Salam...
Menarik sekali pengalaman Pendekar Kundur semasa dalam tahanan polis... Walaupun mengaku tak pandai menulis, percayalah... tulisan anda lebih berkualiti dan berisi dari tulisan Zainudin Maidin, "aruah" Kadiaq Jasin, dan lain-lain penjilat saluran media arus perdana.
Saya sendiri pernah mendengar kes-kes rasuah membabitkan anggota polis nii... Dari mulut seorang bekas Tim. Menteri yang masa tuu jaga KDN. Beliau akui bahawa anggota polis pangkat rendah bergaji kecil. Anak ramai, separuhnya tuu bini dan "perempuan simpanan" pun ramai. Nak bisnes sampingan... masa dan peraturan tidak membenarkan. Cara paling mudah eksploit kesusahan orang dan ambil rasuah.
Bekas Tim. Menteri KDN tuu cerita kat saya akan kisah seorang polis trafik yang tiga bulan lagi nak pencen. Polis trafik tuu tertangkap kerana terima rasuah dari driver lori... Berapa banyak? Cuba teka? RM50 aje!!!
Natijahnya, dia kena penjara, buang kerja dan hilang pencen.
Itulah kesiannya polis Malaysia. Nak kutuk banyak-banyak pun susah juga sebab kebanyakkannya Melayu dan beragama Islam walaupun bekas ketuanya "tak jumpa ayat yang haramkan judi dalam Qur'an".
Lagi satu... anggota polis pangkat rendah memang "sayang teramat sayang" kat Rahim Nor. Bekas KPN dan peninju profesional negara tuu dikatakan prihatin dengan nasib anggota pangkat bawah. Dia buat banyak projek rumah untuk anggota polis dan perjuangkan banyak faedah penggajian untuk mereka.
Saya dengar dari seorang SB, anggota polis pakat-pakat kumpul duit untuk bayar saman Rahim Nor. Dan mereka konfiden yang Rahim Nor akan dibebaskan dari hukuman penjara kerana mengenang jasa-jasanya sebagai KPN dan peninju profesional.
Tengoklah macam mana sesat dan teruknya pasukan polis kita dikerjakan kerajaan TAGHUT BN. Dah lah mereka diperalat dan diperkakaskan BN. Imbuhan yang diterima tak seberapa. Terpaksalah dapat sumber tambahan dengan cara haram. Sampaikan penjenayah pun mereka sanjung sebagai hero kerana sipenjenayah itulah yang kononnya banyak bantu perjuangkan nasib mereka.
Saya sarankan kepada wakil-wakil BA di Dewan Rakyat supaya perjuangkan sama nasib anggota polis kita yang diperalatkan BN nii. Manalah tahu terbuka hati mereka...
Wassalam.
Islah Tajdid