Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Liciknya Mahathir...

2000-04-27

Umno sudah dikuasai sepenuhnya oleh individu yang bernama Mahathir. Setiap gerak-gerinya kini semakin menjurus kepada pemerintahan diktator samaada dalam kerajaan yang diperintahnya mahu pun dalam parti Umno yang menaikkan beliau. Siapakah beliau kalau tiada ahli yang menyokong?????.

Kelicikan beliau semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Pertandingan dalam pemilihan Umno yang akan datang semakin hampir. Calon yang beliau rasakan 'merbahaya' dan boleh 'mengugat' beliau (dah dekat dengan kubur dah tua pun lebih 70 tahun, masih tak sedar-sedar) dalam parti telahpun berjaya disingkir lebih awal seperti Ku Li yang di tipu mentah-mentah (kes player also a referee- tak ada keadilan langsung). Agaknya beliau mahu memerintah seribu tahun lagi.

Kelicikan beliau yang menonjol adalah dengan memanggil semua calon yang akan bertanding agar menandatangani perjanjian tidak boleh berkempen mengunakan politik wang (memang dalam Umno politik wang sudah lama wujud...masakan daun bergoyang kalau tiada anginnya.. kalau politik wang tidak ada dalam Umno..sudah tentu tidak sesiapa yang terfikir tentangnya..), dilarang berkempen sama sekali (demokrasi sudah lama tiada dalam Umno).. bukan kah baik kalau dibenarkan berkempen tapi tempat terbuka la.. boleh nak control bagi peluang seorang seorang bercakap di depan ahli Umno.... ini bercakap menggunakan telepon dah tak boleh...

Tapi Mahathir ni dalam pandai bodoh jugak..sebab tak sebut e-mail (tang ni orang Umno terkebelakang phobia dengan internet bukak sekajap dah tutup..bukan apa PANAS... ) dan media elektronik .. tentu ada muslihat. ...maklumlah semuanya dia rasa bapak dia yang punya..

Beliau juga mengatakan bahawa beliau sudah tahu ada calon yang berkempen dan juga merasuah..ramai yang berada di KL dan sebagainya...biasala PM kita ni..tuduh dahulu..hentam dahulu.. cakap-cakap kosong dahulu... kemudian baharu lah cari bukti ataupun buat bukti. Dia kata dia mampu hendak memantau pergerakan calon hatta menggunakan telepon sekalipun..sungguh hairan.. ini tentu polis juga yang akan jadi macai beliau...kerja menyiasat ni perlukan ...tenaga yang ramai ...kalau tak kerahkan sb dan polis sapa lagi... kalau la ini betul..nampak gaya nya duit rakyat untuk bayar gaji polis..sudah disalah gunakan..

Dalam banyak -banyak yang kena sain perjanjian adalah semua calon-calon...tapi Dia dengan Pak Dollah tak kena pulak...kebal agaknya..ataupun baik tersangat-sangat la mereka ni...

Calon-calon lain bodoh agaknya...patutnya yang kepala la yang kena sain dulu..yang nombor dua dan seterusnya... ini secara tak lansung Mahathir tak terikat dengan syarat yang dikenakan...Nampak gayanya beliau bolehlah berkempen untuk calon-calon yang beliau suka dan gemari..(apa lagi tukang ampu dan tukang angguk la..)..boleh berbuat apa saje...tak tahu la...Pak lah nak berkempen sama..sebab beliau jugak tak sain perjanjian surat sumpah..agar tidak menggunakan politik wang dan sebagainya...

Lagi satu, dia dah kontrol media elektronik dan massa ...bolehlah yang dia gunakan sepenuh-penuhnya.. kalau perwakilan nak tahu sapa yang akan dan bakal menang tengokla dalam media ini siapa yang lebih tertonjol (mahathir dah bagi green light la..).. itu lah calon yang bakal menang..

Nampak gaye ye...yang akan naik..adalah kroni dan tukang ampu beliaulah dalam persidangan Umno akan datang..

Nampak gayanya apa-apa yang mahathir cakap..semua ikut.. pak turut semuanya... Umno dah teruk sebenarnya.. dah tak relevan dah sekarang ini. Apa nak kata Umno dah jadi kepunyaan Mahathir dah...

Jadi nasihat saya untuk semua calon yang mahu menang ampu dan bodeklah banyak-banyak boss anda nie.. kipas kuat-kuat.. Kalau boss suruh makan tahi makan..jangan tak makan...jangan BANTAH nanti tak menang...

Alahai politik Um NO...dah tak boleh pakai dah dah...

anak_adam


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com