Assalaamu 'alaikum
Berikut analisis saya mengenai Mahathir untuk dikongsi bersama
inshaa-Allah:-
Mahathir bermain politik dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh
Abbas, dengan melucutkan jawatan Tun. Kalau nak tau detail rentetan
peristiwa bersejarah tersebut, sila cari buku bertajuk Singa Di Bawah
Takhta Dijerat oleh Tun sendiri. Apa jadi sekarang? Tun Salleh naik
menjadi ADUN Negeri Terengganu merangkap EXCO kerajaan negeri.
Mahathir bermain politik dengan Raja2 Melayu sedikit masa dahulu dengan
melucutkan hak istimewa Raja2. Mengikut kata Anwar, orang2 Melayu
sokong sebab elok sangat tarik kuasa raja dan serahkan pada rakyat.
Rupanya tarik kuasa raja, serahkan pada tak lain dan tak bukan: Raja
Mahathir. Apa jadi sekarang? UMNO tunduk bodoh pada Raja2. Mintak
tolong selesaikan masalah orang Melayu yang sudah tak sokong UMNO.
Mahathir bertindak kejam ke atas penyokong PAS dalam peristiwa Memali.
Begitu senang sekali nyawa terbang di masa itu seperti senangnya rakyat
disepak terajang, diheret serta dipalu macam binatang dalam peristiwa
tahun 1998-1999. Apa terjadi sekarang? PAS naik memerintah dua buah
negeri di bawah tampuk pemerintahan Mahathir sebagai Presiden UMNO.
Inilah apa yang dipanggil kuasa Allah. Allah sengaja panjangkan umur
seseorang, diberikan kesihatan yang luar biasa. Untuk apa? Untuk
dibalas semasa masih hidup supaya ianya menjadi pengajaran pada semua
agaknya, wAllahu a'lam.
Siapa sebenarnya yang menerima balasan? Yang saya nampak ialah UMNO.
Sayang sekali sebab UMNO membiarkan orang sedemikian hancurkan parti
yang banyak berjasa pada tanahair. Saya rasa tak patut sekali seseorang
individu dapat lakukan sewenangnya sehingga parti hancur ditolak seluruh
umat Melayu.
Hakikatnya UMNO yang diasaskan pada 1946 dahulu sudah lama lenyap. UMNO
yang ada sekarang diasaskan oleh Mahathir bin Mohamad dan bukannya Dato
Onn, Tunku, dan lain2. UMNO yang ada sekarang adalah hasil usaha
Mahathir sendiri yang diasaskan pada 1988 dan dikenali dengan UMNO Baru.
Itu sebab UMNO Baru banyak kelainannya dengan UMNO 1946. Waktu 1969,
Tunku Abdul Rahman undur dari Presiden Parti dengan hormatnya demi
kebaikan parti. Tapi Presiden pertama UMNO Baru, Mahathir Mohamad,
tetap teguh sebagai presiden biar seluruh umat Melayu menolaknya.
Diharap semua dapat kenal pasti UMNO 1946 dengan UMNO Baru.
Kedua-duanya merupakan dua buah parti yang berbeza dengan
pengasas-pengasas yang berbeza. Pengasas UMNO 1946 semua sudah wafat
sementara pengasas UMNO Baru masih sihat wal'afiat.
wassalaam
Haroon