Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam telah dipetik di dalam akhbar The Star keluaran 6.3.2000 sebagai berkata bahawa kerajaan negeri tidak akan melantik dari kalangan professional swasta yang menjadi ahli parti pembangkang. Ini termasuklah doktor, peguam, akitek dan professional-professional lain.
Para doktor swasta yang diketahui menjadi ahli pembangkang akan dikeluarkan dari senarai panel klinik kerajaan. Beliau juga telah mengarahkan agensi-agensi kerajaan Persekutuan untuk berbuat demikian.
KOMEN : This style of politics is classified in the class of the PARIAH. Islam tak suruh buat begini. Islam adalah rahmat bagi sekelian alam… untuk Muslim, Non-Muslim, binatang, tumbuhan dan seluruh makhluk. Sudah tak ada cara lainkah untuk memaksa rakyat menyokong mereka?
Wahai…
Inilah demokrasi yang mereka laung-laungkan.
Dr. M