Alhamdulillah...saya berkesempatan untuk menyambung cerita saya berdasarkan beberapa hari pengalaman di Lokap Dang Wangi.
Kali ini cerita saya berkisar di antara 2 orang istimewa di lokap tersebut. Mereka ialah Ujang dan Mun. Ujang berumur 23 tahun dan Mun berumur 18 tahun. Mereka telah berada di dalam tahan polis sejak 6 bulan yang lepas. Ujang berperwatakan kasar, bengis dan penagih sedangkan Mun seorang anak muda yang terperangkap dalam pergaulanya sedangkan dia seorang yang pendiam, rajin, boleh diharap tapi masih tidak boleh dipercayai. Mereka terjebak selepas melakukan kerja menyamun tukang bawa wang 'panas' UMNO semasa kempen piliharaya umum yang lepas.
Mungkin kerana merupakan tahan yang paling lama di lokap tersebut maka mereka telah diberi tugas khas. Tugas tersebut ialah tugas 'fatique'... makna mudahnya jadi orang suruhan kepada anggota polis yang bertugas. Mereka di tempatkan di sel No 7 dan sel tersebut tidak berkunci kecuali semasa ada lawatan atau pemeriksaan mengejut yang dijalankan dari masa ke semasa. Mereka bebas keluar masuk dan membuka mana-mana sel, berhubung dengan mana-mana orang yang ditahan dan sebagai perokok Ujang nampak bebas merokok. Tiap pagi sel akan dibuka secara bergilir-gilir untuk membenarkan penghuni lokap busuk itu untuk mandi. Terdapat sebuah kolah berukuran lebih kurang 6 X 4 kaki sedalam 4 kaki untuk digunakan mandi sebuah pili air terdapat di kolah tersebut dan disebelah bilik mandi tersebut terdapat 6 buah tandas yang tidak berpintu....saya ulangi...tidak berpintu!!! 2 dari tandas tersebut dalam keadaan tersumbat. Semasa dikeluarkan untuk mandi tahanan akan menadah air di pili kolah tersebut untuk dijadikan air minum. Botol air mineral yang berisi air paip ini akan di letakkan di sebelah luar pintu sel. Beberapa botol air mineral kosong jua diletakkan berhampiran dengan pintu sel guna untuk menadah air kencing mereka yang ditahan di tiap-tiap sel.
Semua tahanan akan mandi secara berbogel....telanjang bulat (lucah?) Seperti yang pernah saya sebutkan dulu...kebanyakkan penghuni lokap ini terdiri dari penagih dadah.... tidak ada perasaan malu langsung. Ramai dari mereka yang berkurap dan berkudis dan mereka semua akan berkongsi 5 atau 6 helai tuala mandi yang ada di situ ... jijik untuk saya menceritakan apa yang saya lihat. Saya cuma mandi sebanyak 2 kali selama ....hari ditahan. Itu pun pada jam 4.00 pagi dengan mengambil air terus dari pili dan setelah mengadakan rundingan dengan Mun untuk mengeluarkan saya pada waktu itu. 2 kali juga saya ke tandas...waktu semua orang telah tidur tapi tidak ada apa yang hendak dikeluarkan....mungkin kerana saya tidak makan kecuali terpaksa atau mungkin najis saya tidak layak untuk berada di tempat sekotor itu (maaf).
Selepas semua sel dibuka secara bergilir-gilir untuk mandi dan ke tandas, semua penghuni akan dikurung semula ke dalam sel masing-masing. Ujang dan Mun akan menghulurkan minuman pagi kepada semua penghuni sel. Minum pagi merupakan juadah yang paling istimewa sedap dan lazat. Sebungkus teh o bergula dan sebuku roti berkrim untuk setiap orang. Tidak pernah saya lihat roti dan teh tersebut tidak di makan dan di minum. Selepas itu kesemua penghuni akan berbaring atau duduk-duduk sahaja keculai mereka yang di bawa keluar untuk di reman atau di sambung reman.
Semasa duduk sambil berbual kosong inilah akan kelihatan mereka-mereka yang ketagih rokok mengulung rokok menggunakan kertas surat khabar dan tembakau yang 'diseludup' Kertas surat khabar ini boleh diperolehi melalui Ujang atau Mun dan tembakau boleh dibeli dengan harga yang lumayan. Ujang atau Mun akan menguruskan pembelian tersebut melalui 'cikgu-cikgu' (polis) yang bertugas. Sebungkus tembakau cap kapal terbang yang berharga 40 sen boleh diperolehi dengan harga sepuluh ringgit...saya ulangi SEPULUH RINGGIT bagi sebungkus tembakau berharga 40 sen. RM9.60 lagi untuk siapa??????? Ujang? Mun? atau "Cikgu"!! yang mesra rakyat.. Ada juga cikgu yang baik hati menghulurkan rokok kepada orang-orang tertentu. Yang "TERBAIK" ialah cikgu yang sanggup menghulurkan sebungkus Dunhill 20 batang dengan harga $30.00. Barulah saya tahu apa maksud 'buat denak' semasa cigku menghulurkan 4 ringgit wang kertas untuk saya bawa masuk ke dalam lokap tempoh hari !!!
Terlanjur menceritakan urusan jual beli ini elok juga saya nyatakan bahawa hanya rokok, tembakau, roti canai, minuman dan makanan sahaja yang dijual beli. Pernah saya bertanya seorang lelaki India tentang harga sebungkus mee goreng, sebungkus teh ais dan 3 batang rokok dunhill yang diperolehi dari cikgu yang bertugas ...jawapannya ialah $50.00. Sedangkan kawan saya setiap malam berbelanja $50.00 untuk mendapatkan sebungkus tembakau. 10 keping roti canai dan 3 bungkus air. Pernah seorang lelaki merunggut kerana mendapati hanya sebungkus rokok dunhill 20 batang yang diagih-agihkan setelah membayar $50.00. "Barang" tersebut akan dibeli oleh cikgu yang bertugas dan diserahkan melalui Ujang atau Mun dan sebelum diserahkan kepada tahanan pastinya telah di cukai eksaiskan oleh Ujang.
