Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

ULAMAK UMNO MENIUPKAN RASA BENCI DAN PERMUSUHAN

Saya tidak mengenali pun siapa dia Dr Ramli Omar sehingga saya membaca di hujung artikel tulisan beliau di muka surat 12 Berita Harian keluaran 17 Mac 2000 bahwa beliau adalah merupakan Dekan Sekolah Pengajian Islam Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Tajuk artikel beliau memang amat menarik khususnya bagi orang-orang seperti saya yang bependidikan sekular tetapi sentiasa kehausan ingin mencari kebenaran. Sungguh cantik Ustaz ini menerangkan tentang taqwa, kasih sayang dan kepentingannya.

Bagaimanapun saya amat kecewa sekali apabila saya sampai ke perenggan ke enam tulisan beliau. Di dalam perenggan ini Ustaz ini telah memperkenalkan diri beliau secara tidak langsung. Saya berpandangan begini kerana di dalam perenggan inilah artikel ini di muatkan di dalam akhbar yang sememangnya telah mengisytiharkan perang terhadap rakyat demi untuk menggembirakan tuan besarnya. Perenggan ini juga seterusnya telah meletakkan ustaz ini hampir setanding dengan si Astora Pendusta Agama. Di dalam perenggan inilah ustaz ini jelas memperkenalkan dirinya sebagai ustaz UMNO yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan tanahir. Di dalam perenggan ini juga ustaz ini menyindir PAS yang mendesak kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Tetapi yang lebih dahsyat lagi ialah di dalam perenggan ke tujuh yang mana ustaz bertanya siapakah yang berani menafikan dosa besar seperti bercakap bohong, menabur fitnah dan sebagainya sehingga ke akhir perenggan tersebut. Ustaz ini cuba menggambarkan bahawa PAS yang cuba memperjuangkan agama sebenarnya jaguh kepada segala kebobrokan yang beliau senaraikan.

Allahu Akbar… saya tidak tahu sama ada ustaz ni mengetahui dengan tepat apakah realiti keadaan semasa, atau tahu tetapi pura-pura tak tahu dan bersedia untuk mengambil peluang dari keadaan yang berlaku untuk membariskan dirinya sejajar dengan ustaz-ustaz pengampu yang lain. Ustaz ini seolah-olah tidak tahu bahawa Pemimpin Pujaannyalah sebenarnya Bapak Pemfitnah negara abad ini. Mungkin ustaz ini tak pernah dengar bagaimanakah Bapak Pemfitnah pujaannya telah menjuarai satu episod fitnah ke atas mantan TPM. Tapi ini mustahil.. anak-anak kecil pun tahu mengenai perkara ini. Bagaimanakah seorang Dekan tidak mengetahui perkara ini. Oleh itu jawapan sebenarnya bukan ustaz ini tidak tahu, tetapi pura-pura tidak tahu.. sama benar dengan perangani alim ulamak bani Israel. Apabila orang awam membuat kesilapan maka mereka akan dihukum dengan tegasnya, tetapi apabila orang terkemuka di kalangan mereka membuat kesalahan maka mereka akan putarbelitkan kitab mereka untuk melepaskan ketua mereka dari hukuman. Ya Allah.. kenapa lah ada ustaz-ustaz seperti ini di dunia.. tidakkah ustaz ini ada rasa takut walau sedikit pun terhadap Mu wahai Allah.

