Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Pesanan untuk pemimpin pelapis negara......ex-KPP/ITM Shah Alam

Aku percaya bahawa pejuang-pejuang keadilan dan penentang kezaliman adalah dari kalangan barisan pelapis kepimpinan negara pada tahun 2020. Aku cuba untuk membangkitkan nostalgia kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang sememangnya telah diamanahkan untuk mencorak hala tuju pembangunan negara kita di era 2020. Ramai diantara kita adalah hasil percaturan kerajaan kita pada masa itu, lewat 80an, mewujudkan program-program persediaan untuk anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Dengan kerjasama Institut Teknologi Mara, sekarang UiTM, kewujudan Pusat Pengajian Persediaan di Shah Alam adalah bertujuan untuk melengkapkan para professional, ahli koprat, pemimpin-pemimpin negara dan sebagainya untuk mentadbir negara pada 2020 dimana negara kita akan diletakkan antara negara-negara termaju didunia. Itulah impian P***M** kita Dato Seri Dr.Mahadead dan wira kita Dato Seri Anwar Ibrahim. Dan penghijrahan kita ke luar negara pada lewat 80an dulu berbekalkan azam dan semangat supaya apabila pulang ke tanahair nanti, kita akan lebih bersedia untuk mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Setelah lebih sepuluh tahun selepas penghijrahan pulang dari luar negara, ramai diantara kita sekarang memegang jawatan penting samada di sektor swasta dan kerajaan. Ramai yang berpolitik, yang menjadi ahli perniagaan, professional dan sebagainya.

Dan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak episod-episod yang sememangnya tidak diduga berlaku didalam sistem pemerintahan negara dan arena politik Malaysia. Dari kes pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 2 Sept.1998 sehinggalah pilihanraya kecil DUN Sanggang pada 1 April 2000....kita telah dan sedang dihidangkan berbagai kemelut politik yang jijik oleh kerajaan BN. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, seorang Timbalan Perdana Menteri di pecat dan difitnah sebegitu rupa, Ketua Polis Negara memukul seorang Timbalan Perdana Menteri, Pendakwaraya Negara bebas meminda tuduhan sewenang-wenangnya, peguam-peguam didakwa, sistem kehakiman di cabul, kebebasan media disekat dan sebagainya. Juga menyedihkan, kabinet kerajaan kita ramai didokong oleh perogol, perasuah, samseng, pemfitnah dan sebagainya. Politik wang yang berleluasa dan diamalkan. Budaya ampu dan angguk dijadikan asas pemerintahan. Wang rakyat di gunakan sewenang-wenangnya.

Sepertimana yang tersedia maklum, segala yang berlaku adalah disebabkan oleh seorang diktator yang berwawasan jauh, Dr.Maha-deaf-dead . Dan kita generasi wawasan beliau patut memikul tanggungjawab untuk merealisasikan harapan beliau untuk melihat negara kita maju sepenuhnya pada 2020. Sebelum penghijrahan pergi ke luar negeri dan pulang ke tanahair dulu, sememangnya kita berpegang teguh pada janji dan amanat, untuk berbakti pada ugama, negara dan bangsa.

Aku berpendapat, demi untuk mencapai tujuan kita, perkara pertama yang patut kita lakukan adalah memecat Dr. Maha-deaf-dead dari jawatan beliau untuk mengembalikan sistem pemerintahan negara yang telus, meletakkan hala tuju pada landasan yang benar dan menjana ekonomi negara dengan adil dan saksama. Generasi kita sudah lengkap untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang idamkan keadilan dan menentang kezaliman.

Ini adalah penghijrahan semula yang menuntut segala bentuk keadilan dikembalikan. Kita telah pun bersama-sama pejuang keadilan dan telahpun diatas landasan yang betul untuk menyambung pejuangan. Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini, teruskan tekad dan semangat bahawa perjuangan kita menuntut keadilan masih belum selesai. Kita sememangnya adalah generasi kental dan lawan tetap lawan.

Sekian.

...Mr.Architect.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite