Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Penyokong PAS Masuk Syurga Tak Solat Jumaat

Assalammualaikum buat para webmaster & pembaca sekalian.

Semalam 29 March 2000, saya ada membaca akhbar Berita Harian (itupun melalui Internet dan sekadar nak tahu berita sukan). Bagaimanapun saya amat tertarik dengan berita di bahagian Laman Berita yang bertajuk "Penyokong PAS Dijanjikan Syurga Tidak Solat Jumaat".

Antara isi kandungannya ialah : Dakwaan Satu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Lenggong, Sharani Mohamad, ketika membahaskan usul titah ucapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berkata beliau dan wakilnya cuba menasihatkan penyokong Pas itu, tetapi tidak diendahkan kerana ketaksubannya kepada pemimpin Pas. Sebaliknya, kata beliau, lelaki itu membalas dengan berkata: "Saya sudah pangkah Pas tiga kali, saya sudah dijanjikan syurga."

Ulasan : Ni saya nak tanya pada YB (Yang Bodek) Lenggong, kalau betul la apa yang hang dok kata ni betui dan tepat tak menyeleweng, kenapa tak sebut saja nama penyokong PAS tu? Boleh juga kami perbetul aqidahnya semula (itu pun kalu dakwaan itu benar). Kalau berani buat dakwaan kena la berani sebut nama, tempat tinggal atau dari kampung mana. Cuba la jangan YB (Yang Bodek) Lenggang nak cari publisiti murahan di waktu pilihanraya kecil Sanggang nak tiba. Jangan fikir rakyat sekarang ni mudah diperbodohkan oleh AMENO yang sememangnya BUDUH lagi HUDUH. Ini la budaya orang AMENO, -BODEK, TIPU, AMPU Selamanya.

Dakwaan Dua IPOH, Selasa – Seorang penyokong Pas berusia 70 tahun dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat kerana mendakwa sudah dijanjikan syurga berikutan mengundi parti pembangkang itu. Perkara itu didedahkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini, hari ini.

Ulasan : Pelik pelik. Umur boleh lak dia beritahu, nama, tempat tinggal tak sebut pula? Biasa la budaya AMENO, tak cukup bukti dan fakta pun boleh jadi kes dan menang. Harap faham ya YB (Yang Bodek) Lenggong. Dakwaan Tiga Sharani turut memberi dua lagi contoh berhubung perpecahan umat Islam disebabkan fahaman kepartian. Katanya, pernah seorang imam yang mahu mengimamkan solat jenazah di Lubok Merbau, menoleh ke belakang sebelum memulakan solat dan mengarahkan makmum yang mengundi BN keluar dari masjid. Dalam kes lain, katanya, seorang imam yang sudah berdiri untuk mengimamkan solat jenazah atas permintaan keluarga si mati, terpaksa memberi laluan kepada imam lain yang dibawa sekumpulan orang dipercayai penyokong Pas. "Pemimpin Pas mesti masuk ke kampung dan kawasan pedalaman memberitahu ia salah sebab jika orang Umno memberi nasihat, orang Pas tidak mahu dengar," katanya. Sharani yang menyambung perbahasannya berkata, tindakan imam mengarahkan makmum yang mengundi BN keluar dari masjid jelas menyentuh perasaan orang lain sehingga menjadi bibit perpecahan umat.

Beliau juga berkata, fahaman agama dan politik tidak harus dicampuradukkan dalam mendidik anak-anak. Sharani berkata, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) juga perlu bertanggungjawab memperbetulkan kekeliruan sesetengah umat Islam. Ulasan : Sudah la YB( Yang Bodek) Lenggong, cerita ni sebenarnya berlaku pada orang yang totok AMENO ja. Benda ni dah pernah terjadi pada saya. Di tempat saya di Bandar Tun Razak, ada seorang Imam masjid (maaf masjid tak dapat saya nak sebut di sini, orang akan tahu siapa saya) yang masa tu baru dapat jawatan jadi Imam AMENO. Mana mana orang yang bukan dari Puak/Parti dia, diberi kata dua yang dia tidak mahu jadi Imam pada mereka yang bukan sebumbung dengannya. Dijemput ke kenduri, majlis doa selamat atau apa saja yang datangnya dari PAS, ditolak mentah mentah. Katanya tak mahu subahat dengan parti sesat. Saya juga amat tertarik dengan ulasan YB (Yang Bodek) Lenggong yang mengatakan fahaman agama dan politik tidak harus dicampuradukkan dalam mendidik anak anak. Ya, yang ini saya amat bersetuju. Tetapi cakap tak serupa bikin. AMENO kata kita dok sibuk buat fitnah, sebar benda buruk tentang AMENO tapi la ni depa lagi teruk. Bukan setakat melantik AJK dari puak AMENO (sepatutnya AJK dari kalangan penduduk tetap di tempat terbabit dan dipilih oleh penduduk kawasan) malahan masjid/surau pun dah jadi pejabat kecil AMENO untuk berkempen dan memburukkan PAS/ADIL dan yang sedih sekali cerita pasal liwat yang tak pernah liwat DSAI. Sabran Asmawi (Pas-Gunong Semanggol) bagaimanapun mencelah dan mengingatkan bahawa soal masuk syurga bukan ditentukan manusia serta menafikan pemimpin Pas pernah mengeluarkan fatwa itu. Sehubungan itu, Sharani mencabar pemimpin Pas supaya memberi penjelasan itu bagi mengelak kekeliruan masyarakat Islam.

Ulasan : Eh....eh..sedap sedap anak tekak dia ja nak mencabar orang lak. Ni saya cabar YB (Yang Bodek) Lenggong ataupun sesiapa saja dari puak AMENO totok yang berani tegur Yang Maha Mulia Diktaktor Firaun MahaZalimDet. Tanya dia kenapa Rahim dapat `discount'? Mana Rahim Bulldog? Rasuah, perogol dan berbagai lagi kes dia yang memang dah terbukti benar tapi POLIS, HAKIM, PEDAKWARAYA, BPR penakut. Kalau tak puas hati lagi sila lah ke website bawah ni. Baru kita tahu siapa yang sebenarnya pembawa ajaran sesat. Mid bin Mad tolong ulas sikit. Kalau takut fatwa kau tu salah, cuba tanya Mufti Besar Abuya Alhaj Alhafizz Al-Temberang Haji Gantung Mahathirrrrrr. http://members.tripod.com/~mahazalimtwo/280300mab.html Kalau tak dapat salinan dia ada saya kempilkan.

Saya rasa amat sedih dengan kezaliman, ketidak ADILan pemerintahan sekarang.

antibelit@my-malaysia.com

p/s Saya juga cc. kan pada dua akhbar berbahasa Melayu. Saya cabar anda yang sibuk dok kata yang akhbar Malaysia ni bebas supaya siarkan pedapat saya di Runagan Forum/Pendapat Anda di akhbar anda. Kalau tak, sah la yang telur anda ni memang Mahafiraun dah pegang. PENAKUT, PENGAMPU, PEMBODEK dan SELAMANYA



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com