Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

46 reformis ditahan !!

KUALA LUMPUR, 15 April - Ibu negara berada dalam keadaaan terkawal dan tenang kecuali adanya pihak polis yang cuba mengeruhkan suasana. Reformis yang mengadakan perarakan secara aman di dua tempat di ibu negara hari ini setelah semua tempat dikempung oleh polis.

Rancangan reformis untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran yang dijangkakan antara 5,000 hingga 10,000 orang tidak menjadi kerana polis menahan mereka yang sepatutnya membawa reformasi secara tenang. Sebaliknya tidak lebih 400 orang yang memang berada di KL telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara.

Rakyat merancang mengadakan perhimpunan "aman" 15 April serta menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dikatakan sempena ulang tahun bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan rasuah.

Malangnya mereka yang berada di Masjid Negara dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, iaitu 46 orang telah ditahan termasuk dua wanita dan empat pelajar.

Ini adalah tindakan "bodoh" kerana sebahagian besar daripada mereka adalah penduduk yang biasa ke Masjid untuk menunaikan solat.

Diberitakan bahawa solat maghrib di Masjid negara hanya tiggal lebih kurang 10 orang sahaja....!!


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com