Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Tidak salah kita ke Masjid Negara malah suatu KEWAJIPAN

Ini peluang kita menunjukkan KITA TIDAK REDHA mempunyai pemimpin yang zalim. Ini peluang kita MENYEDARKAN Mahathir yang telah jauh terpesong. Ini peluang kita MENGINGATI semua pemimpin kini dan masa depan agar tidak menyalahguna kuasa. Ini peluang kita memastikan kita tidak terus dibuli dan diugut. Ini peluang kita memastikan kebebasan hak generasi masa depan tidak tergugat

INI PELUANG KITA MENYATAKAN KEBENARAN KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM.

Jangan disia-sia peluang ini. Ayuh kita pergi ramai-ramai . . . secara damai dan aman

SAMPAI BAGAIMANA LAGI KITA NAK SABAR DAN BIARKAN AJE !!! - SEMUA RAKYAT BUAT TAK BOLEH . . . SI ZALIM BUAT APA PUN BOLEH

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia dan generasi akan datang.

LIHATLAH betapa liciknya MEREKA YANG BERSEKONGKOL DENGAN SI ZALIM . . . Semua yang rakyat nak buat hendak dihalang . . . sampai nak ke Masjid pun dah nak dihalang . . .

Sampai bagaimana lagi lah kita nak SABAR ?!!!

Semua Rakyat Malaysia . . . malah DUNIA tahu betapa kezaliman mereka dimana seorang ketua polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat, telah memukul, menghentam setengah mati Dato Sri Anwar Ibrahim dalam keadaan beliau ditutup mata dan diikat tangan. Sipemukul juga telah mengaku. Tapi apa tindakkan terhadapnya ? Hukuman Paling ringan, yang tak disangka oleh fikiran sewaras-waras manusia. Sama seperti TIADA hukuman langsung.

Itulah bila bersekongkol dengan si Zalim buat apa pun . . . LEPAS.

Kalau dengan Timbalan Perdana Menteri mereka sanggup, dengan kita rakyat biasa . . . apatah lagi . . . . kalau kita biarkan, lagilah mereka akan buli terus-terusan . . . bila mereka tahu rakyat diam aje . . . . pembulian mereka semankinlah akan bertambah .

SiZALIM membuat mahligai guna wang rakyat dalam keadaan negara mengalami ekonomi merudung . . . . lebih mahal dari istana mana-mana pun Duli-Duli Raja dan Sultan kita, waimah YDP Agung pun . . . . Sultan dan Raja serta Agung tutup mata, tutup mulut aje . . . . . entah kenapa ???!!!

SiZALIM mengata, mempersendakan ALQURAAN dan NABI . . . Ulamak dalam kerajaan PEKAKKAN TELINGA ….

Untuk mempastikan SiZalim terus berkuasa . . . . mereka menakut-nakutkan rakyat . . . . mereka REKA pelbagai pembohongan dan putar belit . . . menjadikan rakyat pelbagai agama dan bangsa MERAGUI keikhlasan satu sama lain. Hingga sanggup mereka mempersenda dan meremeh hukum Allah.

Mereka-mereka yang menjaga UNDANG-UNDANG, para hakim dan ketua-ketua polis semua dalam GENGAMAN siZALIM . . . tunduk ikut telunjuk DIA.

Siapa lagi, siapa lagi kita nak harap ???? !!! KITAlah senDIRI (RAKYAT) yang perlu bangkit dan bertindak,

Sampai bagaimana lagi kita nak SABAR ?!!! Berapa lama lagi kita nak peluk tubuh ??!! Nak tunggu bila kena batang hidung sendiri baru nak bergerak ?!

Biar orang lain saja yang BERTINDAK . . . Kita punya anak bini, punya periok nasi nak jaga !!! Orang lain tak punya anak bini, tak punya periok nasi AGAKNYA

Biar, biarkan apa SiZALIM dan KONCU-KONCUnya nak buat . . . biarlah . . . asal kita ada makan, ada duit, boleh senang lenang, tidur lenyak . . . . CUKUP . . . . biarlah sampai ditarik hidung . . . dipijak nanti pun . . . biarlah . . . . janji dapat mewah . . . .

CUKUPkah dengan kita berbual, bersembang sesama sindiri tanpa BERTINDAK ??!!! Yang bertindak biar orang lain saja . . . . kerana kata hati kita bila berlaku kemungkaran "selemah-lemah iman menolak dengan hati"

REDHA Kah kita?!! REDHA Kah kita?!! Digulungkan dalam kumpulan YANG LEMAH imannya dihadapan ALLAH kelak ??? !!!

