KUALA LUMPUR, - Parti Pembangkang, menerusi apa yang dipanggil "Barisan Alternatif", telah menubuh 20 biro merangkumi beberapa aspek pemerintahan dan kemasyarakatan termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan hak asasi manusia.
Dalam kenyataannya di sini hari ini, barisan yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu menyebut bahawa penubuhan biro-biro itu antara lain bertujuan menggubal dasar dan memantau perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
PAS menerajui bilangan biro terbanyak iaitu tujuh, diikuti DAP (6), Keadilan (4) dan PRM (3).
Berikut ialah senarai penuh biro dan pengerusinya:
1. Undang-undang dan Hak Asasi Manusia: Kerk Kim Hok (DAP)
2. Ekonomi: Mustafa Ali (PAS)
3. Kemudahan Awam: Chow Kon Yeow (DAP)
4. Pembangunan Industri dan Teknologi: Dr Abdul Wahab Ismail (PAS)
5. Perumahan dan Perbandaran: Sivarasa Rasiah (PRM)
6. Alam Sekitar: M. Shakrimun (PAS)
7. Hal Ehwal Antarabangsa: Dr Syed Azman (PAS)
8. Hal Ehwal Pengguna dan Kemajuan Mutu Hidup: Tan Kok Wai (DAP)
9. Kesihatan dan Pembangunan Komuniti: Dr Wan Azizah Ismail (Keadilan)
10. Tanah, Pertanian dan Pembangunan Desa: Husam Musa (PAS)
11. Pendidikan: Dr Syed Husin Ali (PRM)
12. Belia, Sukan dan Rekreasi: Mahfuz Omar (PAS)
13. Kebudayaan, Kesenian dan Warisan: Ramli Ibrahim (Keadilan)
14. Pekerja dan Pembangunan Sumber Manusia: Ahmad Nor (DAP)
15. Perpaduan Nasional: Dr Chandra Muzaffar (Keadilan)
16. Hal Ehwal dan Pembangunan Wanita: Chong Eng (DAP)
17. Sektor Awam: Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS)
18. Media dan Penerangan: Rustam Sani (PRM)
19. Teknologi Maklumat: Abdul Rahman Yusuf (Keadilan)
20. Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri: Tan Seng Giaw (DAP)