Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Tembok Berlin dan Kota Melaka

Kalau tak salah komik-komik yang pernah saya baca, pergerakan fahaman komunis dunia bermula dengan niat hendak menegakkan keadilan dan kesama rataan ekonomi dikalangan warga dunia. Bermula dari situ tercetuslah Revolusi Russia yang menyaksikan terbentuk sebuah negara komunis pertama didunia, sekitar tahun 1917.

Heh heh heh.

Tapi malangnya, berberhilir dari titik itu, perjuangan sesebuah parti komunis, sebagaimana yang telah disaksikan sejarah, akan melalui satu metamorposis (berubahan fisikal macam Power Rangers dalam tv).

Dan perubahan atau metamorposis itu adalah menyedihkan. Jika sesebuah parti komunis itu bermula dengan matlamat memperjuangkan hak orang ramai, atau hak satu rumpun bangsa (contohnya Melayu), diakhirnya, perjuangan induknya akan berubah menjadi berpusat kepada menegakkan seorang atau segelintir pemimpin parti (lazimnya yang sudah kerepot, menjadi tamak dan hilang ketajaman mindanya) yang telah dibenci rakyat.

Di Russia, perjuangan Parti Komunis Russia berubah dari satu revolusi romantik rakyat, kepada usaha gigih mengampu dan menegakkan Stalin. Pun begitu setelah Stalin kojol dengan Krushyev. Pun begitu dengan kepimpinan Bryesnev. Yang penting ialah pemimpin, rakyat cuma aparatus yang wajar ditindas dan dicengkam.

Dek takutnya Parti Komunis Russia akan pengaruh luar terhadap rakyat yang dicengkamnya -- arahan dan undang-undang dikeluarkan -- menghalang rakyatnya, khususnya pegawai dan kakitangan kerajaan, dari pergi ke negara negara bukan komunis. Sempadannya negerinya dipagar berduri dan ditembok batu. Hinggakan di Jerman Timur (ketika itu) muncullah Tembok Berlin yang masyhur itu, yang bertujuan menghalang rakyatnya dari lari pergi ke Kelantan atau Terengganu ... cop .. cop .. silap, Amerika atau Britain. heh heh heh.

Begitulah jua adanyer di China dengan Mao Tze Tung, dan selepas kojolnya Mao, dengan Gang of Four (Geng Berempat) yang dikepalai oleh bini Mao. heh heh heh.

Pun begitu jua di Cuba, di Romania, di Poland, di Vietnam disatu ketika, dan panjanglah senarainya, dengan cerita yang hampir sama, di mana rakyat dihalang dari melawat dunia yang lebih bertamadun, karna pemimpin parti komunis takut akan rakyatnya terpengaruh dengan yang perkara-perkara yang boleh membawa penentangan terhadap pemimpin. kih kih kih.

Bagaimana pula dengan UMNO? Adakah saudara saudari merasakan bahawa ciri utama perjuangan masakininya dah jadi mirip dengan apa yang dilalui oleh parti2 komunis dunia sebelum ini. kih kih kih.

Dan apa pula dengan UMNO Melaka, bila agaknya projek penswastaan pembinaan semula Kota Melaka akan dijalankan? (dan tokey mana pula yang bakal dapat projek tuuuu? ... heh heh heh).

Saya adanya,
UMNO itu parti komunis?

Dollah X

Komen Tok Ayah : Melaka di bawah pemerintahan Ali pun sama seperti negara komunis, oleh kerana takut rakyat terpengaruh dengan PAS diaorang buat "tembok" juga. "Tembok Pemikiran", dibantutnya pemikiran orang UMNO dan penduduk Melaka, takut terpengaruh dengan kebenaran. Inilah dia bentuk penjajahan baru oleh kunco Mahathir......



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite