Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Kenyataan akhbar Sdr Anwar

Saya amat kesal dengan cara keras dan ganas polis bertindak menggagalkan perhimpunan aman.Hak bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan dimusnahkan dengan sikap pemimpin kerajaan menganggap semua bentuk perhimpunan aman sebagai mengancam keselamatan dan permohoanan mengadakan perjumpaan dan perhimpunan ditolak.

Pihak polis perlu bertindak secara profesional dan tidak membenarkan institusi polis sebagai alat dan agen mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin rasuah dan rakus.

Saya mendesak supaya orang orang ditahan dibebaskan segara tanpa syarat.Undang - undang jangan disia - siakan sebagai alat melindungi kepentingan penguasa.

Dalam tindakan kali ini, beberapa tokoh yang tidak terlibat dengan perhimpunan turut ditangkap, pejabat pejabat Keadilan digeladah .Jelaslah bahawa pihak polis menggunakan kesempatan bertindak dan menindas parti , badan- badan dan aktifis yang mengkritik kerajaan.

Anwar Ibrahim
18hb April 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com