Tempat : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Tarikh : Sabtu 29 April 2000
Jam : 9 pagi - 1 tengah hari
Tujuan : Menyatakan Sokongan Terbuka kepada Pemimpin
Gerakan Reformasi, DS Anwar Ibrahim, yang menunggu
keputusan Mahkamah Rayuan.
SEBARKAN MAKLUMAT INI SEKARANG!!!!
----- berita-berita spt di bawah -----
Maklumat berita disahkan seperti berikut:
Berita Bahasa Melayu
Rayuan kes rasuah Anwar diumum Sabtu ini
8am, KHA (malaysiakini.com): Mahkamah akan mengumumkan
keputusan rayuan perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sabtu
ini.
Anwar dijatuhkan hukuman enam tahun penjara terhadap
setiap satu tuduhan pada 14 April tahun lalu.
Beliau dihadapkan dengan empat tuduhan rasuah dalam
satu perbicaraan yang paling kontroversi, khususnya
selepas pihak pendakwa mengubah tuduhan selepas
perbicaraan, yang bermula awal November 1998,
berlangsung separuh jalan.
Bagaimanapun, hukuman enam tahun terhadap empat
tuduhan itu berjalan serentak.
Pada 9 Mac lalu, hakim Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur
menangguhkan keputusan selepas perbicaraan berjalan
selama sembilan hari.
Anwar dituduh menyalahgunakan kuasanya bagi
mempengaruhi polis untuk menutup penyiasatan dakwaan
seks yang dilakukannya.
Bekas pemimpin nombor dua itu sentiasa menafikan semua
tuduhan itu dan sebaliknya menyifatkan semuanya
dicipta dalam satu konspirasi peringkat tertinggi
untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.