Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

PAS akan bawa usul tidak percaya kepada Adnan

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - PAS akan membawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Adnan Yaakob dalam sidang Dewan Undangan Negeri itu akan datang.

Usul itu akan dibawa berikutan tindakan Adnan yang menunjukkan isyarat lucah semasa penamaan calon pilihanraya kecil Sanggang lepas.

Ketua pembangkang PAS, Idris Omar berkata, pihaknya akan mengemukakan usul itu kerana Adnan gagal mengawal akhlak di hadapan para pemimpin dan rakyat.

"Walaupun berhadapan dengan pembangkang dalam pilihanraya, namun Adnan mestilah bersikap sebagai pemimpin semua rakyat kerana pemimpin akan dinilai oleh rakyat sepanjang masa," katanya.

"Sebagai seorang Muslim, musuh sekalipun mestilah dihormati. Tetapi orang yang tidak gagal melakukannya tidak layak jadi pemimpin", ujarnya.

Menurutnya, akhlak lebih penting daripada ilmu bahkan imam yang berilmu tanpa akhlak tidak akan dihormati.

Harakah Daily


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com