Dari mana penghuni dapat duit??????
Biasanya semasa tahanan dibawa masuk ke lokap, pemeriksaan akan dibuat untuk memastikan tiada rokok, wang, atau dadah boleh di bawa masuk ke dalam sel. Saya cuma diberitahu bahawa semasa pemeriksaan, kalau tahanan ada membawa wang, wang tersebut akan diserahkan kepada tahanan secara 'sulit' secara TAK SAMA rata. Di samping itu Ujang dan Mun akan berada berhampiran orang yang sedang diperiksa untuk membantu 'menyeludup' masuk wang dan mengambil rokok sebelum sempat diperiksa oleh cikgu bertugas.
Ada juga wang yang disorokkan oleh orang tahanan yang memperolehi dari keluarga mereka semasa mereka di bawa ke mahkamah untuk di reman. Mereka yang balik dari remand atau di soal siasat kadang kala tidak diperiksa oleh cikgu yang mesra rakyat. Saya pernah diberitahu olih Mun bahwa wang juga boleh diperolehi dengan memberikan nombor telefon atau alamat tertentu bersama-sama surat 'berkanun' kepada cikgu mesra rakyat yang bertindak cepat dan betul untuk menguruskan hal kewangan tersebut.
Pada banyak ketika semua wang, tembakau, rokok yang dapat diseludup masuk atau diseludupkan masuk olih cikgu mesra rakyat ini akan di simpan oleh Ujang untuk mengelakkan dari dijumpai semasa pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa. Barangan ini akan di simpan di dalam loker barang pesalah di bilik stor atau di sorokan di celah-celah kain/sejadah di 'surau'. Oleh kerana itu arahan Ujang dan Mun akan dipatuhi oleh penghuni lokap, kalau tidak barang simpanan tersebut akan dilesapkan oleh Ujang.
(Maaf - seperti saya katakan saya bukan seorang penulis atau cerpenis, lalu tulisan saya lintang pukang, semoga massage saya dapat difahami oleh pembaca. dan saya sedia menjelaskan mana-mana kekaburan atau mendetailkan sesuatu perkara sekiranya saudara e-mail saya secara peribadi)
Untuk makan tengah hari, kami akan diberikan sebungkus nasi...tidak ada air...cuma air paip sahaja yang tersedia di tepi sel . Dalam bungkusan itu ada nasi, sepotong ikan sebesar 2 jari dan sedikit air. Saya tak tahu apa jenis ikan yang dibekalkan..keras dan tawar dan adakala masin pula. Sebungkus kuah cair...entah apa rasanya tak tahu nak saya jelaskan, untuk dikongsi..Dua hari pertama saya cuma cukup dengan minum pagi sahaja tanpa makan tengahhari dan makan malam hari ketiga saya terpaksa makan juga setelah merasakan diri sudah menjadi lemah dan 2 hari terakhir saya sudah tidak mampu lagi untuk menelan makan tersebut. Menu makan t/hari dan malam adalah sama sahaja. Dan pernah nasi dihidangkan dengan sebiji telor rebus tak berkupas dan sedikit sayur kangkong. Telur itu bukan dari gred c.l sebesar telor ayam kampung yang dah tua...kecil, kangkong itu pun saya tak kenal kerana sudah hitam dan keras, tidak hancur dikunyah, boleh ditelan setelah dimamah.
Kami yang bukan penagih ini biasanya tak dapat menghabiskan makanan ini. Lebihan nasi ini akan kami bagikan kepada penagih-penagih se sel. Mereka berebut-rebut dan makan habis licin sehingga tulang ikan pun tak kelihatan. Pernah seorang penagih ditumbuk kerana didapati memiliki dua bungkus nasi sedangkan yang sebungkus itu adalah lebihan dari nasi saya.
Selalunya mereka yang ada wang, hanya membeli makanan pada waktu malam hari sahaja. Mungkin pada waktu siang ramai polis yang tak mesra rakyat sedang berada di balai. Ujang akan menguruskan pembelian itu atau menjadi orang tengah tentang bayaran antara orang tahanan dan polis mesra ini. Kalau ada wang nasi dagang ikan tongkol pun pernah dinikmati semasa dalam lokap. Yang pastinya makanan itu di bawa masuk oleh polis mesra rakyat yang bertugas. Mungkin itulah tugas 2 lans kopral yang berada di ruang sel, kerana tugas membuka/menutup sel telah diambil alih oleh Ujang dan Mun.
Ulasan saya : Kami sangat-sangat berterima kasih kepada 1 atau 2 orang anggota polis pengawal lokap kerana bersimpati dengan kami dan sanggup mengulurkan sebatang dua rokok untuk dikongsi bersama, semoga budi baik cikgu itu akan diberi pahala oleh Allah tetapi kami sangat mengutuk dan sangat kecewa dengan sikap 7 atau 8 orang cikgu lagi yang sanggup mengambil kesempatan di atas kesusahan dan penderitaan orang lain apakah wang 'cukai' itu kamu gunakan untuk berjudi atau untuk disuapkan ke mulut anak-anak kami?????
Di lain waktu akan saya kisahkan berberapa peristiwa yang lebih menarik untuk kita menilai kewibawaan anggota polis penjaga lokap yang terdiri dari adik-adik, abang-abang,anak,anak, bapa-bapa, suami-suami, saudara-mara kita!!!!!!
Tunggu
Pendekar Kundur