sekali mana-mana sekolah menjemput pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan para pegawainya kesebarang majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.Jika sesiapa yang berbuat demikian, maka tindakan tatatertib sehingga membuang kerja boleh dikenakan . Pekeliling tersebut ditandatangani oleh Datuk Dr. Shukor, Ketua pengarah pendidikan Malaysia.

Lihatlah betapa dua senario di atas yang menggambarkan betapa botaknya otak para pemimpin UMNO (Baru- busuk lagi meloyakan) dalam menghina kecerdikan otak bangsanya.

Inilah di antara kerja-kerja keji pimpinan parti tersebut . Mereka secara bodoh sombong meliwat kesucian sekolah dengan agenda politik dan pada masa yang sama mengugut para cikgu dan menafikan pemimpin pilihan rakyat Terengganu.

Begitulah kejamnya mereka. Oleh itu marilah kita semua buang ke laut parti politik yang sebegini kejam lagi dungu.Marilah beramai-ramai kita berbaris di luar pagar sekolah tersebut pukul 8.30 pagi ini dan membantah perogolan sekolah tersebut.

MSB


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com