Majlis Tindakan Islam Nasional (MATIN)`telah sempurna dilaksanakan
penubuhannya. Dan mesyuarat pertamanya telah diadakan petang semalam
(19/4). Apakah motif sebenar penubuhan MATIN itu ? Sudah tentu ianya
mempunyai muslihat politik bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada
BN.
Tetapi kalau menurut Mid Man, MATIN ditubuhkan bertujuan memberi
kefahaman Islam yang betul di samping membenteras penyelewengan agama
mengikut kepentingann sesuatu fahaman politik.
Apakah betul begitu ? Bagaimanakan dengan Institut Kefahaman Islam
(IKIM) tidak berjayakah memberi kefahaman kepada rakyat ? Bagimanakah
dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) gagalkah berfungsi
sebagai satu pertubuhan meningkatkan kemajuan dan kefaham Islam di
Malaysia ?
Kalau ketua dan NYANYOK habis semua jadi tak tentu hala. Kita yakin
MATIN juga tidak akan berfungsi sepenuhnya seperti IKIM dan JAKIM.
Kita lihat siapakah di dalam MATIN. MID MAN, siapakah tidak kenal Mid
Man, PEMBOHONG BESAR, orang Sik dah tolak dia. Yusuf Nor, siapa tak
kenal dia, kaki angguk, Yusuf Yes, juga rakyat sudah tolak dia dalam
pilihan raya baru lalu. Lah Badawi, siapa tak kenal dia, Pengerusi
menjaga hal ehwal babi. Kali ini dia dilantik sebagai Pengerusi MATIN,
untuk memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, tetapi dia
sendiri tidak faham tentang Islam dengan sebenar. Kenapa tidak, kalau
daia faham tentu dia tidak biar bininya memperagakan pelbagai fesyen
rambut, cukur dan pantih bulu kening, bibir merah laksana biji saga.
Apakah ajaran Islam sebenar suruh buat begitu ? Kalau ikut MATIN
lingkup, tunggang langgang jadinya rakyat Malaysia, kerana pengerusinya
sendiri tidak faham Islam dengan sebenar.
Apakah membiarkan Murtad berleluasa seperti sekarang ini, itu ajaran
Islam yang sebenar ?
Apakah dengan membiarkan fahaman ANTI HADIS yang kian subur di Malaysia
ketika ini, itu ajaran Islam sebenar ?
Apakah dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara PENGEKPORT
DAGING BABI TERBESAR DI ASIA itu ajaran Islam sebenar ?
Apakah dengan tertegaknya nanti sebuah GEREJA TERBESAR DI ASIA di Shah
Alam itu mengikut ajaran Islam sebenar ?
Apakah dengan bertambahnya AJARAN SESAT di Malaysia ketika ini, itu
mengikut ajaran Islam sebanarnya ?
Apakah dengan MENGHINA ULAMAK, MEMPERSENDAKAN SUNAH RASULLULLAH S.A.W.,
itu ajaran Islam yang sebenar ?
Apakah dengan berleluasanya KELAB JUDI, KASINO, KEDAI ARAK...dan
macam-macam lagi kemungkaran yang sengaja disubur di Malaysia ini, itu
dinamakan mengikut ajaran Islam sebenar ?
Nampaknya penubuhan MATIN tak ubah seperti "Ketam mengajak anaknya
berjalan betul," nak suruh orang berjalan betul sedang dia terhencot,
herot pekot.
Yang jelas MATIN ditubuhkan bukan untuk ' Bertujuan memberi kefaham
Islam yang sebenar', tetapi bertujuan membenteras pengaruh PAS yang kian
subur sekarang ini. Untuk itu mereka terpaksa memburuk-burukan apa yang
PAS lakukan.
Apakah anggapan mereka MEMPERJUANKAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM itu bukan
ajaran Islam yang sebenar ?
Apakah dengan melaksanakan undang-undang HUDUD itu bukan ajaran Islam
yang sebenar ?
Apakah dengan menghapuskan kelab-kelab, kasino, arak itu bukan ajaran
Islam yang sebenar ?
Apakah dengan menghapuskan amalan RIBA itu bukan ajaran Islam yang
sebenar ?
Apakah dengan memakai KOPIAH PUTEH,MENYIMPAN JANGGUT, MEMAKAI JUBAH itu
di larang oleh Islam ?
Apakah dengan menghidup kembali SEKOLAH-SEKOLAH PONDOK itu bukan ajaran
Islam sebenar ?
Sesungguhnya kalau kita lihat tindak-tanduk Pemimpin UMNO/BN hari ini
tidak ubah seperti Puak Israil yang menolak kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w. semata-mata disebabkan Rasullullah s.a.w. bukan dari puak mereka,
walaupun mereka percaya bahawa ajaran Islan itu ajaran yang benar.
Tetapi oleh kerana sifat Sombong dan bongkak dengan ego mereka itu,
mereka tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebenarnya khutbah yang dibaca oleh Khatib-Khatib PAS itu adalah
berdasarkan dari ajaran Islam yang sebenar, tetapi oleh kerana terkena
batang hidung mereka, mereka menolaknya, walaupun pada hakikatnya hati
kecil mereka mengakui itu adalah benar. Itulah sikap pemimpin-pemimpin
UMNO yang diketuai oleh seorang DIKTATOR TUA YANG DEGIL, SOMBONG DAN
BONGKAK yang tak kenal erti kemanusiaan. Pelbagai tiori mungkar, busuk
dan jahat digunakan bagi menghapuskan pengaruh PAS/BA semata-mata untuk
beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri hingga kemati.
Oleh itu marilah sama-sama kita terus berjuang menentang kemungkaran,
dan kezaliman demi menegakan sebuah negara Islam di Malaysia ini.
InsyaAllah.
-Ibnu 'As-
16 Muharam,1421.