Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SAH UMNO GUNAKAN MASJID UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

Sejak dulu hingga kini, UMNO sering melalak mengatakan PAS gunakan Masjid untuk kepentingan politik mereka, tetapi sekarang nyata, bukan PAS tetapi UMNO yang menggunakan Masjid untuk kepentingan politik mereka.

Ini jelas apabila semalam satu persidangan Imam-Imam Masjid negeri seluruh negara buat pertama kalinya telah mengambil keputusan menjadikan Masjid ebagai sebuah institusi di bawah kawalan kerajaan(UMNO) sepenuhnya.

Alasan mereka: Sudah sampai masanya institusi Masjid perlu penyusunan yang lebih bersistematik dan perlu dilengkapi dengan kemudahan terkini setanding dengan agensi-agensi yang lain.

Apakah benar...? Apakah selama ini sistem pentadbiran Masjid di seluruh negara tidak dijalankan dengan cara yang betul ? lintang pukang, hingga menimbulkan pelbagai masaalah ?

Kita tidak nampak. Yang jelas pada kita bahawa KERAJAAN (UMNO) TELAH MEMPERALATKAN INSTITUSI MASJID UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA. Ini cukup jelas.

Menurut Ketua Urus Setia persidangan itu, Wan Mohamad Abdul Aziz: " Penglibatan kerajaan (UMNO) dalam institusi tersebut boleh meningkatkan peranannya dengan lebih berkesan sebagai wadah penyebaran ilmu kepada masyarakat serta ejen penyatuan umat,"

Wah...hebat bunyinya. Bagi budak sekolah darjah empat mungkin boleh mempercayainya, atau bagi BARUA, PECACAI SITUA KUTUK ITU MUNGKINMENERIMANYA, tetapi bagi rakyat dewasa yang berfikiran waras, minta maaf...tak usah nak kelentong. Yang kita nampak jika perkara ini dilaksanakan akan lebih subur lagi perpecahan dalam masyarakat Islam negara kita.

Kalau kerajaan benar-benar ikhlas. Tak perlu mengambil alih pentadbiran Masjid. Keluarkan peruntukan untuk membeli kelengkapan kemudahan pejabat yang terkini, sedikan komputer dan sebagainya seperti yang dicadangkan itu. Beri kursus komputer kepada Imam-Imam yang ada sekarang. Tak perlu nak susah-susah ambil alih pentadbiran Masjid yang sekarang berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masaalah.

Melantik kaki tangan pentadbiran Masjid dan diberi pula gaji tetap kepada mereka apa MOTIFNYA...?Sedang selama ini tidak timbul masaalah gaji tetap kepada kaki tangan masjid. Sudah tentu ianya mempunyai tektik KOTOR DAN JIJIK KERAJAAN (UMNO). Bila sudah diberi gaji, masing-masing terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan. Dan dengan mudah mengikut telunjuk Kerajaan UMNO. Ini motif mereka yang sebenar.

Cukuplah...!!! Sudahlah...janganlah nak memperbodoh-bodohkan lagi rakyat. TUKANG-TUKANG BODEK, TUKANG-TUKANG AMPU, CUKUPLAH. JANGANLAH KERANA DEK SEORANG DIKTATOR TUA YANG DAH NAK MAMPUS ITU sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan dosa pahala. Ingatlah kita semua akan mati. Biarlah MIN MAN, MID BIDIN, YUSUF YES DAN BEBERAPA EKOR LAGI NAK BODEK, kita tau siapa mereka. mereka punya kepentingan sendiri. Mereka sudah terikat dengan siTUA NAK MAMPUS itu.INGATLAH MASJID ADALAH HAK MUTLAK ANAK KARIAH DI SESUATU TEMPAT. jANGAN SIAPA NAK CUBA GANGGU GUGAT.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMELIHARA DAN MEMPERTAHANKAN MASJID KITA, JANGAN BIARKAN TANGAN-TANGAN KOTOR ITU MENODAINYA....!!!

-Ibnu 'As-


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com