Rujukan Bahan :
Laman PRM
Setelah keputusan diambil bahawa Dr M @ Cek Det tidak perlu membuat kenyataan dalam mahkamah, Cili Api mendapat kesan bahawa lebih ramai orang merasa kecewa dan tidak percaya lagi kepada mahkamah. Selama ini di merata ceruk dunia Cek Det membuat berbagai-bagai kenyataan dan fitnah terhadap mangsa kezalimannya, Anwar Ibrahim. Bak kata Amwar Cek Det mengaum sebagai singa di luar, akan tetapi apabila dipanggil ke mahkamah dia kecut-berut sebagai seekor tikus. Ada orang bergurau dengan Cili Api dan bertanya: tikus ni ada telur tak?
Ciliapi, tikus tu takdak teloq.
Datuk Ariffin Jaka memberitahu mahkamah bahawa berhubung dengan kes Anwar ini dia memandang Perdana Menteri Cek Det sebagai sama saja dengan orang lain. Betul ke ni, Ariffin? Tak adakah sedikit pun menerima tekanan, sama ada secara langsung daripada tuan besar ataupun melalui kroni-kroninya? Sejak Tun Salleh dan tiga orang hakim kanan yang lain dibuang oleh Mahathir dulu, hakim-hakim sekarang, melainkan sebilangan kecil yang sengaja tidak dinaikkan pangkat, sudah hilang kewibawaan dan tidak dihormati lagi. Ketua Hakim pun boleh dibeli dengan ditanggung bercuti di luar negeri.
Seorang bekas hakim telah menulis surat layang tentang penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh setengah-setengah hakim di negeri ini. Sebab itu khidmatnya ditamatkan. Mengikutnya penyelewengan dan rasuah kehakiman melibatkan bukan saja wang dan wanita. Bahkan ada peguam yang mempunyai kepentingan menuliskan keputusan yang dibaca oleh hakim mengenai kes itu.
Selain itu ada juga hakim yang dikatakan terlibat dengan isteri kedua, wanita muda dan lain-lain. Cili Api tidak hendak dengar bermacam-macam cerita yang tersebar mengenai Ariffin Jaka. Cili Api percaya hakim ini bersih; tidak terlibat dengan apa-apa skandal bini muda atau kesulitan menanggung anak belajar di luar negri. Jikalau tidak, apa saja skandal boleh digunakan oleh tuan besar atau kroni-kroninya untuk mengenakan tekanan.
Walaupun Cili Api percaya hakim kita ini bersih dan tidak cemar, tetapi ramai orang sudah tidak percaya kepada beliau dan kebebasan mahkamah oleh kerana keputusan yang dibuat berhubung dengan Cek Det itu. Dia membersihkan Cek Det daripada terlibat dengan konspirasi, walaupun perkara ini belum dibicarakan sepenuhnya. Dia tidak mengambil sebarang tindakan, walaupun Cek Det berulang-ulang menghina mahkamah, dengan berkali-kali menuduh Anwar melakukan liwat. Dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila Cek Det enggan datang ke mahkamah, walaupun telah disapina. Kalau Cek Det tahu sangat tentang Anwar sebagai peliwat, mengapa takut macam tikus untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah? Takut tembelang akan pecah ke?
Cili Api dengar Anwar sangat marah dengan keputusan berat sebelah Ariffin Jaka ini. Dia menuduh tidak diberikan keadilan. Cili Api memang sudah lama tidak mengharapkan keadilan daripada hakim-hakim seperti Justine Paul dan Ariffin Jaka ini. Mereka disaring, dipilih dan diletakkan di situ untuk menjalankan tugas yang telahpun ditentukan. Selamatkan Mahathir dengan kroni-kroninya. Sama juga caranya dengan Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah menyelamatkan Rafidah Aziz dan Eric Chia. Ahem, ahem! Aku tahu. Ada buaya di sebalik batu.
Cili Api