Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

KERAJAAN BN KEDAH NAFIKAN HAK RAKYAT

Nampaknya pengakit UMNO sudah menjalar dalam kerajaan BN negeri kedah apabila baru-baru ini mereka melantik 10 WAKIL RAKYAT DI 12 DUN YANG DIMENANGI PAS. konon untuk memastikan "Projek Pembangunan" di dalam kawasan berkenaan berjalan lancar dan adil. Sebenarnya perlantikan itu (yang tidak pernah dibuat sebelum ini)adalah lebih merupakan muslihat yang mengandungi agenda politik kotor untuk menarik kembali sokonganrakyat kepada mereka. Itulah muslihat mereka sebenarnya.

Dalam UMNO boleh, umpamanya kalau seseorang itu kalah dalam pertandingan (macam Rafidah) atau yang tak masuk bertanding (macam Musa dan Aziz) dilantik jadi Menteri dan yang menang tolak tepi (sebab bukan Kroni) sebab ahli-ahli UMNO kuda kayu buat apapun mereka tak bantah, hatta marwah sekali pun sanggup mereka gadai demi kesetiaan kepada si tua kutuk itu.

Tapi bagi Kedah tidak semudah itu mereka nak perbodoh-bodoh. Buktinya 12 kerusi ADUN dan 7Parlimen kini dalam tangan PAS. Dan dalam pilahnraya 2004 ini Kedah akan mengikut jejak rakannya Kelantan dan Terengganu. InsyaAllah.

Berbalik kepada perlantikan 10 WAKIL RAKYAT ANGKAT yang bertaraf Exco itu, kata Non Md. Isa, "...Kerajaan terpaksa melantik Exco angkat di kawasan yang dikuasai PAS kerana kita tidak percaya kepada parti pembangkang."

Pelek. Hampa tak percaya, memang apa yang PAS buat hampa takpercaya. Tak apa. Tapi rakyat percaya. Rakyat hendakan PAS, sebab PAS yang boleh dipercayai. Hormatlah sikit kehendak rakyat. Fikirlah, kalau wakil rakyat sebenar dari BN mereka tolak, buat apa nak letakan WAKIL RAKYAT ANGKAT. BN betul-betul muka tak malu. Rakyat dah benar-benar tak hendakkan mereka lagi, dok sondoi lagi. Letaklah wakil apa pun, letaklah 10 Menteri Besar pun, mereka tak mahu, sebab mereka tetap hendakan WAKIL PAS.

Apa dia ingat negeri Kedah ini harta bapak dia boleh buat ikut suka letak wakil.

Inilah jadinya kalau negara ditadbir oleh DIKTATOR TUA NYANYOK , semua anak buahnya juga jadi nyanyok. Rakyat dah tak hendakan mereka lagi mereka kata rakyat masih memerlukan mereka. Hak rakyat dicabuli. Semua orang dia suruh dengar cakap dia. Isu perlantikan 10 EXCO ANGKAT INI SEBENARNYA adalah permainan politik kotor untuk menagih sokongan rakyat dan juga sekaligus boleh menyuburkan lagi perpecahan ummah.

-Ibnu 'As-
B.B. Kedah.
08 Muharam,1421.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com