Ustaz ini seterusnya memperlekehkan majoriti umat Islam di negara ini yang mana menurut beliau menilai keagamaan sesaorang pada jubah, serban, mata merah, pakaian yang tidak terurus dan kerja sunat lebih di tonjolkan daripada kerja wajib. Waah..hebat ustaz nii…dialah orang yang paling cerdik yang telah di pilih oleh Allah SWT tidak termasuk di dalam golongan di atas.. Hebat ustaz ini sehingga membariskan dirinya bersama-sama pejuang agama yang hebat masakini seperti Us. Mahathir, Us. Hamid Osman, Us. Hamid Zainal Abidin, Ustazah Ummi Hafilda, Us. Abd. Rahim Tamby Chik, Us. Astora, Us. Daim, Us. Megat Junid.. Ustaz!! Ingin saya ingatkan bahawa mendengar nama-nama ini sahaja sudah cukup menyeramkan. Bagaimanakah nasib anak cucu kita di tangan mereka nanti. Bagaimana ustaz boleh bersedia untuk bersekongkol dengan personaliti-personaliti seperti ini.. Bersediakan ustaz untuk di bangkitkan di hari kiamat bersama mereka (sekiranya mereka tidak bertaubat). Ustaz ini seolah-olah tidak mengenali atau mengiktiraf ulama-ulamak hebat seperti Us. Harun Din AlHafiz, Us. Ishak Hj. Baharum, Us. Mohamad Awang, Us. Taib Azamudin, dan lain-lain lagi yang sewadah perjuangan dengan mereka. Ustaz ini lebih bersedia untuk meletakkan Ummi Hafilda sebagai pejuang mengatasi ustaz-ustaz PAS.

Inilah dia Dr Ramli Omar yang kononnya amat prihatin dengan sifat kasih sayang.. menari-narikan penanya semata-mata untuk menghiburkan hati Pemimpin Pujaannya sehingga terlupa beliau juga turut bersama meniupkan rasa benci ke dalam hati penyokong-penyokong UMNO terhadap pembimbing ummah yang kita hurmati seperti Us. Harun Din, Us. Ishak Hj. Baharum dan lain -lain lagi. Lantaran adanya orang-orng seperti Dr. Ramli lah maka pada satu masa dulu kita lihat ungkapan "ULAMAK PENIPU" di cap di merata-rata tempat. Ungkapan ini tentunya menggembirakan Pemimpin Pujaan yang amat merindukan puji-pujian dari seluruh manusia.

Mungkin Dr. Ramli perlu mendengar sendiri keset yang mana Pemimpin Pujaannya menyamakan ulama-ulama seperti Dr. Ramli adalah seperti Yahudi bahkan lebih jahat dari Yahudi. Mungkin juga Dr. Ramli telah mendengar keset tersebut dan sememangnya bersetuju dengan Pemimpin Pujaannya. Kasihan Dr Ramli.. terpaksa menerima hakikat beliau seperti Yahudi bahkan lebih jahat dari Yahudi. Kalau tidak mungkin beliau akan di turunkan pangkatnya. Tapi orang-orang yang bukan ulamak seperti kami tidak dapat menerima tuduhan ini… kami mengisytiharkan 'mufarrakah' dengan pemimpin sekular ini.. kami tidak rela dengan tuduhan ini. Kami mengharapkan khidmat ulamak ini untuk menyelamatkan kami di dunia yang fana ini dan seterusnya di akhirat nanti.

Ingin saya memaklumkan bahawa ustaz-ustaz seperti inilah yang orang-orang berpendidikan sekular pandang begitu hina, jijik dan meluat sekali. Ustaz-ustaz seperti ini bukannya ingin menyelamatkan ummat manusia yang jahil supaya beroleh kesejahteraan di dunia dan terlebih lagi di akhirat, sebaliknnya mereka inilah yang ingin membawa manusia yang memang telah tenggelam dan mabuk dunia ke dunia yang lebih besar. Kalau tidak percaya cuba anda ziarahi Bandar Baru Bangi, satu-satunya kawasan yang di penuhi oleh para intelek. Mereka bersedia untuk memilih seorang Ustaz untuk menjadi wakil rakyat mereka. Kerana apa?? Kerana mereka mengharap agar Ustaz Shafei boleh memimpin mereka menuju kepada kesejahteraan akhirat. Sebaliknya ustaz-ustaz UMNO di Bandar Baru Bangi (kalau masih ada) di pandang rendah sekali kerana cuba untuk memasukkan dunia ke dalam hati-hati mereka yang sememangnya telah di penuhi dengan kehebatan dunia.

Ustaz Oh..Ustaz….


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com