Cili Api membaca dalam sebuah akhbar Inggeris dan diberitahu bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan kenyataan Dr M @ Cek Det kononnya penyokong PAS menunjukkan kemaluan di hadapan orang perempuan. Sebab itulah maka MB Pahang telah bertindak dengan cara lucah. Tidak masuk akaaaaal. Adakah PM Dr Mahathir mempunyai bukti?
Kalau hendak membela MB yang lucah, janganlah sampai berbohong Cek Det. Cili Api lihat Cek Det ini sanggup berbuat apa saja, dari memfitnah kepada berbohong, untuk membela kroninya dan mendapatkan sokongan serta simpati ramai.
Anehnya, Cek Det tidak berani pula membuat tuduhan yang sama melalui akhbar Malayu. Selama ini yang kita baca ialah MB itu mengakui beliau bertindak lucah dengan tangan dan punggung kerana ada penyokong PAS yang membuat perkara sama terhadapnya. Tidak pernah kita mendengar MB lucah itu mendakwa bahawa ada orang yang buka seluar dan tunjuk benda alah tu kepadanya pulak.
Hey, Cek Det. Apa sudah jadi? Anda menunjukkan tanda lebih serius daripada nyanyuk.
Kemudian, berhubung dengan pilihanaya Sanggang juga, Cek Det menuduh kononnya penyokong PAS bertindak liar. Cuba Cek Det buktikan satu persatu apa dia bentuk tindakan liar itu. Berikutan tuduhan ini, Cek Det berkata bahawa undang-undang pilihanraya perlu dipinda.
Siapakah Cek Det fikir dia ini. Dia sendiri sering mengatakan suruhanjaya pilihanraya adalah bebas. Sekarang dia macam hendak beri arahan pula. Adakah Cek Det hendak membuktikan bahawa sebenarnya SPR tidak bebas?.Tak payah bukti, memang dah tahu.
Cili Api
http://www.prm.tsx.org/