Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

KEKALAHAN PAS DI SANGGANG KERANA TERLALU BANYAK SOKONGAN ?

Tajuk ini pun sudah dapat meggambarkan betapa terbaliknya dakwaan parti wakil penjajah penjahanam ugama, UMNO. Yang sedihnya, ada juga reformis yang termakan "reverse psychology" UMNO ini.

1. KALAU AKU PENYOKONG PAS DI SANGGANG.

Kehadiran berpuluh ribu penyokong B.A dari luar adalah sokongan moral yang menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan dalam diri bahawa kami di Sanggang tidak berseorangan.

2. KALAU AKU SEORANG PENDOKONG UMNO DI SANGGANG.

Aku akan kecut dan iri-hati melihat betapa ramainya penyokong B.A yang komited. Aku akan terkedu seketika melihatkan betapa eratnya ukhuwwah dikalangan B.A sehingga mereka sanggup datang jauh dan dekat walau terpaksa berbelanja sendiri untuk kenderaan, penginapan dan kempen. Berbanding dengan BN yang hanya bergerak dengan wang. Ada wang, semua boleh jadi, tak ada wang, parti pun mungkin bungkus dengan sendiri.

3. KALAU AKU PENGUNDI ATAS PAGAR.

Aku akan kagum melihat sokongan rakyat kepada B.A. Aku yang dulunya tak berapa yakin dengan B.A kini bertambah yakin yang B.A boleh memerintah dengan lebih baik.

4. ELEMEN NEGATIF?

Kalau dah ramai tu, memang banyaklah ragamnya. Di sinilah perlunya pendokong-2 B.A menunjukkan disiplin yang tinggi tambahan kita tahu UMNO memang mencari helah untuk dijadikan alasan walaupun ianya mungkin hanya sebesar lubang jarum. B.A boleh membuat perencanaan yang lebih tersusun untuk mengelakkan "nuisance" atau "gangguan" yang disebut-sebutkan itu sekiranya dirasakan ianya memang benar suatu gangguan. Pemimpin boleh mewartakan kepada penyokong (melalui internet pun boleh) dan petugas boleh melaksanakannya. Sekiranya ada yang melanggar, mereka boleh dianggap sebagai pakar sabotaj BN.

Contohnya :

i. Tetapkan tempat meletak kereta 1 km dari kawasan mengundi dan buat car-pooling untuk perayu undi ke tempat pengundian. Ini untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas walaupun sebenarnya kereta UMNO juga banyak yang menghalang lalu-lintas.

ii. Buat larangan larian bermotosikal dengan bendera selepas jam 12.00 tgh mlm

5. Saya tidak percaya kekalahan B.A kerana masaalah kesesakan lalu-lintas seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh BN dan media mereka. Ini adalah psychological warfare supaya lain kali, tidak ramai penyokong luar yang datang membantu berkempen. Mungkin mereka menjangka untuk menang lebih besar dengan segala rasuah, ugutan dan tipu-daya mereka, tetapi banyak rancangan mereka yang tidak menjadi kerana kehadiran pengundi luar yang membantu meluaskan minda pengundi di Sanggang. Kerana itulah mereka beriya-iya mencari jalan supaya di lain kali, pengundi luar tidak datang, senanglah mereka jual temberang pada pengundi tempatan. Tapi, pengundi tempatan pun bukanlah semuanya mudah ditemberang, diugut mahupun dibeli.

Kesimpulannya, bila terjadi Pilihanraya Kecil yang lain nanti, datanglah beramai-ramai untuk meraikan dan membantu calon kita. "The more, the merrier". Saya percaya, penyokong yang ramai yang berdisiplin akan lebih dikagumi oleh penduduk setempat dan meyakinkan mereka akan kemampuan kita daripada MB lucah yang tidak bertamaddun itu. He is a further disgrace to the ruling party.

Dr. M.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite