Rujukan Bahan :
Laman PRM
Isteri Dr M @ Cek Det sekarang mengaku bahawa dia pernah mengalami dua percubaan untuk menyogoknya. Ini berlaku puluh-puluh tahun dulu, semasa beliau masih muda dan menjadi pendaftar di hospital. Akan tetapi beliau tidak mengambilnya. Berapa jumlahnya? Cuma RM10 saja. Patutlah agaknya tak berbaloi hendak diterima. Namun begitu Cili Api tidak menafikan bahawa mungkin iman Cek Siti Hasmah waktu itu agak kuat untuk menolak rasuah.
Mengapa baru sekarang Cek Siti bercerita tentang hal ini? Katanya, pengalaman itu menyedarkannya betapa buruk amalan rasuah. Itu kata dia. Tetapi mungkinkah tujuannya untuk menutup amalan rasuahnya sekarang? RM10 memang kecil dan mudah saja ditolak. Mungkin jauh lebih susah untuk menolak RM10 juta dalam bentuk wang tunai ataupun mas dan intan berlian. Kadang-kadang, bila Cili Api melihat hiasan-hiasan yang digunakannya bertukar ganti di dada atau tangannya, hati kecil Cili Api tertanya-tanya pula, dari manakah gerangan datangnya?
Cili Api pernah mendengar cerita seorang yang dekat dengan Cek Det yang mengatakan bahawa kadang-kadang beliau tidak dapat menahan atau melawan desakan isterinya bagi pihak anak-anak yang hendakkan peluang perniagaan dan saham yang besar-besar. Khabarnya Cek Siti kita kadang-kadang susah juga hendak menahan supaya beliau menerima hadiah-hadiah dalam bebagai bentuk.
Cili Api tak tahulah. Mungkin Cek Siti selalu mendengar cerita-cerita seperti ini tentang diri sendiri dan anak-anaknya. Sebab semacam suaminya, Cek Siti juga orang bijak. Bijaklah baginya mengeluakan hikayat-hikayat lamanya untuk menepis berbagai-bagai cerita yang semakin luas tersibar mengenainya. Cek Siti, pernahkah dengar pepatah yang mengatakan bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru? Tentu pernah, bukan?
Cili Api