Tidak kah engkau semua lihat? Kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dinegara ini?
Apakah engkau mahu mengacukan muncung senjatamu pada rakyat yang tidak berdosa?
Adakah engkau mahu terus bersekongkol sebagai anjing upahan mereka.
Memburu dan membelasah sesuka hati… tanpa sedikit ihsan simpati?
Kamu semua adalah pasukan keselamatan.
Yang sepatutnya menjadi pagar keselamatan dan keharmonian rakyat.
Kenapa sanggup diperkudakan oleh pemimpin yang rakus…
Hanya untuk gaji sebanyak mungkin RM600.00 sahaja.
Halalkah titik peluhmu itu,
Jika kau dapati dengan menganiayai manusia-2 yang tidak berdosa.
Apakah kamu ingin menjadi seperti anjing yang dayus?
Yang menjilat pemimpin yang sudah dibenci rakyat?
Yang memenangi pilihanraya dengan penuh penipuan…. (Dan kononnya itulah demokrasi)
Dan ingatlah….
Di kalangan Mukminin itu, masih ada doanya yang akan diangkat ke langit dan diperdengarkan oleh Allah s.w.t.
Dan ingatlah……
Jangan sampai kami mendoakan kelaknatan untuk kamu dan anak cucu kamu.
Dr. M.