Dalam hal urusan dunia . . . semua kita hendak cemerlang . . . berlumba-lumba . . . bergolok bergadai . . . . bertungkus lumus . . . bersengkang mata . . . sanggup jadi pengampu, pembodek . . . asalkan cemerlang Dalam DUNIA.

Bila urusan dengan ALLAH untuk akhirat . . . cukup dengan SELEMAH-LEMAH IMAN

Begitukah kita ini ??!! DEMIKIANKAH pendirian rakyat Malaysia . . . ???!!! Janganlah dibiar golongan siZALIM dan yang bersekungkul dengan mereka terus bermaharaja lela . . .

Bangunlah seluruh rakyat Malaysia . . . SAYANGILAH MALAYASIA . . . demi generasi masa depan . . . . BERANIkanlah dirimu . . . . KEDEPANLAH . . . . KORBANkanlah masa mu . . . Tak ada apa nak ditakuti . . . Guna lah masa dan tenaga yang kurnia ILLAHI dijalan menuntut hak.

AYUH RAMAI RAMAI KITA MENUJU KE MASJID NEGARA ATAU ERSEKITARANNYA.

RAMAI-RAMAI KITA BAWA BENDERA MALAYSIA . . . . KITA KUMPUL RAMAI-RAMAI . . .. YANG BERAGAMA ISLAM KITA SOLAT HAJAT DAN BERDOA . . . AGAR SIZALIM BERTAUBAT DAN RAKYAT YANG MENUNTUH HAK DAN KEADILAN MENDAPAT KEMENANGAN.

YANG BERAGAMA LAIN . . . BERDOA IKUT CARA MASING-MASING.

RAMAI-RAMAI KITA PENUHI PERSEKITARAN MASJID, DAYA BUMI, DAN DATARAN . . . . DIMANA SAJA YANG TERDEKAT DENGAN KAWASAN BERKENAAN . . .

TAK DAPAT BERKERETA KITA BERJALAN KAKI . . . .15 APRIL 2000 MULAI WAKTU SEBELUM ZUHUR LAGI, AYUH KITA BERBENDUNG-BENDUNG MENUJU . . . KETENGAH BANDAR RAYA ARAH KE MASJID NEGARA …

Jika fikir mungkin tak dapat masuk atau gagal jika pergi sebelum waktu asar, kita pergi Zuhur, tak boleh zuhur kita usahakan dari subuh . . . tak boleh subuh kita usahakan dari malam sebelumnya . . . apa saja asalkan kita dapat sampai kesana . . .meramaikan bilangan sebagai memperingati HARI PEMERINTAH MENZALIMI RAKYAT

AYUH, kita tunjuk kepada mereka-mereka yang bersekongkol dengan si ZALIM . .. . rakyat tidak REDHA di BULI dan di kongkong . . . Kita tunjuk Malaysia Negara kita . . . Malaysia tanggungjawab kita . . . Kita tidak mahu pemimpin yang rakus, zalim, tamak .

Kita tunjukkan ENOUGH IS ENOUGH . . . Tunjukkan kepada dunia bahawa RAKYAT MALAYSIA TIDAK TUNDUK KEPADA KEPADA KEKERASAN DAN UGUTAN.

INGATlah kita berada dipihak yang benar . . . Allah bersama yang benar.

Tidak ada apa yang perlu ditakutkan . . . NIAT kita AMAN, Tidak punya sebab kita hendak di tahan atau dipengapakan. Dunia memerhatikan kita . . .. Allah dan seluruh dunia menjadi saksi . . . kiranya mereka yang bersekongkol dengan si ZALIM menyalah gunakan kuasa.

Kita RAKYAT Malaysia punya HAK untuk memperingati Hari Pemimpin ZALIM MEMBULI RAKYAT . . . sebagai peringatan agar mereka tidak mengulanginya lagi .

AYUH RAMAI-RAMAI . . . DARI SEGENAP PELUSUK NEGARA . . . RAMAI-RAMAI KITA PENUHKAN KUALA LUMPUR . . . LEBIH DARI KITA PENUHI SANGGANG !!!

KALAU SANGGANG BOLEH . . . . KALI INI BERGANDA-GANDA LAGI BOLEH.

INGAT KITA DIPIHAK YANG BENAR . . . NIAT KITA UNTUK MENUNTUH HAK KEADILAN DARI PEMERINTAH YANG SUDAH LUPA DIRI . . . KITA PERGI SECARA AMAN . . . UNTUK SOLAT MINTA BANTUAN ILLAHI . . .

DEMIKIAN NIAT KITA . . . . PASTI ALLAH MEREDHAI NIAT SUCI KITA !!!

Dari: Rakyat Jelata


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com